Anda Pengidap Diabetes? Kenali punca dan tanda-tandanya.

Punca dan Tanda-tanda penyakit Diabetes

Sebelum saya menulis lebih lanjut berkenaan artikel ini, ingin saya tegaskan saya bukan seorang doktor,sekadar menulis berdasarkan pengalaman orang sekeliling saya yang mengidap Diabetes.

Jangan kita sangkakan diabetes merupakan penyakit warga emas sebab gaya hidup, pemakanan dan keturunan menjadi faktor seseorang boleh mendapat diabetes @ kencing manis di usia muda. 

Suami kawan saya disahkan mengidap diabetes di usia awal 30-an. Pada masa itu mereka tidak ambil tahu dan memang tak tahu pun tanda-tanda  menghidap penyakit diabetes. Kebetulan masa tu kawan saya baru melahirkan anak yang pertama. Dia memang perasan susuk tubuh suaminya agak kurus, tetapi mengandaikan dia kurang tidur dan keletihan akibat menjaga isteri dan baby..

Sampai satu tahap, suaminya tidak nampak jelas papan tanda di jalan raya. Suaminya memang seorang yang rabun tetapi dia memakai cermin mata. dah pakai cermin mata pun masih kabur, ingatkan kena tambah power..ntah mcmna mujur sebelum pegi kedai cermin mata dia terbuka hati nak check darah..mb dia ada terbaca kot artikel. Jadi bila pegi check darah..positif la diabetes dengan bacaan yang sangat tinggi...25..ayoyo..

Permulaan kepada penyakit ini adalah pemakanan.. Yang kawan saya perasan masa tu kebetulan musim limau mandarin..dia memang suka sangat limau mandarin. selalu beli berkotak-kotak dan mmg dia yang banyak habiskan. Dia juga mempunyai sejarah kencing manis di mana ibu mertua kawan saya juga mengidap kencing manis. Kalau keturunan, kata orang mmg kena jaga betul2 sbb selalunya mmg akan diwarisi. Dia juga bukan kaki sukan..

Punca-punca Diabetes:

1. Pemakanan
    Suaminya suka makan nasi dalam jumlah yang banyak, suka minum minuman yang manis, suka makan buah limau mandarin, mangga, tembikai, durian.

2. Keturunan
    Ibu mertua kawan saya mengidap kencing manis. 

3. Kurang bersenam.
 Memang sebelum disahkan mendapat kencing manis, suaminya tidak mempunyai sebatang raket badminton pun.

Tanda-tanda positif kencing manis

1. Badan rasa letih dan lesu.
  rasa nak rehat dan baring ja..bukan malas..jgn salah sangka, tetapi inilah yang dialami oleh pesakit kencing manis.

2. Kerap kencing.
 Kerap kencing dan kadang-kadang kencing tak lawas. 

3. Timbul bisul 
Bisul akan mula timbul di kulit terutama di bahagian punggung..bisul tu akan bernanah. Jadi hati-hati agar tidak mudarat. Sebaiknya berjumpa doktor utk rawatan. Kalau boleh jangan picit sendiri takut jangkitan kuman, kang hilang bontot sebelah.

4. Pandangan jadi kabur
Kalau rasa macam rabun, sebelum pegi check mata, check dulu darah sbb kalau rabun disebabkan diabetes, xde maknanya buat cermin mata sbb power akan berubah2. setel dulu gula dalam darah ye..kalau dah tahap rabun, sangat bahaya sbb dia boleh bawa kepada buta..diulangi BUTA.

5. Berat badan menyusut
Jangan seronok sangat kalau tiba2 badan jd kurus tanpa diet. Sebelum canang kat orang rahsia kurus tanpa diet, better check darah dulu.

6. Haus

7. Gatal-gatal pada kemaluan dan kulit.

Ni antara kesan-kesan kencing manis

1. Luka lambat sembuh. Jika tidak dijaga dengan betul, boleh menyebabkan melarat dan jangkitan kuman

2. Kalau demam pun lambat sembuh.

3. Gigi dan gusi mudah berdarah

4. Sperma (bagi lelaki) kurang kualiti.

5. Kalau dibiarkan berlanjutan, boleh menyebabkan mati pucuk bagi lelaki.

Cara atasi:

1. Kawal pemakanan
  hadkan pengambilan gula dan karbohidrat dalam makanan. kalau suka manis, gantikan gula putih dengan stevia. Stevia agak mahal tetapi kesihatan yang baik jauh lebih beharga.

2. Bersenam
   Bersenam akan meningkatkan keupayaan insulin untuk bekerja. Jadi glukosa yang ada dalam darah mampu diserap kedalam sel, sel akan menukarkan glukosa kepada tenaga dan mengurangkan jumlah gula dalam darah.

3. Ubat
Kalau bacaan sangat tinggi, tolong jangan elakkan dari ambil ubat dr doktor. Atleast sehingga bacaan turun kalau tidak mahu bergantung kepada ubat. Suami kawan saya memang tidak suka ubat, hanya ambil bila bacaan tinggi tetapi dia akan cover dengan kerap bersenam.Jika anda tiada masa untuk bersenam, maka wajib konsisten dengan ubat dr doktor sehingga normal dgn pengesahan doktor.

4. Supplemen
   Seperti yang saya telah beritahu, supplemen bukan ubat, dia adalah makanan tambahan untuk menampung mana-mana nutrisi yang kurang dalam badan kita. Kalau ubat umpama askar/polis yang menentang musuh (virus dan bakteria), supplement adalah fasiliti yang telah disediakan untuk mencegah musuh dari memasuki rumah seperti menyediakan pagar yang kukuh, alarm sistem dll.

Kita telah mengetahui bahawa antara punca kepada diabetes adalah pemakanan, jadi cara untuk merawatnya juga sebaiknya melalui pemakanan juga kerana manusia memang perlu makan. 

Shaklee memandang serius masalah diabetes lalu menawarkan beberapa supplemen bagi membantu golongan ini agar dapat mengawal kandungan gula dalam darah selain menjaga pemakanan, bersenam dll. Antara produk yang disyorkan ialah:

1. Vivix
Harga Runcit : RM 503.50
2. Set Bajet/ Asas Diabetes
Harga Runcit: B-Kompleks : RM 56.98, Zink : RM 35.78
3. Set Lengkap Diabetes
Harga Runcit: ESP : RM159.00, Vita-lea : RM 94.08
GLA : RM 96.73, Vita-C : RM 96.05, Alfalfa : RM 56.98
Zink : RM 35.78, B-komplek: RM 56.98
Testimoni
1.
2. 


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Berminat? Hubungi saya segera :
Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)
Email : pnacuina@gmail.com
Fb : Duniaku Sihat