Omega Guard Shaklee Baik Untuk Jantung & Otak


Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tak ramai yang tau.. kalau sebut DHA baru orang kenal… Omega Guard Shaklee pun mngandungi DHA yang sangat baik untuk otak…


Omega guard shaklee ni terbaik dari brand-brand yang lain… tau sebab apa saya cakap macam tu?

Sebab brand-brand lain brand X, Y ,Z belum tentu lagi 100% Omega 3… selebihnya hanya lemak ikan je…

Tapi OMEGA GUARD SHAKLEE ni 99% Omega 3… so, anda pilih yg mana?
Nak bagi anak-anak makan lemak-lemak ikan je ke atau DHA yg baik?

SIAPA YANG PERLUKAN OMEGA GUARD SHAKLEE

1) Ibu Hamil. Kenapa???

✅membantu perkembangan otak bayi di dalam kandungan
✅mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
✅mengurangkan risiko gila meroyan selepas bersalin
✅membantu mengurangkan berat badan yang mencanak naik semasa hamil
mengawal kenaikan berat badan

2) Ibu yang menyusukan anak. Kenapa???

✅Omega Guard Shaklee akan menyalurkan Omega-3 untuk sistem imunisasi badan bayi serta membantu perkembangan otak bayi.
✅sangat membantu menurunkan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan. Best kan? Maka, semakin cepat la ibu-ibu ni kurus. Dalam pantang wajib ambil ni tau. Elok juga untuk membantu mengatasi kembang-kembang urat akibat sejuk atau terlalu banyak main air.

3) Kanak-kanak. Kenapa??
✅Omega Guard Shaklee membantu pertumbuhan badan yang sihat selain meningkatkan IQ serta kecerdasan otak
✅Meningkatkan sistem imunisasi badan terutamanya kanak-kanak yang sering demam, selesema, batuk asma dan ekzema.

4) Mereka yang ada masalah berat badan. Kenapa???

✅Omega Guard Shaklee membantu pembakaran lemak dalam badan dengan lebih cepat berbanding lecithin.
✅Meningkatkan hormon leptin yang mana ia sangat membantu anda untuk mengawal selera makan.

5) Mereka yang sering mengalamai masalah kesihatan. Bagaimana tu???

✅Mereka yang kerap batuk berkahak dan selesema yang berterusan.
✅Sering mengalami sakit sendi dan masalah kolesterol yang tinggi
✅Strok
✅Hypertension

Omega guard ni adalah sejenis omega 3.
ia juga dikenali sebagai minyak ikan. Ia bersifat antiradang dan mengandungi DHA & EPA.

Omega Guard menjalani 3x penyulingan berperingkat untuk memastikan minyak ikan dihasilkan benar-benar pure bergred farmasi dan bebas toksin dan merkuri dan plumbum.



FUNGSINYA:

✅ menurunkan paras kolesterol jahat dalam badan.
✅ bermanfaat untuk kesihatan jantung.
✅ mencantikkan dan melembabkan kulit.
✅ membantu masalah asma/lelah
✅ sesuai untuk mereka yang nak berdiet
✅ bantu membakar lemak-lemak tak bermanfaat.
✅ ibu hamil digalakkan ambil untuk bayi yang bijak (kerana bekalan DHA di dalamnya adalah dikenali sebagai makanan otak)
✅ membantu mengurangkan plak yang tersumbat pada salur darah.
✅ bertindak sebagai agen antiradang.



KENAPA OMEGA GUARD ?

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

🎈Fungsi EPA
🐳 Mencegah kanser
🐳 Mencegah pembekuan darah
🐳 Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
🐳 Baik untuk pesakit jantung
🐳 Menghindar tekanan perasaan
🐳 Mencegah penyakit darah tinggi

🎈Tugas DHA
🐬 Mencegah asma
🐬 Meningkatkan daya seksual
🐬 Mencegah sakit kulit
🐬 Mengelakkan kanser payu dara
🐬 Mengelak kanser prostat
🐬 Menghindar daripada migrain, rasa kebas
pada anggota badan
🐬 Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

  • Hubungi saya untuk dapatkan produk ini. Whatsapp 》 013-2783475

Set Asas Kolestrol Shaklee : Membantu menurunkan dan mengawal paras kolestrol

Apa sebenarnya Kolestrol?

Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon. Kiranya kalau takde pun tak boleh lah. Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai liporotein. Lipoprotein ni terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.

Kita biasa dengan tentang kolesterol yang termendap di salur darah dan mengakibatkan strok. Namun sebenarnya ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan kita.

Ada berapa jenis Kolestrol?


Kat dalam badan kite ni, ade 2 jenis lipoprotein membawa kolesterol. Satu dipanggil LDL (low density lipoprotein) dan yg lagi satu dipanggil HDL (high density lipoprotein).

1. Kolesterol Jahat


LDL ni glamour jugak kerana dipanggil ‘kolesterol jahat’. Kenapa jahat? Sebab jika paras LDL tinggi, ia membawa kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.

2. Kolesterol Baik


HDL pula dikenali sebagai ‘kelosterol’ baik. Sebab ape baik? Sebab ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati, di mana hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri.


Jadi sebab tu la tadi dikatakan kolestrol ni penting juga. Bukan semuanya kita kene buang ye.

Sel yang sihat sangat bergantung kepada HDL kerana HDL diperlukan oleh sel untuk bernafas, makan, berkumuh dan pelbagai fungsi metabolisma. Manakala LDL boleh merosakkan fungsi tersebut.

Apa fungsi Kolestrol?

Seperti yang dinyatakan diatas, terdapat beberapa fungsi penting kolestrol dalam tubuh badan kita. Antaranya:
  • Membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.
  • Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
  • Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.
  • Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen.
  • Menjaga ‘pintu pagar’ sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya.
  • Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
  • Menjadi penebat kepada jaringan saraf.
  • Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D.

Apakah tahap normal Kolestrol?

Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120-200 mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130 mg/dl.

Apa akan terjadi jika Kolestrol bukan ditahap sepatutnya?

Kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan jadi penting untuk menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.

Antara masalah yang biasa berlaku ialah:
  • Strok
  • Serangan jantung
  • Penyempitan arteri
  • Darah tidak mengalir dengan baik

Bagaimana seseorang individu boleh mencegah kolesterol tinggi?

Terdapat beberapa cara yang perlu dipraktikkan untuk membolehkan kita mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan.

Faktor keturunan dan diet mempunyai pengaruh penting terhadap paras HDL, LDL dan total cholesterol seseorang. Diet yang tinggi lemak tepu dan kolesterol meningkatkan paras kolesterol LDL dalam darah. Kebanyakan individu dapat mencegah kolesterol tinggi dengan mengikuti saranan berikut:
  • Berhenti merokok
  • Makan lebih produk susu.
  • Makan makanan berserat tinggi (sayuran, gandum, kekacang dan buah-buahan), rendah lemak (mengelakkan daging merah dan kuning telur) dan karbohidrat rendah (mengelakkan gula ringkas).
  • Menurunkan Berat Badan (Capai Body Mass Index yang optima. Beri tumpuan untuk mengurangkan lemak di perut).
  • Senaman 30 minit sehari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu
  • Makan ubat yang disyorkan oleh doktor
Ubat untuk menurunkan paras kolesterol harus diambil hanya selepas konsultasi doktor.

Kombinasi keadaan tinggi tahap total cholesterol dan LDL dan rendah tahap kolesterol HDL adalah tidak diingini. Sebaliknya kombinasi rendah tahap Jumlah Kolesterol (total cholesterol) dan LDL dan kadar kolesterol HDL yang tinggi adalah disarankan.

Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?

Sekiranya anda mengalami masalah kolesterol tinggi atau terlalu rendah dan sedang dalam rawatan doktor, saya nasihatkan anda agar merujuk kepada doktor dahulu sebelum mengambil sebarang supplement.

Ini kerana dikhuatiri pengambilan supplemen yang mempunyai mempunyai tidak balas dengan ubat yang anda ambil.

Sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolesterol tanpa ubat atau secara semulajadi, harus diingatkan bahawa suplemen bukanlah sesuatu ubat 'magic' yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata.

Pengambilan konsisten supplement Shaklee dan mengamalkan tips yang disebutkan akan membantu anda.

Items yang terkandung didalam Set Kolestrol Shaklee adalah:

B Complex – Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan kadar kolesterol
Garlic – Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah
Omega Guard – EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL.
Vita-C – vitamn C menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri.

Vita-E – vitamin E memperbaiki peredaran darah.

Hubungi @Whatsapp@Telegram saya disini 013-2783475 untuk order.

OVARIAN CYST SEMASA HAMIL

OVARIAN CYST SEMASA HAMIL


Biasa kita dengar sukar hamil jika ada cyst. Bagaimana pula kalau sedang hamil tapi baru tau ada cyst? Cyst yang muncul semasa kehamilan...mana-mana wanita pun tak nak benda ini 'hidup' dalam badan. Ada kajian menunjukkan 75% wanita akan mengalami cyst dalam seumur hidup mereka. 

Apa itu Ovarian Cyst?


Ovarian Cyst merupakan kantung yang mengandungi cecair yang berlaku dalam satu atau kedua-dua ovari. Ovari ada dua organ yang berbentuk kacang dan mengeluarkan telur.

Kebiasaan wanita mengalami Ovarian cysts dan kebanyakannya tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan melainkan cyst tersebut besar atau mengakibatkan gejala yang kronik. Jika satu ovarian cyst didapati semasa kehamilan, ia biasanya tidak menyebabkan anda atau bayi anda menghadapi sebarang masalah.

Ada dua jenis ovarian cysts yang biasa ditemui iaitu :

1. Follicular cysts

Ovari mengeluarkan telur setiap bulan iaitu semasa proses kitaran haid. Pada setiap kitaran, beberapa kantung-kantung mengandungi telur mula matang. Setiap folikel dipenuhi dengan bendalir yang memelihara telur. Folikel terbesar meledak dan mengeluarkan telur dan dipanggil proses pengovulan. Follicular cysts akan terbentuk apabila telur tidak dikeluarkan, atau folikel meledak tetapi tidak keluar dari ovari dan ia terus mengisi ovari dengan bendalir. Jika ini berlaku, bendalir terus berkembang dan Follicular cysts terbentuk. Cyst seperti ini biasanya bersaiz kecil tetapi boleh tumbuh sehingga 5cm (2in) atau 6cm (2.4in).

2. Luteal cysts

Luteal cysts adalah ovarian cyst yang biasa didiagnos oleh doktor. Berlaku sekiranya folikel berjaya pecah , dan telur telah dibebaskan tetapi bekas kosong (corpus luteum) ditinggalkan. Kadang-kala ia berisi dengan bendalir atau darah dan boleh berkembang kepada 6cm (2.4 in). Luteal cysts mengambil masa beberapa bulan sebelum menghilang dan tidak memerlukan rawatan, tetapi ada juga kes Luteal cysts pecah, dan menyebabkan pendarahan dalam perut anda.


Gejala dan rawatan cyst

Cyst boleh bertahan lebih lama dan terus bercambah tanpa disedari. Antara gejala cyst seperti berikut :
  1. Kesakitan dalam perut atau pinggul.
  2. Perut kembung atau bengkak.
  3. Rasa tekanan di bahagian usus atau pundi.
  4. Ketidakselesaan usus, atau kerap membuang air kecil.
Jika anda mempunyai cyst semasa mengandung, anda akan menjalani imbasan ultrabunyi tambahan untuk mengawasi perkembangan cyst semasa kehamilan.

Jika cyst terus berkembang atau ianya menyebabkan banyak gejala kesakitan, anda memerlukan nasihat dan pemeriksaan lanjut doktor. Kebanyakkan doktor akan menunggu sehingga kehamilan pada trimester kedua sebelum membuang sista kerana pembedahan di awal kehamilan mungkin meningkatkan risiko keguguran.

Bagi sesetengah kes, cyst boleh menjadi berpintal @ twisted (torsion). Jika ini berlaku, anda mungkin sangat tidak sihat , dan ovari boleh mengalami kerosakan. Anda akan dinasihatkan menjalani pembedahan membuang cyst tanpa mengira peringkat kehamilan pada tahap tersebut.

Cyst di awal kehamilan boleh dibuang menggunakan pembedahan 'Keyhole Surgery' (laparoscopy). Bagaimanapun, jika cyst bersaiz besar atau di akhir kehamilan, doktor anda akan membuat satu potongan pada perut anda atau laparotomy.

Pengambilan GLA Complex dari sekarang dapat mengurangkan risiko terkena cyst untuk wanita yang belum hamil kerana ianya dapat menstabilkan hormon. Untuk yang hamil pula, anda dinasihatkan mengambil Vitamin C dan Omega. Bukan je untuk mengecutkan cyst malah mencegah langsung dari membiak. GLA Complex akan bertindak untuk membetulkan kitaran hormon anda. EPO saja tak cukup sebab GLA Complex ada 3x lebih baik daripada EPO. Pilihlah mencegah dan jangan abaikan pesanan ini sebab bila penyakit dah 'hinggap', sakitnya tidak terhingga. 



* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Kredit/Sumber: Pakar obstetrik dan Pakar sakit puan BabyCentre (Hamed Al-Taher)

Kayap Kering Dalam Masa 2 Minggu Dengan NutriFeron

Kayap Kering Dalam Masa 2 Minggu Dengan NutriFeron


Jenis-jenis Kayap 

Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis iaitu: 
  1. Kayap melukut 
  2. Kayap jagung
  3. Kayap ular (herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes). 
Penyakit kayap jenis ini dikatakan mempunyai persamaan dengan demam campak atau chicken pox dari virus yang sama iaitu Herpes dan bersembunyi di bawah kulit. Kayap ular biasanya bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada atau pada sebelah dada sahaja. Namun, jika tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi, Penyakit kayap jenis ini akan menyerang urat saraf pada bahagian mata sehingga menyebabkan rasa pening dan sakit diikuti pula ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata. 

Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sebuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit. 

Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar ‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit kayap ini.

Untuk merawat penyakit kayap ini, kami mencadangkan anda mengambil NutriFeron Shaklee kerana sudah ramai pesakit yang sembuh hasil daripada pemakanan supplement Nutriferon ini.

NutriFeron Shaklee; Harga Bukan Ahli RM192.13

Untuk konsultasi percuma anda bolehlah menghubungi saya Salina 013-278 3475.



* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak). 

Keistimewaan Shaklee

shaklee, produk
Gambar: Antara Produk Shaklee Yang Berada Di Pasaran

Falsafah Produk Shaklee

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Inilah keistimewaan shaklee.

Keistimewaan Shaklee

SENTIASA SELAMAT

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:

Beberapa senarai "TIDAK" Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif

Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat

$300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga.

7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee

Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
Ekpedisi Artik Antarabangsa

54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM

Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar

Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®.

Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar

  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai

Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:

  • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
  • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
  • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau

Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:

  • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
  • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
  • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
  • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
  • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
  • daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

Kenapa Berbisness Bersama Shaklee

Kenapa Join Bisness Shaklee


Makan Gaji?

Ramai antara kita yang makan gaji di company swasta menerima kenaikan gaji setahun sekali pada bulan antara Mac-Jun kan? Bagaimana dengan anda? Kos sara hidup sekarang meningkat hampir 200% berbanding 5 tahun dulu. Tapi adakah gaji anda sudah 200% berbanding tahun 2008? Termenung seketika.. 

Tetapi itulah hakikat yang harus diterima, mereka yang berpendapatan RM3000 ke bawah diklasifikasikan sebagai golongan miskin bandar. Masa kita kecik-kecik dulu, zaman salah seorang sahaja ibu bapa kita bekerja. Selalunya bapa, ibu jadi suri rumah… Zaman sekarang, lihat diri kita (atau abang/kakak kita bagi yang muda-muda), zaman sudah berubah di mana kedua suami & isteri perlu bekerja untuk menampung keluarga akibat ekonomi meningkat… 

Fikirkan apa akan jadi 5 tahun lagi, 10 tahun lagi, atau 20 tahun lagi… Bagaimana suami & isteri perlu menampung keluarga? Pakar-pakar perniagaan berfikir, dalam satu masa nanti, kesemua keluarga perlu memikirkan memulakan perniagaan secara “part-time” untuk menampung keluarga. Ini kerana, ekonomi semakin naik, harga barang semakin naik dan yang penting sekali, lifestyle semakin meningkat. Satu hari nanti, ia akan jadi amat sukar untuk hidup dengan hanya “makan gaji” kedua suami & isteri. Perniagaan secara sambilan dimestikan! Sekiranya anda belum lagi memulakan perniagaan, fikirkan ini.

“Mulakan perancangan untuk memulakan perniagaan satu hari nanti!” – memetik kata-kata Irfan Khairi.

Jom berubah!! Inilah masanya tidak kira samada anda seorang surirumah, akauntan, jurutera, arkitek, atau siapapun anda, cuma anda yang mampu merubah diri anda!
Peluang Bisnes yng Amat Baik dengan Shaklee.

Apa yang membuatkan kami memilih bersama Shaklee? Jawapannya adalah peluang (opportunity) yang datang melalui bisnes Shaklee. 

Peluang apa?

  • Peluang mendapat/ memperbaiki taraf kesihatan yang baik melalui produk supplement yang diiktiraf di dunia (melalui kajian saintifik & journal yang diterbitkan).
  • Peluang mendapat/ memperbaiki taraf hidup dari segi ekonomi.

Melalui Shaklee kita berpeluang untuk meningkatkan taraf kehidupan kita dari segi ekonomi & gaya hidup.

Apa yang Shaklee Bagi?

Shaklee menawarkan ahlinya 3C “Cash, Car , Convention”.

Ganjaran Tunai – (tidak termasuk peluang untung runcit):
Bonus Kumpulan Peribadi sehingga 21%
Leadership bonus – sehingga 6 level
Insentif Coordinator sehingga 1.5%
Program Kereta – berpeluang mendapat tambahan bonus untuk bayar kereta kita.
Convention – adalah percutian yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee (dalam negara & luar negara). Ada juga peluang untuk menunaikan Umrah.

➳ Kepada yang berminat untuk perbaiki ekonomi & gaya hidup ke arah yang lebih baik ambil “PELUANG” yang kami tawarkan ini SEGERA. Jalan sudah terbentang lurus, cuma kita yang boleh menentukan destinasi itu cepat atau lambat.

✔ “FAST ACTION, FAST RESULT”

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Pendapatan 3 angka, 4 angka, atau 5 angka sebulan bukanlah sesuatu yang mustahil dengan bisnes shaklee. Anda yang menentukan. Jom berubah!!  Sertai team DKS Group sekarang!!

Menjelang Usia Tua


Gambar Hiasan

PERKONGSIAN DR HAMID : SAAT KITA SUDAH TUA

Saya memang suka baca sharing Dr hamid kerana beliau seorang doktor berpengalaman dan berfikiran terbuka.

Kali ini saya ingin berkongsi perkongsian beliau tentang persiapan kita saat menjelang hari tua.

Umum tahu, bila kita tua, yang paling ingin kita lakukan adalah menambah amal ibadat kerana kita amat hampir dengan kematian. Kesihatan menjadi modal utama saat kita tua.

Mulakan penjagaan kesihatan bermula sekarang kerana apa yang masuk ke dalam tubuh kita memberi kesan kepada fizikal kita. 

Harap semua mendapat manfaat dari perkongsian ini.

===================================================================
YA ALLAH JAUHI DAN LINDUNGI AKU DARI PENYAKIT TUA.

Diantara banyak jenis sakit tua ialah nyanyuk, dementia, alzheimer, parkinsonism dan lain2. Hilang ingatan dan nyanyuk sering mengancam warga emas. Otak mengecut dengan meningkat umor dan jika tidak diaktifkan dengan berbagai cara rangsangan.

Dalam penyakit alzheimer, Beta amyloid plaque melekat pada dinding saluran darah keotak, mengurangkan bekalan darah dan oksijen, kesannya sel2 otak musnah. Kimia2 pemancar signal letrik dalam otak, acetyl choline (Ach) juga bekurangan dalam penyakit2 ketuaan.

Penyakit angin ahmar atau stroke juga boleh merosakkan bahagian2 terpenting dalam otak, mengakibatkan gangguan fungsi2 terpenting saperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan).

Dalam umor 72 tahun saya sentiasa berdoa sambil mengamalkan langkah2 untuk menjauhi sakit tua.

1. Baca dan hafal quran tingkatan fungsi otak.

Saya amalkan baca quran walaupun beberapa ayat setiap hari. Walau pun sudah hafal beberapa surah penting, dalam bacaan kali ini saya cuba fahami makna agar dapat menghayati ajaran quran dan mengamalkannya.

Bacaan quran bertajweed dan bertaranum adalah satu kaedah mengaktifkan otak. Ia merangsang pertumbuhan sel2 otak dan meningkatkan transmissi letrik menerusi synapses.

Bacaan berulang2 meningkatkan ingatan dan hafalan dan disyorkan baca 40 kali bagi setiap ayat. Amalan ini insyaallah boleh mencegah penyakit nyanyuk.

2. Tenangkan fikiran dan atasi stress.

Tekanan mental, fizikal dan emosi yang berpanjangan mencetuskan hormon steroid, cortisol yang bolih merosakkan sel2 neuron dan stesyen pemancar letrik, synapses khususnya dikawasan hippocampus dan prefrontal lobe yang penting bagi menyimpan ingatan dan dan memperoses pemikiran.

Saya cuba mengawal stress dengan sentiasa berzikir, bertasbih dan berselawat dimana2 dan bila2 masa bila ada peluang. Juga menyedut nafas panjang melalui hidung dan menghembus nafas keluar perlahan2 melalui mulut, ulang selama 5 minit, tidak kira dimana saya duduk.

Saya juga amalkan berkebun disekitar kawasan rumah selama 30 hingga 60 minit, setakat tanam sayur dan herba. Sambil berpeluh ia juga dapat beri ketenangan kepada saya.

Ketawa dan senyum selalu untuk kurangkan stress. Jenaka cetuskan pengeluaran dopamine yang menimbulkan rasa keriangan dan ceria.

3. Terus belajar bidang baru.

Proses pembelajaran mencambahkan pertumbuhan sel2 serta meningkatkan fungsi otak, tidak kira umor dan tidak kira bidang ilmu apa pun. Untuk saya ilmu2 ugama, perubatan dan pengurusan penting saya tingkatkan setiap masa dengan membaca kitab2, buku2 dan internet.

Untuk lebih berkesan lagi pelajari bidang2 baru yang bolih mecabar otak kita saperti bertukang atau carpentering, buat lukisan atau berlajar bermain alat muzik. Jadikan ia sebagai satu hobby untuk memenuhi waktu lapang khususnya bagi mereka yang telah bersara. Malangnya saya tidak punya banyak masa lapang.

4. Terus berkerja dan berkhidmat tanpa bersara.

Kekosongan tanpa aktiviti fizikal dan mental bolih menyebabkan otak kita cepat mengecut atau atrophy. Alhamdulillah bagi saya yang self employed dan punya ilmu dan kemahiran dalam pembedahan gynecology, jadual masa saya sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda saya.

Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan tubuh badan untuk terus beri khidmat kepakaran saya kepada kaum wanita khususnya.

5. Excercise fizikal meningkatkan fungsi otak.

Amalan exercise fizikal selama 30 minit atau lebih memberi banyak kesan positif kepada fungsi otak:

Meningkatkan bekalan oksijen kepada otak; penting bagi sel2 otak untuk cegah serangan angin ahmar.

Mencetuskan pengeluaran BDNF, brain derived neurotrophic factor untuk meningkatkan fungsi otak - kognitif dan pembelajaran.

Tingkat mitochondria dan organelles pembekal tenaga untuk sel2 otak.

Saya cuba amalkan yoga untuk merawat sakit tengkuk dan pinggang. Alangkah baiknya jika kita popularkan silat sebagai satu exercise kesihatan dan pentenang minda. Yoga adalah amalan bangsa india dan taichi amalan bangsa cina.

6. Tidur yang cukup, antara 5 hingga 8 jam.

Memang telah jadi amalan saya tidur awal, 10 malam dan bangkit awal, jam 5 pagi. Dan sebelum zohor saya tidur sebentar atau power nap.

Waktu tidur aktibiti2 otak pun berehat, segala fungsi diselaras semula (reset), sel2 neuron baru tumbuh dan sambungan2 synapses diperkukuh.

Bila bangun kita dapat berfikir dengan terang kerana otak kita lebih aktif. Jika ada masa amalan exercise fizikal 30 minit sebaiknya dilakukan selepas bangun tidur untuk menghasilkan kesan rangsangan otak terbaik.

7. Omega 3 dan DHA.

Otak mengandungi 60% lemak dan darinya 25% adalah Omega3 DHA, penting bagi fungsi otak dan retina mata untuk penglihatan. Kekurangan omega 3 dan DHA terdapat pada pesakit2 ketuan termasuk alzheimer, menjadikan sel2 otak tegang dan mudah inflamasi serta rosak, juga kimia pemancar neuro berkurangan.

Sumber2 omega3 terbaik adalah dari ikan berminyak saperti salmon, tuna, mackerel, hati, otak dan minyak krill. Sumber2 omega3 dari walnut, badam, avacardo, flexseeds, peanuts juga baik. 

Sekarang ini pil2 minyak ikan dan krill banyak terdapat dalam pasaran. Setiap biji pil mengandungi 1000 mg minyak ikan atau krill. Makan satu atau dua biji setiap hari. Minyak krill lebih mudah diserap dan juga mengandungi antioxidant, astaxanthine.

8. Minyak kelapa dara (VCO)

Otak mendapatkan sumber tenaga dari glucose yang memerlukan insulin. Otak menghasilkan sumber insulin sendiri. Pesakit alzheimer kekurangan insulin dalam otak, kesannya kurang sumber tenaga.

VCO mengadungi 60% medium chain triglycerides (MCT), sumber ketones yang menghasilkan tenaga.

Minum 2 sudu besar VCO setiap hari dikatakan dapat bantu pesakit alzheimer.

9. Vitamin D3.

Vitamin D memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel2 serta fungsi otak. Pesakit2 ketuaan, alzhmeir mengalami kekurangan vitamin D.

Wanita2 hamil disarankan mengambil vitamin D3 yang biasanya diadunkan bersama pil kalsium. Mungkin orang malaysia jarang mengalami kekurangan vitamin D kerana bila terdedah kepada cahaya matahari tubuh kita boleh bina vitamin D.

10. Vitamin B12.

Memainkan peranan penting dalam kesihatan dan fungsi otak serta meningkatkan ketajaman berfikir.

Kekurangan vitamin B12 menyebabkan otak mengecil dan penyakit alzhmeir.

Sumber2 utama B12 ialah daging, ayam, susu dan telor. Makanan tersebut juga mengandungi choline yang penting bagi fungsi otak.

11. Kesihatan perut dan usus.

Dianggap sebagai otak kedua kerana terdapat hubungan saraf terus ke otak melalui saraf2 vagus dan cranial nerve ke10.

Untuk menentukan kesihatan usus tentukan pemakanan yang berkhasiat dan berzat. Jauhkan junk dan processed foods, gula dan karbohaidret. Makan lebih fermented food dan probiotics.

12. Buahan dan herba2.

Terdapat banyak jenis buahan dan herba yang merangsang pertumbuhan sel2 otak, meningkatkan sambungan dan hubungan antara sel2 otak. Buah2 berries, kismis dan keroma dengan kandungan flavonoids - anthocyanins dan flavanol bertindak demikian.

Kimia pemancar letrik otak Ach bolih berkurangan akibat tindakan enjim2 terentu , akibatnya penurunan fungsi otak. Terdapat beberapa herba yang mengadungi inhibitors untuk menghalang tindakan enjim2 tersebut dan berkesan merangsang fungsi otak, barcopa, ginko baloba, rosemary, sage, mint, holy basil dan lain2.

13. Kawal penyakit yang memudahkan serangan angin ahmar.

Penyakit2 darah tinggi, kencing manis, kegemokkan dan kolesterol tinggi perlu dikawal dengan rawatan doktor pakar.

14. Rangsang otak.

Disamping pemakanan berkhasiat dan berzat, amalan exercise fizikal, kawal penyakit dan stress, makan vitamin2, supplement dan herba kita perlu merangsang dan mengaktifkan otak setiap masa dan waktu.

Musik dan lagu khususnya musik2 klassik memang telah diiktiraf sebagai satu cara meningkatkan fungsi otak disamping memberi ketenangan minda. Lebih baik kalau belajar bermain alat musik setakat untuk kegunaan sendiri.

Interaksi sosial seraya menguatkan silaturrahim melalui perbualan talipon dengan ahli2 keluarga, rakan2 sebaya, anjurkan makan bersama dengan classmates.

Pelajari satu kemahiran baru, jadikan ia satu hobi. Kita perlu membaca buku atau cari maklumat dari internet untuk tujuan begini. In satu kaedah rangsangan otak yang baik. Ada kala hasil dari hobi menjadi satu bisnes yang lumayan.

Ada beberapa permainan yang perlu kegunaan minda saperti crossword puzzle; sudoko, chess dan lain, kesannya merangsang fungsi otak.

Pergi melancung dan melawat negara2 luar dan pelajari sejarah, adat resam dan caragaya hidup bangsa2 asing. Alquran juga menggalakkan kita berjalan untuk pelajari kesan kaum2 yang ingkar.

Bagi saya menulis makalah dalam blog, website dan facebook sangat berkesan yntuk merangsang minda saya. Saya perlu buat research, cari maklumat dan baca serta buat catitan dalam buku nota saya sebelum saya hasilkan satu makalah saperti ini.

Memang telah menjadi tabiat saya untuk buat catitan dalam buku2 nota, dairi dan jernal tentang ilmu pengetahuan baru, peristiwa2 dan pengalaman. Begitu juga dalam hal2 pengurusan kewangan dan pentabiran niaga saya catitkan segala2nya dengan terperinci dalam buku nota. Ini memudahkan perancangan sesuatu projek atau program dimasa hadapan.

Semoga segala usaha saya diberkati Allah SWT. Amin.

Kredit: Dr Hamid Arshad

====================================================================

Antara supplemen yang beliau sebutkan di atas, terdapat juga di Shaklee yang sesuai dengan peranan yang ditekankan oleh beliau seperti:


1. Untuk penjagaan otak dan daya ingatan:
- Omega Guard, Lecithin, B-kompleks

2. Untuk tenaga terutama dalam sel (mitokondria):
- Vivix


3. Untuk tulang dan urat saraf
- Ostematrix dan B-kompleks


4. Untuk penjagaan usus dan perut:
- Herblax, Alfalfa dan Peppermint-ginger




5. Untuk penjagaan/ kawalan kolestrol, darah tinggi:
- Omega Guard, Lecithin, Garlic, Alfalfa







6. Sumber flavonoid
- Vitamin C


Jom hadiahkan ibu-bapa kita dengan Set Warga Emas bagi membuktikan kita sayang mereka walaupun jasa mereka memang tidak terbalas.

Semoga hadiah kecil dari kita memberi nilai di sisi Allah.

Jika berminat untuk dapatkan produk di atas, hubungi saya untuk harga istimewa.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

*Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Rahsia Kulit Lembab

Kulit Lembab Dengan Shaklee

Saya ada seorang pelanggan.
Biar saya namakan beliau Kak Wan.
Orangnya cantik molek..berasal dari Kelantan.

Dia dah lama dengar pasal Shaklee dan dia juga seorang yang sukakan kecantikan.

Baru-baru ni, beliau cuba 2 produk Shaklee iaitu ALFALFA dan VITAMIN C untuk mencantikkan lagi kulit beliau.

Sebenarnya, beliau ada masalah berkait dengan kulit. Kak Wan pernah masuk hospital dan dimasukkan darah selepas melahirkan anak. Sejak itu, Kak Wan alami gatal-gatal kulit dan sensitif.

Alhamdulillah..hari ni, saya mendapatkan respon dari beliau selepas hampir 2 bulan konsisten Vitamin C dan beberapa minggu mengambil Alfalfa,
Beliau memberitahu:

" kulit semakin lembab, rasa seronok sebab tak pernah rasa kulit macam ni"

Ko rasa??? gila tak seronok bila pelanggan kita dapat kesan positif dan produk tersebut ngam ho dengan tubuh badannya.

Untuk orang yang alami kulit bermasalah, tiada yang lebih menggembirakan hati bila kulit semakin baik.

Semoga Kak Wan terus istiqomah menggunakan Shaklee dan mendapat kebaikan dari produk tersebut.

Sesiapa yang alami masalah yang sama seperti Kak Wan, saya syorkan cuba secara konsisten 2 produk ini.



Promosi November

Bulan ni ada promosi untuk produk Alfalfa.
Pembelian 3 botol akan dapat PERCUMA 1 botol.
Sangat menjimatkan!!!!


*Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Rawat Gout Dengan Shaklee



Cara Rawat Gout Tanpa Ubat

Simptom Gout

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. 

Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit juga mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Ingat, gout tak boleh diurut sebab asid urik ni tajam. Kalau makin diurut makin sakit. Kalau dibiarkan asid urik ni lama-lama ia akan menghakis dan membentuk kristal yang tajam. Baca pun dah seram ni. Sebab itu dalam kebanyakan gambar, mereka menggambarkan gout tu macam pokok kaktus. Bayangkan kalau pokok kaktus pada kaki kita. Nak pijak pun sakit sangat.

Komplikasi Akibat Gout

Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan yang dipanggil ‘tophi’. Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ‘batu karang’. Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan kencing manis.

Jadi jangan ambil mudah dengan gout, sebab ia berpotensi menyerang organ dalaman anda yang lain. 

Cara Rawat Gout Tanpa Ubat

Kebiasaanya rawatan dengan doktor akan memberikan anda steroid (dengan syor daripada doktor sahaja) jangan ambil sendiri dan juga ubat anti radang untuk mengurangkan sakit dan radang. Ubat-ubat ini tentulah mempunyai kesan sampingan seperti mengakibatkan gastrik, loya, muntah dan cirit birit.

Tahukah anda gout boleh dicegah dan dibantu rawatannya tanpa ubat?

Set Gout Shaklee

1. Alfalfa Complex

untuk fungsi detoks semulajadi, menyingkirkan toksin dalam badan secara lembut. Tapi kena banyak minum air, barulah efektif proses detoks tu. Air at least 3 liter sehari, bergantung kepada berat badan seseorang.

2. Omega Guard

untuk mengurangkan keradangan dan melicinkan sendi. Mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan, mencegah arthritis, memelihara fungsi sendi dan melegakan gout. Banyak lagi kelebihan Omega Guard ni sebenarnya.

3. Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

untuk menggalakkan mobiliti, meningkatkan fleksibiliti, meningkatkan fungsi sendi dan menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang.

4. Performance Drink

untuk memelihara kandungan bendalir dalam badan untuk mengelakkan dehidrasi. Bagi melancarkan proses detos sebab nak buang asid urik berlebihan dalam badan.





Detok Shaklee Dengan DTX Complex

Detok Shaklee Dengan DTX Complex
DTX Complex, Harga Runcit RM164.30


Jom DETOX cara SHAKLEE

Saya memang suka kunyit..suka buat ulam masa tinggal dengan tok dulu. Tapi sekarang tanah hanya sekangkang kera je..boleh la dapat comel2 kunyit buat masak cili api. Habis kuning tangan bila pegang kunyit hidup.



Tapi sekarang..sejak join kelas detox SHAKLEE, baru tau..produk DTX COMPLEX pun ada bahan kunyit tau..sesiapa malas nak kuning tangan dan renyah2..meh telan DTX COMPLEX.


DTX COMPLEX ada:

1. Milk thistle seed
2. Articok
3. Kunyit
4. Dandelion
5. Ling zhi
6. Schizandra

Semua ni sangat bagus utk detoksifikasi.

Jom DETOX cara SHAKLEE

Artikel ini daripada Fb Dr Zubaidi Hj Ahmad

Curcumin yang diekstrak merupakan antara suplemen yg terbaik bagi mencegah pelbagai jenis penyakit dengan mudah. Ia dapat menguatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan kerosakan sel-sel badan.

Kajian mendedahkan kunyit mengandungi khasiat yang dapat mencegah kita daripada pelbagai penyakit. Bahan yang digunakan nenek moyang kita kini mendapat perhatian yang serius daripada pakar-pakar hospital ternama di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Kehebatan herba ini terletak pada ekstrak pigmennya yang memberikan warna kuning kepada kunyit. Pigmen ini mempunyai banyak khasiat dan berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit dikenali sebagai curcumin.


Harga Retail: RM164.30

Harga Diskaun Saya: RM150.00  (Anda Jimat RM14.30 )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).