Sembelit Dalam Pantang

Ini kisah shaklee saya:

Tahun 2013, lahir anak sulung..anak jaundice about 1 month..dalam tempoh anak jaundice, doc xkasi sy makan pape terutamanya yg herba herba..masa tu kakak saya kasi saya set XXXXX untuk pantang..tp sy xconsume dulu, tunggu smpai anak habis jaundice..bayangkan sebulan saya tanpa apa2 supplement untuk pulihkan diri selepas bersalin..

lepas sebulan, saya xkonsisten pun makan set XXXX sebab rasa dah gagah sikit(hakikatnya masih lemah).

Saya sembelit teruk, bermula hari kelima berpantang..darah toksah ckp stiap kali mmbuang, penuh mangkuk tandas..paling awal sejam lam tandas..anak teriak habis lapaq nak susu spnjg saya lam tndas..stress hanya Dia yg tahu

Suami paling takut kalau saya sebut nak membuang..sebab dia xsanggup dgr saya nangis tahan sakit dalam tandas..smpai anak saya 8 bulan..darah masih lagi keluar.

Even kat skolah pun, pernah saya lewat masuk kelas sebab mereput lam tandas sembelit..darah tersembur lam mangkuk tandas. Dah keluar, kaki krem sebab mencangkung lama, punggung rasa kebas dan perit, maaf cakap nak keluar angin pun, sampai bergenang air mata tahan sakit.

Macam2 saya cuba..asal org ckp, saya terus gi beli..murah ka, mahal ka..ingat buasir..huhu..last2 ada sorg kakak ni jual shaklee(loni dia dah xjual,meniaga lain lak)..dia suro saya amik
#Ostematrik dan #VitaminC





Subhanallah..about 2 weeks saja derita saya selama 8 bulan tu, sembuh! Sujud syukur saya Allah3x...lepas rasa shakleeEffect, saya cuba add Esp, omega, bcomplex.. Alhamdulillah suma ohsem.




Suami ckp,dari beli ngan org baik dftar ahli..so saya dftar..dpt hrga ahli, masuk bonus skit ^___^(tapi sedih...mak saya dah x aktif) huhu.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak). 


Set Kesuburan Untuk Suami Isteri


Set terhebat untuk suami isteri.


Set ni baik diamalkan oleh husband and wife seawal sebelum berkahwin untuk persediaan menyambut bayi.

Persediaan awal dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan cahayamata lebih cepat disamping mengurangkan masalah semasa hamil dan kecacatan pada bayi.

Set kesuburan ini didatangkan dalam 4 pilihan bergantung kepada bajet dan juga boleh ditambah sedikit demi sedikit.

Setiap set tidak pernah merugikan kerana boleh diambil bersama suami isteri dan dapat digunakan semasa hamil dan berpantang.

1. Set premium: ESP, omegaguard, vitamin C, B complex, vitamin E

Dijangka tahan 4 bulan.

2. Set medium: ESP, omegaguard, vitamin E,B complex 

3. Set basic: ESP, omegaguard, B complex 

Dijangka tahan  2 bulan. 

4. Set paling bajet: ESP, B complex.

Tahan 2 bulan.

Fungsi setiap supplements ni ada kehebatan masing-masing yg memberi kesan pada kesihatan dalaman suami dan isteri.

Supplements adalah ibarat baja dalam badan. Tak cukup baja tanah hasilkan pokok dan buah yang tidak optimum. Sama konsep dengan manusia.

 Fungsi:

ESP: 



Merupakan susu shake yang berperisa soya, tanpa gula dan bahan pengawet. Ia fully organic. Kalau dibancuh dgn resepi yang lazat, akan buat menjilat jari. 

ESP terkenal sebagai supplements paling cepat ibu termengandung. Fungsinya untuk:

1. kuatkan rahim, 

2. balance kan hormon wanita 

3. beri tenaga.

Bonus: Kulit cantik gebu.

Omegaguard:


 Minyak ikan kualiti A yang mempunyai 90% omega-3-fatty acid. 

Fungsi :

1. untuk mengawal hormon tahap optima 

2. memastikan organ peranakan wanita dalam keadaan paling sihat tanpa penyakit yang tak diketahui. (anti-radang)

Vitamin E:


 terkenal sebagai vitamin Kesuburan untuk wanita dan lelaki. Penting untuk pastikan sperma lelaki sempurna dan dalam kuanti yang cukup.

Vitamin C: 


Meningkatkan ketahan badan untuk mencegah penyakit. Pastikan keadaan telur oocyte wanita sempurna.

B complex: 


Semua wanita sebelum mengandung wajib ambil Folic acid yang terdapat dalm B complex ini selama 3 bulan. 

Penting untuk pastikan pembentukan otak dan saraf bayi yang sempurna. Bagi mengelakkan kecacatan dan keguguran awal kandungan.

*******

Set ni perlu dikongsi suami isteri:

Suami:Vitamin E dan C

Isteri:Semua

Boleh pilih nak yang mana. The best is set premium. 

Yang ni cuma kebaikan dari satu sudut. Sebenarnya set ni membantu kesihatan secara umum juga.

Hubungi saya untuk dapatkan mana-mana set kegemaran atau belian secara loose.

Semoga Allah mudahkan urusan tuan/puan dan makbulkan doa.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


*Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Masalah Kulit Berminyak


Muka Berminyak Ron95

Muka saya memang jenis bermasalah dari umur 13 tahun..sejak masuk asrama..(salahkan asrama pulak).

Mai la petua atau produk apapun ..semua cuba hingga akhirnya pori2 terbuka sebab try petua kawan yg suruh stim muka setiap malam guna bahan2 tertentu..mujuq lupa sapa yg suruh tu..

Sejak dari itu, konsisten bermasalah..(konsisten jugak tu).Sehingga sekarang saya mula perasan@notice, (tiada unsur riak ye), minyak diwajah sudah tidak sehebat dulu lagi. Tiada kaitan faktor minyak naik harga.

Cuma saya nak share walaupun belum sempurna, apa saya amalkan hingga minyak semua mohon ampun:

1. Pencuci muka Enfuselle + Nutriwhite.

Set Lengkap Nutriwhite
                                   

Set Asas Nutriwhite
                                     

Set Penjagaan Enfuselle
                                     
Time jerawat naik mencanak selalunya akibat  gatai pi pakai foundation (sudah insaf), lambat atau tak basuh muka, kurang air dan terpicit.

Masa ni saya akan pakai pencuci Enfuselle kerana ia memang akan mengurangkan minyak pada wajah. 

Time dah bersih dari onar, saya akan pakai Nutriwhite kerana penggunaan Enfuselle yang kerap akan buat wajah saya kering pulak. ( Ni kalau kulit saya la). 

Saya akan sapu pelembap Enfuselle jika berlaku kekeringan kulit. Pelembap Enfuselle okay dengan saya kerana tidak berminyak dan bila disapu ia terus meresap ke dalam kulit.

2. Supplemen yang saya konsisten bila jerawat mencanak:

- Alfalfa, vitamin C , B-kompleks dan ESP.

                                 
Memang cepat kecut jerawat dan kurang berminyak muka. Nak lagi cepat kecut buat masker Vitamin C dan masker Alfalfa.

Tapi saya rasa, kulit muka saya lebih kepada sensitif dan manja. Sebab bila saya picit je terus naik jerawat. Jadi jangan dok gatai tangan tu na.
Seperti hati tuannya juga. Dalam hati ada taman gitu. Ouchh...

So, sesiapa yg ada masalah seperti di atas, tak tau apa nak buat dengan minyak yg ada..mohon insaf. 

Hubungi saya pakar minyak ron95 aka ejen Shaklee anda.

013.2783475
013.2783475

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Harga Retail: RM

*Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).






Atasi Resdung Dengan Shaklee

Resdung



Ramai juga tau yang alami resdung samada secara disedari atau tidak.

Penat dah pi perasap muka la..telan jamu la..pantang makan bagai..terliur ja bila tengok orang makan sambal belacan, laksa, seafood dan lain-lain.

Terseksa kan..

Tak dapat menikmati kehidupan syurga dunia.

Tapi..tapi..tapi..

Jangan risau..

Shaklee ada keluarkan 3 produk paling asas untuk sesiapa yang dah bosan berpantang dan asyik bersin bagai.

Ni paling asas tau..nak lagi meletop..amik la yang full set.

Percayalah..in shaAllah kalau kengkawan konsisten set resdung ni..

Allergik makanan dan habuk serta lain-lain beejaya dikurangkan dan mungkin boleh diatasi terus.



Jangan ambil mudah tau resdung ni..

Kalau dibiarkan berlanjutan dan kronik, boleh membawa mudarat besar.

Jadi pemakanan tetap kena jaga disamping back up dari supplemen yang selamat dan sesuai seperti yang saya syorkan di atas.

TANDA-TANDA DAN KESAN RESDUNG

Berikut di bawah tanda-tanda dan kesan resdung yang mungkin kita tidak peduli selama ini.


Jangan berlengah lagi untuk dapatkan produk ini.

Jika berkemampuan, boleh tambah SET RESDUNG ini menjadi lebih lengkap iaitu :

1. Vivix
2. Nutriferon

Jangan berkira untuk kesihatan kerana kesihatan adalah pelaburan yang terbaik untuk kita.

"HEALTH IS WEALTH"

*Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak). 


KEKAL POSITIF DIKALA MENOPOUSE


KEKAL POSITIF DIKALA MENOPOUSE

-----------------------------------------------------------

Perkataan menopouse boleh jadi satu perkataan yang seram walaupun ia adalah hakikat.

Kena set dalam minda, itu adalah proses kehidupan bagi seorang wanita.

Barulah penerimaan kepada menopouse tu lebih baik.

Bila lebih baik, ia akan kurang stress dan semua kesan akibat menopouse dapat di tangani dengan baik.

.

Nak tak nak kena terima hakikat apabila menopouse, hormon wanita akan berkurang.

Bila hormon terjejas, akam ada beberapa perkara lain juga mendapat kesan.

Seperti:

1. Kulit mengendur

2. Tulang mula merosot

3. Kekeringan pada anggota sukit

4. Moody

5. Keguguran rambut lebih ketara

6. Rabun dll.


Perkara diatas bukanlah satu masalah besar jika kita mula menjaga diri kita dari awal.

Maksudnya kena ada persediaan awal fizikal selain mental.

Sbb bila ada perubahan pd fizikal, sedikit sebanyak akan beri kesan kpd mental.

.

Jadi, ada beberapa perkara yg boleh dipertimbangkan oleh wanita yg bakal atau sedang hadapi menopouse iaitu :


1. Penjagaan makanan

===================

- banyakkan pengambilan makanan yg semulajadi dan yg mampu back up masalah yg timbul akibat menopouse.

Contoh: jika sebelum ni tidak pernah ambil susu, mesti usahakan dapatkan nutrisi kalsium.

- jika dibimbangi tidak mampu dpt semua nutrisi dr makanan, boleh back up dgn supplemen yg selamat.


Contoh: 

1. GLA- untuk rawat masalah hormon.sangat sesuai utk wanita.

2. OSTEMATRIK- Bekalkan kalsium dan mineral yg diperlukan badan.

3. BKOMPLEKS- Elakkan stress

4. ESP-bekalkan protein mencukupi agar sel-sel badan dpt dibaiki dan dibina dgn baik.

5. Carotomax- vitamin A baik untuk mata

6. Kolagen- mengurangkan gejala kekenduran pd kulit dll.

GLA


2. Bersenam yg ringan

====================

- darah dapat mengalir dengan lancar.

-tingkatkan metabolisme badan.


3. Kurangkan stress

=================

-stress mampu merosakkan sel badan 


4. Banyakkan ibadat

================

- makin dekat dgn pencipta, makin bahagia kita. Org yg bahagia, hatinya tenang.Hati yg tenang, kesihatan akan jd lebih baik.

.

Semoga kita dapat hadapi hari tua dengan indah, dengan sihat dan bermakna.

Mari tingkatkan kesihatan dengan supplemen yang baik.


#pengedarsahshaklee

#jomsihat

#CodPuchong

#shaklee


📱013-2783475

📱013-2783475


www.duniakusihat.com

Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).






Ingin Hamil? Jom cuba Petua ini.


Selain timing yang sesuai, antara perkara lain yang perlu di pertimbangkan adalah:

1. Cek kesihatan dengan doktor. Adakah mempunyai masalah kesuburan?   Subur @ mandul bukan semata-mata masalah wanita. It takes two to tango. 

   Sekarang ni macam-macam penyakit yang boleh halang kesuburan seperti PCOS dll..semua tu in sha    Allah masih    boleh dirawat termasuk juga masalah berkaitan sperma. 

2. Kadang-kadang kegemukan akan mengurangkan peratus kesuburan.tapi ramai ja gemuk boleh peknen.tu namanya rezeki. Sains hanya cabang ilmu tetapi yang berkuasa hanya Allah.

3. Kerap bersenam untuk kekal aktif dan cergas. Badan pun sihat. Badan yang sihat in sha Allah kesuburan tinggi.

4. Jaga pemakanan. Banyakkan ambil supplemen yang sesuai. Antaranya:

   - B-kompleks with folic acid

   - Vitamin C

   - Vitamin E

   - Multivitamin ( Vitalea).

B kompleks Shaklee
Set Asas Hamil
Ini pendapat doktor pakar berkenaan supplemen.

Multivitamin Shaklee sudah berusia 102 tahunpetu

5. Atasi stress dalam kehidupan dengan baik. Stress sangat tak elok untuk badan kita.

6. Doa dan tawakkal selepas berusaha. Hanya Allah mampu memberi rezki bila tiba masanya.

    Ada hikmah atas ujian yang kita hadapi. Sentiasa bersangka baik kepada Allah walau saat paling kita sedih.


7. Nak murah rezeki, banyakkan sedekah. Anak kan rezeki juga...sedekah paling senang adalah senyuman...senyum selalu okay..


Please don't give up..no matter how hopeless..


Jika berminat untuk dapatkan semua supplemen di atas, 

Sila hubungi saya ya.

Saya sangat mengalu-alukan anda.


📱013-2783475

📱013-2783475


*Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Panduan Untuk Hamil

JOM IKHTIAR HAMIL DENGAN SHAKLEE


BEBERAPA PANDUAN UNTUK MUDAH HAMIL


1. Untuk wanita kahwin cepat bila ada peluang. Terbokti wanita paling subur sebelum umor 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain2 penyakit peranakkan. Jika ada jodoh jangan tangguh walau pun masih mengejar pendidekan tinggi dan kerjaya.

2. Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Sebaiknya jumpa doktor untuk periksa peranakan dan buat ujian kesuburan jika masih belum hamil.
Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor pakarpuan secepat munkin untuk periksa peranakkan dan ujian kesuburan.

3. Tentukan status kesihatan fizikal, mental dan emosi suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.
Saya ingin menekankan bahawa stress adalah punca kepada berbagai penyakit dan penghalang kepada kehamilan serta jadi punca keguguran.
Tenangkan fikiran, relaks sambil berusaha dan berdoa. Amalkan cara2 atasi stress.

4. Mampu buat hubungan seksual yang  sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.

5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isreri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari.
Waktu subur bolih dikesan olih catitan suhu BBT dan ovulation test kit.BBT

6. Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.
Baca fatiha, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.
Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.
Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat  untuk menjayakan kehamilan.
Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.
Buat sebaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.
Baca quran 2-3 muka setiap hari.
Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. Kawal berat badan. Kegemokkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan. Kegemokkan sering dikaitkan dengan PCOS dimana kilang telor bengkak dan telor sukar matang dan disertai gangguan haid.

9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaikknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah - buah2 dan sayur2. Minum juz segar dari buah2 dan sayur2 Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan

10. Makan supplement multivitamins, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.

11. Prosedur2 ujian menghasilkan kehamilan.
Xray HSG untuk buka saluran falopian menghasilkan kehamilan dalam 30% dalam tempoh 3-6 bulan.
Begitu juga prosedur D&C hydrotubation.
Rawatan suntik benih suami IUI juga menghasilkan 10 - 30 % kehamilan.
Ubat subur clomid dan ubat subur suntikan gonadotropin juga sam hasilnya.
IVF ICSI begitu juga hasilnya 30 % kehamilan dengan kos tinggi  RM15 - 20 K.
Pembedahan2 laparoscopy / minilaparotomy untuk mengatasi pelbagai penyakit - cyst, fibroids, endometriosis , tubes blocked dan lain2 menghasilkan 50 - 60% kehamilan dalan jangka panjang.

12. Tiada magic formula untuk hamil dan dapat zuriat. Semua ditentukan Allah. Kita perlu berusaha dan dapatkan bimbangan pakar. Kuatkan azam dan terus mencuba. Tapi perlu tenangkan fikiran dan emosi. Jangan terlulu stress. Berserah dan tawakkal kepada Allah SWT.
Bila datang haid setelah cuba hamil jangan rasa hampa dan terus mengucap sesuatu kata2 yang tidak baik. Ini dianggpa tidak syukur kpd Allah. Sabar, tabah dan rasa tawaduk.

-KREDIT: DR HAMID ARSHAD.

Supplemen Shaklee yang saya syorkan berdasarkan supplemen saranan Dr Hamid Arshad ialah:
1. Vitalea
2. Vitamin C
3. Vitamin E
4. B-kompleks ( with folic acid)
5. Zinc




Setiap produk ada fungsi tersendiri. Jika ingin lebih lengkap, boleh tambahkan dengan beberapa produk yang memang tersenarai dalam Set Hamil Shaklee.

Semoga Allah makbulkan ikhtiar kita. 
Jika berminat, boleh hubungi saya untuk dapatkan produk di atas.

 






Penyakit Endometriosis

Gambar: Pembedahan Endometriosis

Penyakit Endometriosis

Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain. 

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?


Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.


Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim? 



Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. 


Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. 

Apakah tanda-tanda atau gangguan? 

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang.Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid.Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis.Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian. 

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul? 

Sebenarnya ada beberapa penjelasan.Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.Kedua mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. 

Keguguran

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali. 

Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid. 

Pengesahan penyakit endometriosis. 

Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Rawatan penyakit endometriosis 

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini. 

Pembedahan untuk membuang endometriosis 

Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis. 

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali. 

Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini. 

Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan. Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali. Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.

Bolehkah penyakit berulang? 

Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.

Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.

Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.

Pembedahan buang rahim (hysterectomy) 

Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.

Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.

Rumusan 

Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur. Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Produk Shaklee yang disyorkan untuk membantu melengkapkan nutrisi pemakanan bagi pesakit ini ialah:


1. Vivix- mengandungi antioksidan tinggi yang sangat baik untuk melindungi sel-sel.
2. B kompleks-  mengurangkan stress kerana stress tidak baik untuk sel -sel.
3. Vitamin C- meningkatkan sistem imun.
4. GLA- menyeimbangkan hormon wanita.


Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).



Berminat? Hubungi saya segera :

Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)

Email : pnacuina@gmail.com

Fb : Duniaku Sihat