Kenapa Saya Perlukan Supplemen

SUPPLEMEN? PENTING KER?

Penting atau tidak supplemen ni ikut perspektif sendiri. Macam penting atau tidak kereta sendiri? Boleh je naik kenderaan awam kan.,sampai juga destinasi.

Tapi bila berkait dengan kesihatan, kita perlu buka minda, hati dan dompet kerana antara semua harta yang kita miliki, kesihatan adalah harta paling mahal.

Tak guna duit berkepuk tapi terlantar atas katil. 

Boleh tengok borang dibawah untuk semak sekiranya kita ada tak maslaah dibawah.
Jika kebanyakkan "ya", memang anda memerlukan extra iaitu supplemen.



Apapun sakit itu adalah ujian pembersih dosa dan menaikkan darjat kita.
Cuma jangan kita berserah tanpa berusaha.
Nabi sendiri pun amalkan pemakanan yang baik dan halal serta mementingkan penjagaan kesihatan.

Mungkin tak semua orang perlukan supplemen. Jadi, jom kita tengok gerangan siapakah yang perlu atau dinasihatkan ambil supplemen sebagai back up nutrisi dia tu.

GOLONGAN YANG PERLUKAN SUPPLEMEN

1. Yang kerap tidur lewat
2. Yang tidak exercise
3. Yang kurang ambil sayur dan buah-buahan
4. Mudah selsema dan demam
5. Yang mempunyai sejarah keturunan pesakit kanser dan kronik.
6. Ibu menyusu dan hamil
7. Golongan yang mudah stress

Di atas mungkin sebahagian sahaja.

Testimoni di bawah contoh pesakit kronik yang memerlukan back up supplemen.



Kenapa golongan di atas perlu back up supplemen?

Kerana kebanyakkan dari kita berpenyakit bukan dari pemakanan sahaja tapi lifestyle termasuk pekerjaan turut memberi kesan kepada tubuh badan kita.

Stress antara faktor utama kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser.
Ia bukan sahaja menyebabkan sel tidak berfungsi dengan baik malah merembeskan hormon yang tidak sihat yang boleh menganggu sistem dalam badan.

Dengan semata-mata pemakanan yang belum tentu cukup nutrisi terutama orang yang sangat sibuk, amat tidak cukup untui membekalkan nutrien yang diperlukan oleh sel.

Maka dengan itu, supplemen yang selamat dan berkesan perlu diambil agar mana kekurangan yang tidak mampu diambil melalui pemakanan biasa dapat ditampung oleh supplemen.

Orang yang sistem imun rendah mungkin memerlukan vitamin C lebih dan orang yang sentiasa stress mungkin memerlukan B-kompleks lebih.

Tapi, awas jangan ambil sebarang supplemen.

Semak latarbelakang syarikat pengeluar.
Semak isi kandungan supplemen.
Semak alamat syarikat pengeluar dan HQ agar sebarang masalah dihadapi kita tahu tempat untuk dituju.

Jangan sebarang membeli terutama di media sosial hanya kerana harga murah kerana kita sedang deal dengan kesihatan kita.

Last but not least, jika anda bimbang tidak pasti dengan supplemen di pasaran, Shaklee adalah pilihan terbaik kerana:

1. Diasaskan oleh Dr Forest C. Shaklee sejak 60 tahun yang lalu.
2. Merupakan syarikat supplemen no.1 di US
3. Sentiasa menjalankan kajian lebih 100000 ujian kualiti setiap tahun
4. Pelaburan sebanyak $250 juta dalam ujian makmal dan R&D
5. Mempunyai landmark study.
6. Syarikat pertama di dunia yang " climate neutral".




Dengan tema " sentiasa selamat, sentiasa berfungsi dan sentiasa mesra alam"  sangat sesuai kerana semua produk Shaklee bebas bahan kimia merbahaya.

Apapun suka diingatkan bahawa supplemen bukan ubat. Ia lebih kepada fungsi mencegah kerana mencegah itu lebih baik dari mengubat.
Andai sudah berpenyakit, harus berjumpa doktor untuk penyembuhan segera.

Konsep supplemen sebagai makanan tambahan tidak menjanjikan penyembuhan segera kerana ia subjektif mengikut individu. In sha Allah dengan ikhtiar dan konsisten produk yang baik, kesihatan kita dapat dikekalkan dengan optimum.

Jom Shaklee.

Hubungi saya jika ingin dapatkan produk Shaklee atau menjadi ahli.





Keputihan Ancaman Wanita

Gara-gara keputihan, isteri dibunuh.

Bila terbaca satu kisah viral di facebook berkenaan seorang isteri yang malang, akibat masalah keputihan yang dialaminya menyebabkan suami yang dangkal ilmu telah membunuhnya.

Bukan sekadar membunuh tetapi telah menfitnah isteri yang suci dengan menuduhnya curang.

Keputihan je pun..tapi tu la..jangan ambil mudah walau pada perkara yang kita nampak remeh tapi pada seseorang yang lain mungkin besar.
Yang penting kita jaga diri kita dan berhati-hati. Once dah jaga, nak jadi juga yang tu baru dikatakan takdir.

Sangat malang si isteri punyai suami sebegitu. Cuma apakan daya, ilmu ni kita tidak boleh ajar kalau mereka tidak mahu belajar.

Si suami patut tahu beza keputihan dan air mani. Paling tidak tanya dan percaya saja pada isteri kerana perbuatan jahat andai dilakukan lama-kelamaan akan terbongkar juga.

Maka, wanita di luar sana termasuk diri sendiri. Jika punyai suami yang bijak pandai sekalipun, dapat bezakan keputihan dan air mani sekalipun tetap tidak bermakna anda boleh biarkan saja keputihan itu bermaharajalela.

Takut bukan dibunuh, tapi dibuka pula cawangan baru kerana kita dikatakan tidak pandai jaga kebersihan diri. ( alasan sangat kan..)

Tak kisah la apapun, yang penting kita buat untuk diri sendiri sebab keputihan ni bukan sesuatu yang boleh dibanggakan kecuali kulit dan hati yang putih.

KEBURUKAN KEPUTIHAN

1. Ketidakselesaan pada wanita kerana akan mengotori seluar dalam.
2. Jika melampau, boleh menyebabkan jangkitan kuman. Sila alert dengan warnanya.
3. Boleh menyebabkan kegatalan pada anggota sulit.
4. Berbau
5. Boleh menganggu janin jika hamil kerana ia berpunca dari kulat.
6. Hubungan intim tidak selesa.
7. Suami juga boleh dijangkiti terutama suami yang ada penyakit imun rendah seperti diabetes dan kanser.


Maka, jangan tunggu masalah menjadi sangat serius baru nak berubat.

Di sini, ingin saya kongsikan 2 produk asas yang sesuai untuk wanita yang alami masalah keputihan. Telan je dan sila konsisten.

1. GARLIC
2. ALFALFA



Jom dapatkan dua produk ni.

Nak lagi murah dapatkan pada harga ahli.

Yang best, bukan sekadar selesaikan masalah keputihan, kesihatan juga akan bertambah baik in ShaAllah.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).






Jom Jana Pendapatan Dengan Shaklee 2

Sambungan Artikel JOM JANA PENDAPATAN DENGAN SHAKLEE

Hari ni saya nak share sambungan artikel saya terdahulu.

Apa yang berlaku apabila anda sudah menjadi ahli Shaklee yang menjana income dengan Shaklee?

Adakah hanya dengan bonus 21% sahaja yang mampu anda dapat?
Oh..sudah pasti tidak.

Bila anda kali pertama mencapai bonus 21% dengan 3000uv, anda layak digelar Supervisor dengan bonus hampir RM2000.


Pangkat tersebut tidak akan hilang walau bulan berikutnya anda tidak efektif iaitu jualan tidak lagi mencapai 3000uv, cuma of cos la efek bonus, Baikkan Shaklee sebab tak tarik balik title yang kita dah susah payah dapat macam sesetengah bisnes, bila tak capai target, terus kena mula dari bawah semula.

Selalunya, bila kita dah mula mencapai Supervisor, kita sudah ada anak-anak Shaklee yang mendaftar keahlian dibawah kita.

Kena jaga elok-elok which is maybe ada antara mereka hanya nak guna produk sahaja dan mungkin ada antara mereka setelah serasi dengan produk terus rasa nak sharing produk tersebut dengan kengkawan.

Berikut adalah pangkat atau step yang akan dilalui atau diperolehi jika jualan ada peningkatan.

No sale no income..standard la nama pun bisnes.
Yang penting bukan bisnes goyang kaki dengan mencaras orang bawahan.
Tak baik tau..tak berkat..

Bermula pangkat paling bawah iaitu supervisor hingga ke paling atas iaitu Master Coordinator. Seiiring dengan kenaikan pangkat, maka bertambah juga pendapatan.

Selalunya bila sudah mencapai coordinator, kerjaya sudah stabil dan ramai pengedar Shaklee mula fokus hanya pada Shaklee. Tetapi itu adalah pilihan masing-masing dan tiada paksaan. Ada yang masih dengan kerja hakiki walau pendapatan Shaklee berkali ganda dari gaji kerja hakiki.

Selain menawarkan pendapatan berdasarkan jualan peribadi, Shaklee juga menawarkan:
1. Bonus jualan kumpulan
2. Car bonus
3. Tajaan percutian dalam dan luar negara
4. Anugerah
5. Leadership Bonus

Kebanyakkan orang mula dengan Shaklee kerana produk. Jadi tiada istilah pasaran jadi tepu kerana Shaklee ada produk untuk dijual dan telah menapak sekian lama di Malaysia malah juga di dunia.

So, apa tunggu lagi. Jom daftar keahlian dengan saya.
In sha Allah...kita sama-sama tingkatkan pendapatan diri dan keluarga tanpa korbankan masa dan tenaga berlebihan.

Anda boleh fokus samada hanya online atau offline.

Saya mengalu-alukan kehadiran anda dalam keluarga saya.

Salam sayang,

Puan Salina Mohamed
013.2783475
SID: 1179268

Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).






Kulit Cantik Dengan Shaklee

HADIAH KESABARAN
===================
Perkongsian hari ini saya bawakan cerita dari Puan Nor Ann Ibrahim seorang pengguna setia produk Shaklee bermula dari tahun 2013.

Beliau mempunyai masalah kulit seperti pada gambar  dibawah. Kulit berjerawat dan berparut. Memandangkan beliau berkulit cerah, jerawat kelihatan merah dan ketara.


Beliau mencuba produk Shaklee yang khas untuk kulit iaitu penjagaan luaran dan dalaman.
Sebenarnya jika kita hanya menjaga luaran sahaja ia tidak mencukupi kerana dalaman yang tidak sihat dan bertoksin, akan sentiasa menyebabkan jerawat selalu tumbuh dan kulit kelihatan kusam.

Beliau mulakan dengan menggunakan produk luaran iaitu Set Pencuci Enfuselle yang dirumus khas untuk kulit normal- berminyak.

SET PENJAGAAN KULIT ENFUSELLE

Manakala dalaman beliau konsisten mengambil:
1. Vitamin C
3. GLA
4. ESP

GLA

VITAMIN E
ESP

VITAMIN C
Selepas kulit semakin baik, beliau mula menggunakan Set Penjagaan kulit Nutriwhite.

Sebahagian Set Penjagaan Kulit Nutriwhite

Kemudian, pada tahun ini, beliau mula menambah produk Vivix dan Kolagen bagi mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit.

Vivix
Kolagen Shaklee

Nampak kan perbezaan kulit beliau dulu dan sekarang?

Lama tau beliau betsabar dan yakin dengan keberkesanan  produk Shaklee. 
So, jangan mudah terpengaruh dengan produk segera flawless, cantik dan putih kerana kita tidak tahu apa kandungan dalam produk tersebut.

Dengan Shaklee, tak perlu risau kerana motto Shaklee memang always green, always safe..maka tidak sesekali berkompromi dengan bahan kimia merbahaya.

Jom tukar kepada produk yang lebih sihat dan selamat.

Hubungi saya ye.

Nak lagi berbaloi, jom daftar ahli dengan saya.

Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).






Tips Kesihatan Dr Hamid Arshad

PESANAN KEPADAA CUCU2 SAYA SEMPENA TAHUN BARU 2017


Alhamdulillah capai umor 72 tahun dan 46 tahun kahwin menghasilkan 5 orang anak dan 12 orang cucu . Saya anggap sebagai satu kejayaan dengan izin Allah SWT. Saya juga rasa amat bahagia kerana anak2 dan cucu2 dalam keadaan sihat walafiat.

Saya ingin tinggalkan pesanan kepada anak2 dan cucu2 dan mereka yang melayari ruangan ini beberapa panduan untuk kejayaan dan kebahagian hidup.
Baru2 ini saya dan isteri bawa 3 orang cucu remaja untuk mengerjakan ibadah umrah dan ziarah diMakkah dan Medinah.

1. Tidur awal.
Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur. Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur.

Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari. Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.

2. Bangun awal.
Saya bangun jam 5 pagi. Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak.

Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Saya kejutkan isteri.

Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat subuh berjemaah.
Sempornakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain

3. Sarapan saperti raja.
Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja.

Saya makan buah2 dulu biasanya 3 butir keroma dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug.

Kalau menginap dihotel yang menyediakan sarapan saya pastikan makan sebanyak yang bolih dan saya kurangkan makan tengah hari dan malam. Disamping banyak makan buah2an dan salad.

4. Supplemen vitamins dan lain2.

Selepas sarapan saya makanan supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri; sudah berpuloh tahun saya amalkan. Saya makan lain2 saperti resveraterol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya makan vit C 1 - 2 gm sehari.

Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu supplemen2 tersebut.

4. Pileh kerja yang diminati dan memberi keriangan.
Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain.

Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar.
Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan.

Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya diakhirat kelak.

5. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.

Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.

Saya pileh berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa. 

Ini sebagai hobby sahaja tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) bolih mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.

6. Exercise paru2, mata dan kaki.

Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Bolih dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2. 

Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk.

Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka.

Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung.

7. Amalkan catit dalam buku jernal dan diary.

Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar.
Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2.

Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2 lampau. Memang sangat berguna dan bermenfaat. Saya lihat orang2 jepun dan korea sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan.

8. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat.
Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai.

Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar.

Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek.

Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.

9. Amalkan baca dan terus membaca.
Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia.
Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita.

10. Uruskan masa dengan bijak.
Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2.

Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih dihospital Melaka.
Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat.
Ingat jangan jadi hamba kerja.

Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul.
Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan talivisyen atau bermain video games.

11. Banyak minum air.
Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ.

Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam.

Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi.

Minum air halia atau cuka apel debgan madu.

12. Bertindak, Berusaha dan Berkerja. 
Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa.
Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.

13. Sangka baik terhadap orang lain. 
Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain.

Fikirkan mereka ada niat baik.

Fikir positif.

14. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.

15. Cakap lunak dan sedap didengar. 
Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah.

Jauhkan cakap2 negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.

16. Senyum dan ucap salam selalu. 
Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa bolih kurangkan mental stress.
Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.

17. Beristighfar ,taubat dan bermaafan. 
Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali.
Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri.
Jangan buang tenaga membenci orang lain.
Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.

18. Terima teguran dan pendapat orang lain.
Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan. 
Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih menjadikan kita dihormati walau pun munkin kita tidak setuju.
Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.

19. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip. 
Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.

20. Kawal kemarahan. 
Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.

21. Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya. 
Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat.

22. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita. 
Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan 'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.

23. Muasabah diri. 
Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya.
Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif.
Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui.

24. Kegagalan tangga kepada kejayaan. 
Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.

25. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah. 
Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.

26. Jadi seorang pemberi dan pemurah. 
Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.

27. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong. 
Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak.
Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.

28. Mengetahui had diri. 
Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko.
Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.

29. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat. 
Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam.
Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.

30. Janji mesti ditepati. 
Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati.
Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

31. Bijak mengurus kewangan. 
Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci saperti tabung haji dan ASB.

Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu.
Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded.

Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi.

Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai.

Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun.
Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.

32. Dapatkan restu dan doa ibu bapa. 
Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting.
Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.

RUMUSAN 
Untuk capai kejayaan dan kebahagian hudup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.

Kuatkan Silaturrahim.

Antara supplemen yang Dr Hamid amalkan yang ada pada Shaklee ialah:

1. Vitamin C Sustained Release
2. Ostematrix ( pil kalsium)
3. Vitalea ( multivitamin)
4. Omega Guard ( Fish oil)
5. Vivix ( mengandungi resveratrol dan tinggi antioksidan)
6. Carotomax ( antioksidan)
7. Vitamin E ( antioksidan)
8. CoqHealth

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak). 


Ketahui 25 Kebaikan Vitamin C

VITAMIN C


Selama ni dok ambik ja vitamin C, tapi tahu tak banyak kebaikan Vitamin C ni.

Jom kita baca apa kebaikan Vitamin C kepada tubuh kita.

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan
  • melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. 
  • meningkatkan keupayaan badan merawat luka 
  • memelihara badan dari bakteria, virus dan jangkitan.
  • Membina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. 
2. Demam Biasa
  • mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. 
  • mengawal alergi yang menyebabkan demam. 
3. Anti-oksida
  • melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". 
4. Tekanan Darah Tinggi
  • boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.
5. Saluran Darah
  • memastikan saluran darah mengembang dengan baik dan menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.
6. Keracunan plumbum. 
  • mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak 
7. Untuk Kurus
  • membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. 
  • makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.
8. Tekanan
  • membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.
9. Katarak
  • Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.
10. Barah
  • boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah
  • Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.
11. Tenaga.
  • Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.
12. Sakit Jantung
  • menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.
13. Diabetes
  • mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. 
14. Asma
  • Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.
15. Perlindungan dari matahari
  • Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.
  • Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.
16. Penghasilan Kolagen
  • Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.
  • Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.
17. Penyembuhan Luka
  • Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.
18. Melindungi dari perubahan warna kulit
  • Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).
  • Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.
19. Memperbaiki tekstur kulit.
  • Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. 
  • Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.
20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
  • Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang
  • Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.
  • banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.
21. Melawan Kelemumur
  • membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.
22. Mengurangkan Keguguran Rambut.
  • melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.
23. Rambut yang lebat
  • membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah Dan penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.
24. Melawan Masalah Rambut
  • Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.
25. Mengelak dari Uban
  • Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut
Kalau nak Terbaik...ambil la Vitamin C sustained Release Shaklee kerana ia mampu membekalkan Vitamin C selama 5 jam bagi setiap tablet.

Badan kita tak mampu tau nak hasilkan Vitamin C sendiri, memang kena ambil dari luar.

Dalam masa yang sama, badan kita hanya menyerap sedikit sahaja maka, cari lah Vitamin C yang sustained release macam Shaklee punya ni.

Pilih lah yang selamat...berbaloi...dan berkualiti.

Hubungi saya tau untuk dapatkan Vitamin C ni.

Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Kisah Bell's Palsy (Lumpuh Sebelah Muka)

BELL'S PALSY (Lumpuh Sebelah Muka)


Tidak diketahui secara khusus puncanya. Ada kajian cakap ianya disebabkan jangkitan virus dan ada yang cakap disebabkan kekurangan Vitamin B. Bell's Palsy ini merupakan kegagalan saraf ke-7 di bahagian muka. Muka selalunya paralyze/LUMPUH sebelah macam orang kena strok. Tapi hanya muka sahaja yang paralyze tetapi tubuh badan lain ok.

Penyebab dari Bell's Palsy belum diketahui secara pasti, namun beberapa sumber menyebut bahawa penyebab Bell's Palsy adalah proses keradangan saraf yang mengawal otot-otot di muka. Ada pula yang berkata bahawa penyakit saraf ini merupakan dari jangkitan virus. Bell's palsy terjadi kepada semua peringkat umur baik lelaki atau perempuan. 

Apakah Contoh Gejala atau Petanda Bell's Palsy?

Gejala/ Petanda penyakit ini selalunya bermula secara tiba-tiba, daripada biasa kepada teruk. Gejala-gejala ini termasuk:

1.Perubahan dan luahan muka (contohnya mengerenyot muka)
2.Kesukaran ketika makan dan minum
3.Melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka
4.Kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
5.Mata atau mulut yang kering
6.Rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke sebelah satu lagi
7.Kelumpuhan muka pada satu bahagian yang menyukarkan untuk menutup satu mata
8.Sakit kepala
9.Kehilangan deria rasa
10.Sakit di belakang atau di depan telinga
11.Kepekaan kepada bunyi terjejas pada bahagian yang terkena penyakit
12.Rasa lemah di muka

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU ANDA?



Salah satu supplement yang boleh membantu secara keseluruhan kesihatan ialah VIVIX. 

Vivix ini terbukti secara klinikal dan merupakan LANDSMARK STUDY II selepas LANDMARK STUDY I iaitu Vitalea oleh pihak Shaklee. 

Vivix ini sangat popular dalam membantu pelbagai penyakit yang memerlukan rawatan MAHAL seperti penyakit :

-JANTUNG, DIABETIS / KENCING MANIS, DARAH TINGGI, KANSER dan macam-macam. 

JOM BACA PERKONGSIAN FAIZA SUHADA BERKENAAN BELL'S PALSY


"alhamdullilah
2 oct 2015
Saya bangun sebelah muka da jatuh
Xbole senyum
Mata x bole tutup
Air mata mengalir macam menangis
Sakit
Rasa tegang je
Dr sahkan saya diserang bellpalsy
Bukan STROKE
tapi kelemahan sebelah otot muke
Saya di steroid
Punca UNKNOWN
Tapi maybe sebab saya menyusukan dan baru lepas bersalin
Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu..
Consume
1. SPECIAL DOSE vivix
2.Omega guard
3.Bcomplex
4.Vitamin E
dgn extreme
Saya juga menjalani fisioterapi
Alhamdullilah selepas 90hari
Saya diberi kesempatan SENYUM kembali
Share la..
Saya izinkan
Kalau ade ahli keluarga / sahabat handai yg mengalami berikan support
Ia bukan mudah seperti dijangka
Saya dan sahabat #bellpalsy sahaja yg tahu apa yg kami rasa..
Actually its more to self confidence / esteem
Tapi serius is MANIS untuk diingati
Dalam calender kehidupan
Hadiah dari Allah
Harap ia menghapus dosa2"

Nukilan ikhlas daripada Faiza Suhada... Terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi testimoni ini. Semoga beliau diberikan kesihatan lebih baik.. Aminnn... semoga perkongsian ini membantu anda di luar sana. InsyaAllah. Paling penting IKHTIAR, selebihnya kita serahkan segalanya kepada Allah

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Rahsia Penjagaan Wajah Artis:Azrel

Artikel Metro Ahad : 11 Disember 2016



Hari ni terbaca artikel dalam Metro Ahad, berkenaan penjagaan wajah artis lelaki bernama Azrel.

Jangan ingat wanita sahaja yang mementingkan kecantikan, lelaki zaman sekarang juga sudah cakna dengan penjagaan kulit wajah terutama golongan artis dimana wajah merupakan aset utama mereka.

Antara tips yang diberi ialah:

1. Melakukan rawatan spa muka setiap minggi.
2. Amalkan vitamin C setiap hari.
3. Banyakkan minum air suam
4. Rajin memcuci muka
5. Menggunakan krim malam

Malu saya tau..lelaki pun guna krim malam..tercabar..patutla kulit dia cantik.à
Kita ni wanita sepatutnya kulit lebih cantik dari lelaki kerana wajah adalah tarikan pertama dan utama wanita.

Kata orang..dari mata turun ke hati..

Kalau mata pun tak berapa nak tertarik..macamana hati nak terbuka kan..

Cantik juga adalah subjektif..

Kulit yang sihat pasti akan menjadikan kulit cantik.


Vitamin C bukan sahaja mampu mencerahkan kulit, menegangkan kulit..

Ia juga bersifat kolagen.

Selain itu, pengambilan Vitamin C secara konsisten setiap hari seperti Azrel mampu mencegah badan kita dari mudah berjangkit penyakit dengan meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan.

Maklumlah..golongan artis kan sentiasa sibuk. Jadi, pengambilan supplemen memang merupakan keperluan asas untuk mengekalkan kesihatan, kecantikan dan kecergasan badan.
Jangan pulak kata, kita bukan artis nak jaga semua tu.

Eh..jangan...kita juga ada pasangan yang akan tengok wajah kita setiap hari.
Jadikan hari-hari dia sentiasa indah dengan menatap wajah kita yang cantik..


So..wajib jaga..tak mau na nanti anak kata mak dia orang tua..mak kawan-kawan dia semua muda-muda..kecik ati kan..

So, jangan dok tangguh lagi dah..

Mulakan sekarang untuk menjaga kecantikan kulit.

Hubungi saya untuk dapatkan supplemen Vitamin C na.
============================================================
Produk disyorkan untuk kecantikan kulit:
1. Vitamin C
2. Vitamin E
3. ESP
4. Kolegen
5. Vivix

Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).