Bebas Cyst dengan Vivix

PERKONGSIAN: BEBAS CYST DENGAN VIVIX




Hari ini terpanggil untuk berkongsi cerita yang dikongsikan dalam group besar Shaklee saya.

Kisah seorang anak yang risaukan ibunya yang mengalami cyst.

====================================================================
CikNa Tak berkira belikan Vivix untuk maknya sebab hatinya cuma ingin lihat maknya sihat 

Pada 22/12/16 mak ada appoinment mak dengan doktor

Dua bulan lepas mak CikNa disahkan Cyst sebesar 5cm, doktor ingin buat surat refer hospital untuk buat operation sebabnya doktor kata sudah tahap bahaya sebab takut ianya merebak ke Ovari lain.

Mak cakap dengan doktor saya nak tangguh. Mak selalu mengadu sakit apabila kedatangan haid, rasa perut merengat-rengat lain dari yang lain hingga tidak sedar rupanya ia adalah Cyst yang sudah lama bertapak dalam tu!!! 

Allah, kesiannya mak syurgaku ini . Hati anak mana yang sanggup melihat mak dan ayahnya tak sihat ke, sakit ke

Luluh jantung CikNa bila memikirkan sebelum ni apa yang mak tanggung. Kalau dahulu mak dan ayah CikNa sanggup buat apa sahaja untuk anak-anaknya, kali ini sebagai anak CikNa membalas semula. Bila tahu mak CikNa ada cyst, tanpa berlengah, terus CikNa belikan mak vivix.

Yess!!! CikNa belikan vivix untuk mak hasil simpanan duit CikNa sendiri masa tu.Tak pikir apa-apa pun masa tu, walaupun harganya agak mewah, TAPI lagi mahal nilai kesihatan mak dan ayah. Cukuplah mata melihat mak dan ayah CikNa sihat, cukup lah melihat mereka tersenyum indah . Mereka jauh dari CikNa, dan jauh dari keluarga.

Mereka yang mengajar CikNa dan adik-adik belajar A,B,C, membaca semua. Kebahagian kita yang sekarang kerana adanya doa mak dan ayah kita selama ini.

Tarikh keramat 22/12/16 pada hari inilaj tarikh penting buat CikNa, syukur padamu Ya Allah 
Doktor sahkan yang mak tak perlu lagi ambil ubat hospital, itu petanda yang baik. Sujud syukur pada mu Ya Allah. Engkau la Maha Penyayang. CikNa selalu pesan dekat mak, mak buat solat hajat selalu sebelum dan semasa makan VIVIX ni.

Allah bantu, sebab Allah tahu kita usaha ,bukan duduk meredhakan diri sahaja.

Bantulah keluarga, sayangi mereka

====================================================================

Kenapa Vivix?


Vivix merupakan produk Shaklee yang mengandungi bahan aktif resveratrol dan poliphenol yang merupakan bahan penting dalam membaiki dan mencegah sel dari kerosakan radikal bebas. 

Kerna itu dikatakan Vivix mempunyai antioksidan tinggi. 

Testimoni :


* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak). 

Jom Kenali Lecithin

APA FUNGSI LECITHIN?


Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.

APA KANDUNGAN LECITHIN?

Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. 

Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

APA FUNGSI KOLINA?

Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. 

Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. 

Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas.

APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN?

  • Ia boleh melindungi hati kita ~ Bagaimana? Lecithin boleh menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Yang baiknya ia juga boleh membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Memecahkan lemak dan kolestrol ~ Caranya? Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh kita.





  • Melangsingkan ~ Menghalang obesiti. Kalau kita ambil Lecithin dalam kuantiti yang betul maka makin cepatlah pembakaran lemak degil dalam tubuh kita berlaku. Lepas tu jadilah langsing semula tanpa penyakit kerana ianya seimbang dengan tubuh badan kita.
  • Mencantikkan otot dan kulit. Ia mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa. Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan
  • Memperbaiki alergi ~ Lecithin boleh menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi semakin paarah seperti penyakit kulis spt dermatitis dan demam alergi. 
  • Menghalang kejadian batu karang ~ Batu karang tu terjadi akibat dari kolestrol yang berlebihan alam badan kita. Jadi Lecithin akan bertindak untuk pengemulsi supaya kolestrol yang mencanak-canak tu dapat dihalang dari menjadi batu karang. 
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress ~ Kolina yang saya nyatakan di atas tadi akan berfungsi untuk penghantar/ agen saraf kranial yang boleh mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.
  • Menghalang tekanan darah tinggi ~ Caranya? Lecithin boleh menghalang arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah. Maknanya Lecithin menghalang darah daripada tersekat atau tersumbat.
  • Boleh juga untuk mengatasi masalah prostat lelaki 
  • Meringankan sembelit ~ Fungsinya untuk melembutkan najis dengan cara melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

LECITIN SANGAT MEMBANTU IBU BERSALIN/DALAM PANTANG

  • Lecithin boleh membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu baru bersalin .biasanya lemak-lemak terkumpul ketika mengandung.
  • Lecithin ini juga boleh berperanan untuk mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat
  • Lecithin boleh membantu ibu mengatasi masalah lost of short term memory yang biasa akan dialami selepas bersalin.
  • Lecithin juga boleh membantu menyalurkan inositol dan kolin dalam susu ibu untuk meningkatkan perkembangan otak bayi.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak). 


Berhenti Bela Toksin!

Toksin vs Detoks


Kenapa dalam Shaklee ditekankan Detoks? 

Jom baca perkongsian ini. 

BERHENTI BELA TOKSIN!

Macamana nak buang toksin? Kita DETOX ! 

Detox adalah cara kita bantu tubuh kita untuk mengeluarkan toksin. Bagaimana?

1. Kurangkan makanan berat dan terproses

2. Kurangkan kuantiti makanan

3. Bekalkan nutrien yang betul untuk organ detox kita berfungsi dengan baik.

Kita tak akan berjaya dalam detox jika organ detox kita tidak dipulihkan. Diet tapi usus berkerak, Hati penuh lemak. Kita tak akan sihat juga. Organ-organ ini mesti dipulihkan dan diberi nutrien yang cukup untuk bekerja dengan effisien

Organ detox yang sihat membantu kita untuk mengeluarkan toksin dari tubuh. Jadi, itu matlamat detox. Detox untuk keluarkan toksin. Dan kesan sampingan toksin banyak dalam tubuh adalah KEGEMUKAN

Sebab itu, bila kita cuba kurus dan buang lemak, tanpa buang toksin, kita tidak akan berjaya, sebab tubuh kita akan kembali menghasilkan lemak untuk simpan toksin tersebut.

Itulah yg kita kecewakan setiap kali berdiet dan kita gelarkan ini DIET YO-YO


Kenapa? 

Tubuh kita tidak akan membiarkan toksin berada di dalam darah. Ia akan meracuni sistem tubuh. Level toksin di dalam darah hendaklah rendah

Jika begitu, dimana toksin ini boleh disimpan?

Toksin ini akan tersimpan dalam lemak. Lemak akan membantu tubuh kita mengeluarkan toksin dari dalam darah. Jadi kita terselamat dari mempunyai DARAH BERACUN.

Hubungi saya untuk dapatkan produk detoks dan join program detoks. 


* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak). 


Vitamin C Untuk Lebih Sihat.

HANYA SEBIJI SEHARI

Hari ini saya berpeluang follow up pelanggan saya iaitu Puan Asma. 


Beliau kali pertama mencuba Vitamin C atas saranan doktor.

Beliau seorang surirumah dan mempunyai 2 orang anak kecil. Selalu alami demam dan selsema, akhirnya membuatkan beliau cuba Vitamin C untuk tingkatkan sistem imun tubuh.

Selepas 6 hari mencuba Vitamin C, beliau berkongsi pengalaman yang sangat menggembirakan hati saya.



Semoga beliau sentiasa diberi nikmat kesihatan yang baik.

Jom tengok apa kelebihan Vitamin C ni hingga begitu sekali feedback Puan Asma.


Jom dapatkan Vitamin C untuk kesihatan yang optimum.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Keistimewaan Shaklee

shaklee, produk
Gambar: Antara Produk Shaklee Yang Berada Di Pasaran

Falsafah Produk Shaklee

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Inilah keistimewaan shaklee.

Keistimewaan Shaklee

SENTIASA SELAMAT

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:

Beberapa senarai "TIDAK" Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif

Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat

$300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga.

7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee

Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
Ekpedisi Artik Antarabangsa

54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM

Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar

Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®.

Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar

  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai

Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:

  • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
  • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
  • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau

Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:

  • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
  • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
  • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
  • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
  • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
  • daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

Kenapa Berbisness Bersama Shaklee

Kenapa Join Bisness Shaklee


Makan Gaji?

Ramai antara kita yang makan gaji di company swasta menerima kenaikan gaji setahun sekali pada bulan antara Mac-Jun kan? Bagaimana dengan anda? Kos sara hidup sekarang meningkat hampir 200% berbanding 5 tahun dulu. Tapi adakah gaji anda sudah 200% berbanding tahun 2008? Termenung seketika.. 

Tetapi itulah hakikat yang harus diterima, mereka yang berpendapatan RM3000 ke bawah diklasifikasikan sebagai golongan miskin bandar. Masa kita kecik-kecik dulu, zaman salah seorang sahaja ibu bapa kita bekerja. Selalunya bapa, ibu jadi suri rumah… Zaman sekarang, lihat diri kita (atau abang/kakak kita bagi yang muda-muda), zaman sudah berubah di mana kedua suami & isteri perlu bekerja untuk menampung keluarga akibat ekonomi meningkat… 

Fikirkan apa akan jadi 5 tahun lagi, 10 tahun lagi, atau 20 tahun lagi… Bagaimana suami & isteri perlu menampung keluarga? Pakar-pakar perniagaan berfikir, dalam satu masa nanti, kesemua keluarga perlu memikirkan memulakan perniagaan secara “part-time” untuk menampung keluarga. Ini kerana, ekonomi semakin naik, harga barang semakin naik dan yang penting sekali, lifestyle semakin meningkat. Satu hari nanti, ia akan jadi amat sukar untuk hidup dengan hanya “makan gaji” kedua suami & isteri. Perniagaan secara sambilan dimestikan! Sekiranya anda belum lagi memulakan perniagaan, fikirkan ini.

“Mulakan perancangan untuk memulakan perniagaan satu hari nanti!” – memetik kata-kata Irfan Khairi.

Jom berubah!! Inilah masanya tidak kira samada anda seorang surirumah, akauntan, jurutera, arkitek, atau siapapun anda, cuma anda yang mampu merubah diri anda!
Peluang Bisnes yng Amat Baik dengan Shaklee.

Apa yang membuatkan kami memilih bersama Shaklee? Jawapannya adalah peluang (opportunity) yang datang melalui bisnes Shaklee. 

Peluang apa?

  • Peluang mendapat/ memperbaiki taraf kesihatan yang baik melalui produk supplement yang diiktiraf di dunia (melalui kajian saintifik & journal yang diterbitkan).
  • Peluang mendapat/ memperbaiki taraf hidup dari segi ekonomi.

Melalui Shaklee kita berpeluang untuk meningkatkan taraf kehidupan kita dari segi ekonomi & gaya hidup.

Apa yang Shaklee Bagi?

Shaklee menawarkan ahlinya 3C “Cash, Car , Convention”.

Ganjaran Tunai – (tidak termasuk peluang untung runcit):
Bonus Kumpulan Peribadi sehingga 21%
Leadership bonus – sehingga 6 level
Insentif Coordinator sehingga 1.5%
Program Kereta – berpeluang mendapat tambahan bonus untuk bayar kereta kita.
Convention – adalah percutian yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee (dalam negara & luar negara). Ada juga peluang untuk menunaikan Umrah.

➳ Kepada yang berminat untuk perbaiki ekonomi & gaya hidup ke arah yang lebih baik ambil “PELUANG” yang kami tawarkan ini SEGERA. Jalan sudah terbentang lurus, cuma kita yang boleh menentukan destinasi itu cepat atau lambat.

✔ “FAST ACTION, FAST RESULT”

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Pendapatan 3 angka, 4 angka, atau 5 angka sebulan bukanlah sesuatu yang mustahil dengan bisnes shaklee. Anda yang menentukan. Jom berubah!!  Sertai team DKS Group sekarang!!

Menjelang Usia Tua


Gambar Hiasan

PERKONGSIAN DR HAMID : SAAT KITA SUDAH TUA

Saya memang suka baca sharing Dr hamid kerana beliau seorang doktor berpengalaman dan berfikiran terbuka.

Kali ini saya ingin berkongsi perkongsian beliau tentang persiapan kita saat menjelang hari tua.

Umum tahu, bila kita tua, yang paling ingin kita lakukan adalah menambah amal ibadat kerana kita amat hampir dengan kematian. Kesihatan menjadi modal utama saat kita tua.

Mulakan penjagaan kesihatan bermula sekarang kerana apa yang masuk ke dalam tubuh kita memberi kesan kepada fizikal kita. 

Harap semua mendapat manfaat dari perkongsian ini.

===================================================================
YA ALLAH JAUHI DAN LINDUNGI AKU DARI PENYAKIT TUA.

Diantara banyak jenis sakit tua ialah nyanyuk, dementia, alzheimer, parkinsonism dan lain2. Hilang ingatan dan nyanyuk sering mengancam warga emas. Otak mengecut dengan meningkat umor dan jika tidak diaktifkan dengan berbagai cara rangsangan.

Dalam penyakit alzheimer, Beta amyloid plaque melekat pada dinding saluran darah keotak, mengurangkan bekalan darah dan oksijen, kesannya sel2 otak musnah. Kimia2 pemancar signal letrik dalam otak, acetyl choline (Ach) juga bekurangan dalam penyakit2 ketuaan.

Penyakit angin ahmar atau stroke juga boleh merosakkan bahagian2 terpenting dalam otak, mengakibatkan gangguan fungsi2 terpenting saperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan).

Dalam umor 72 tahun saya sentiasa berdoa sambil mengamalkan langkah2 untuk menjauhi sakit tua.

1. Baca dan hafal quran tingkatan fungsi otak.

Saya amalkan baca quran walaupun beberapa ayat setiap hari. Walau pun sudah hafal beberapa surah penting, dalam bacaan kali ini saya cuba fahami makna agar dapat menghayati ajaran quran dan mengamalkannya.

Bacaan quran bertajweed dan bertaranum adalah satu kaedah mengaktifkan otak. Ia merangsang pertumbuhan sel2 otak dan meningkatkan transmissi letrik menerusi synapses.

Bacaan berulang2 meningkatkan ingatan dan hafalan dan disyorkan baca 40 kali bagi setiap ayat. Amalan ini insyaallah boleh mencegah penyakit nyanyuk.

2. Tenangkan fikiran dan atasi stress.

Tekanan mental, fizikal dan emosi yang berpanjangan mencetuskan hormon steroid, cortisol yang bolih merosakkan sel2 neuron dan stesyen pemancar letrik, synapses khususnya dikawasan hippocampus dan prefrontal lobe yang penting bagi menyimpan ingatan dan dan memperoses pemikiran.

Saya cuba mengawal stress dengan sentiasa berzikir, bertasbih dan berselawat dimana2 dan bila2 masa bila ada peluang. Juga menyedut nafas panjang melalui hidung dan menghembus nafas keluar perlahan2 melalui mulut, ulang selama 5 minit, tidak kira dimana saya duduk.

Saya juga amalkan berkebun disekitar kawasan rumah selama 30 hingga 60 minit, setakat tanam sayur dan herba. Sambil berpeluh ia juga dapat beri ketenangan kepada saya.

Ketawa dan senyum selalu untuk kurangkan stress. Jenaka cetuskan pengeluaran dopamine yang menimbulkan rasa keriangan dan ceria.

3. Terus belajar bidang baru.

Proses pembelajaran mencambahkan pertumbuhan sel2 serta meningkatkan fungsi otak, tidak kira umor dan tidak kira bidang ilmu apa pun. Untuk saya ilmu2 ugama, perubatan dan pengurusan penting saya tingkatkan setiap masa dengan membaca kitab2, buku2 dan internet.

Untuk lebih berkesan lagi pelajari bidang2 baru yang bolih mecabar otak kita saperti bertukang atau carpentering, buat lukisan atau berlajar bermain alat muzik. Jadikan ia sebagai satu hobby untuk memenuhi waktu lapang khususnya bagi mereka yang telah bersara. Malangnya saya tidak punya banyak masa lapang.

4. Terus berkerja dan berkhidmat tanpa bersara.

Kekosongan tanpa aktiviti fizikal dan mental bolih menyebabkan otak kita cepat mengecut atau atrophy. Alhamdulillah bagi saya yang self employed dan punya ilmu dan kemahiran dalam pembedahan gynecology, jadual masa saya sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda saya.

Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan tubuh badan untuk terus beri khidmat kepakaran saya kepada kaum wanita khususnya.

5. Excercise fizikal meningkatkan fungsi otak.

Amalan exercise fizikal selama 30 minit atau lebih memberi banyak kesan positif kepada fungsi otak:

Meningkatkan bekalan oksijen kepada otak; penting bagi sel2 otak untuk cegah serangan angin ahmar.

Mencetuskan pengeluaran BDNF, brain derived neurotrophic factor untuk meningkatkan fungsi otak - kognitif dan pembelajaran.

Tingkat mitochondria dan organelles pembekal tenaga untuk sel2 otak.

Saya cuba amalkan yoga untuk merawat sakit tengkuk dan pinggang. Alangkah baiknya jika kita popularkan silat sebagai satu exercise kesihatan dan pentenang minda. Yoga adalah amalan bangsa india dan taichi amalan bangsa cina.

6. Tidur yang cukup, antara 5 hingga 8 jam.

Memang telah jadi amalan saya tidur awal, 10 malam dan bangkit awal, jam 5 pagi. Dan sebelum zohor saya tidur sebentar atau power nap.

Waktu tidur aktibiti2 otak pun berehat, segala fungsi diselaras semula (reset), sel2 neuron baru tumbuh dan sambungan2 synapses diperkukuh.

Bila bangun kita dapat berfikir dengan terang kerana otak kita lebih aktif. Jika ada masa amalan exercise fizikal 30 minit sebaiknya dilakukan selepas bangun tidur untuk menghasilkan kesan rangsangan otak terbaik.

7. Omega 3 dan DHA.

Otak mengandungi 60% lemak dan darinya 25% adalah Omega3 DHA, penting bagi fungsi otak dan retina mata untuk penglihatan. Kekurangan omega 3 dan DHA terdapat pada pesakit2 ketuan termasuk alzheimer, menjadikan sel2 otak tegang dan mudah inflamasi serta rosak, juga kimia pemancar neuro berkurangan.

Sumber2 omega3 terbaik adalah dari ikan berminyak saperti salmon, tuna, mackerel, hati, otak dan minyak krill. Sumber2 omega3 dari walnut, badam, avacardo, flexseeds, peanuts juga baik. 

Sekarang ini pil2 minyak ikan dan krill banyak terdapat dalam pasaran. Setiap biji pil mengandungi 1000 mg minyak ikan atau krill. Makan satu atau dua biji setiap hari. Minyak krill lebih mudah diserap dan juga mengandungi antioxidant, astaxanthine.

8. Minyak kelapa dara (VCO)

Otak mendapatkan sumber tenaga dari glucose yang memerlukan insulin. Otak menghasilkan sumber insulin sendiri. Pesakit alzheimer kekurangan insulin dalam otak, kesannya kurang sumber tenaga.

VCO mengadungi 60% medium chain triglycerides (MCT), sumber ketones yang menghasilkan tenaga.

Minum 2 sudu besar VCO setiap hari dikatakan dapat bantu pesakit alzheimer.

9. Vitamin D3.

Vitamin D memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel2 serta fungsi otak. Pesakit2 ketuaan, alzhmeir mengalami kekurangan vitamin D.

Wanita2 hamil disarankan mengambil vitamin D3 yang biasanya diadunkan bersama pil kalsium. Mungkin orang malaysia jarang mengalami kekurangan vitamin D kerana bila terdedah kepada cahaya matahari tubuh kita boleh bina vitamin D.

10. Vitamin B12.

Memainkan peranan penting dalam kesihatan dan fungsi otak serta meningkatkan ketajaman berfikir.

Kekurangan vitamin B12 menyebabkan otak mengecil dan penyakit alzhmeir.

Sumber2 utama B12 ialah daging, ayam, susu dan telor. Makanan tersebut juga mengandungi choline yang penting bagi fungsi otak.

11. Kesihatan perut dan usus.

Dianggap sebagai otak kedua kerana terdapat hubungan saraf terus ke otak melalui saraf2 vagus dan cranial nerve ke10.

Untuk menentukan kesihatan usus tentukan pemakanan yang berkhasiat dan berzat. Jauhkan junk dan processed foods, gula dan karbohaidret. Makan lebih fermented food dan probiotics.

12. Buahan dan herba2.

Terdapat banyak jenis buahan dan herba yang merangsang pertumbuhan sel2 otak, meningkatkan sambungan dan hubungan antara sel2 otak. Buah2 berries, kismis dan keroma dengan kandungan flavonoids - anthocyanins dan flavanol bertindak demikian.

Kimia pemancar letrik otak Ach bolih berkurangan akibat tindakan enjim2 terentu , akibatnya penurunan fungsi otak. Terdapat beberapa herba yang mengadungi inhibitors untuk menghalang tindakan enjim2 tersebut dan berkesan merangsang fungsi otak, barcopa, ginko baloba, rosemary, sage, mint, holy basil dan lain2.

13. Kawal penyakit yang memudahkan serangan angin ahmar.

Penyakit2 darah tinggi, kencing manis, kegemokkan dan kolesterol tinggi perlu dikawal dengan rawatan doktor pakar.

14. Rangsang otak.

Disamping pemakanan berkhasiat dan berzat, amalan exercise fizikal, kawal penyakit dan stress, makan vitamin2, supplement dan herba kita perlu merangsang dan mengaktifkan otak setiap masa dan waktu.

Musik dan lagu khususnya musik2 klassik memang telah diiktiraf sebagai satu cara meningkatkan fungsi otak disamping memberi ketenangan minda. Lebih baik kalau belajar bermain alat musik setakat untuk kegunaan sendiri.

Interaksi sosial seraya menguatkan silaturrahim melalui perbualan talipon dengan ahli2 keluarga, rakan2 sebaya, anjurkan makan bersama dengan classmates.

Pelajari satu kemahiran baru, jadikan ia satu hobi. Kita perlu membaca buku atau cari maklumat dari internet untuk tujuan begini. In satu kaedah rangsangan otak yang baik. Ada kala hasil dari hobi menjadi satu bisnes yang lumayan.

Ada beberapa permainan yang perlu kegunaan minda saperti crossword puzzle; sudoko, chess dan lain, kesannya merangsang fungsi otak.

Pergi melancung dan melawat negara2 luar dan pelajari sejarah, adat resam dan caragaya hidup bangsa2 asing. Alquran juga menggalakkan kita berjalan untuk pelajari kesan kaum2 yang ingkar.

Bagi saya menulis makalah dalam blog, website dan facebook sangat berkesan yntuk merangsang minda saya. Saya perlu buat research, cari maklumat dan baca serta buat catitan dalam buku nota saya sebelum saya hasilkan satu makalah saperti ini.

Memang telah menjadi tabiat saya untuk buat catitan dalam buku2 nota, dairi dan jernal tentang ilmu pengetahuan baru, peristiwa2 dan pengalaman. Begitu juga dalam hal2 pengurusan kewangan dan pentabiran niaga saya catitkan segala2nya dengan terperinci dalam buku nota. Ini memudahkan perancangan sesuatu projek atau program dimasa hadapan.

Semoga segala usaha saya diberkati Allah SWT. Amin.

Kredit: Dr Hamid Arshad

====================================================================

Antara supplemen yang beliau sebutkan di atas, terdapat juga di Shaklee yang sesuai dengan peranan yang ditekankan oleh beliau seperti:


1. Untuk penjagaan otak dan daya ingatan:
- Omega Guard, Lecithin, B-kompleks

2. Untuk tenaga terutama dalam sel (mitokondria):
- Vivix


3. Untuk tulang dan urat saraf
- Ostematrix dan B-kompleks


4. Untuk penjagaan usus dan perut:
- Herblax, Alfalfa dan Peppermint-ginger




5. Untuk penjagaan/ kawalan kolestrol, darah tinggi:
- Omega Guard, Lecithin, Garlic, Alfalfa







6. Sumber flavonoid
- Vitamin C


Jom hadiahkan ibu-bapa kita dengan Set Warga Emas bagi membuktikan kita sayang mereka walaupun jasa mereka memang tidak terbalas.

Semoga hadiah kecil dari kita memberi nilai di sisi Allah.

Jika berminat untuk dapatkan produk di atas, hubungi saya untuk harga istimewa.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

*Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Testimoni Keputihan Dengan Alfalfa

TESTIMONI ALFALFA


Sebagai pengguna konsisten alfalfa, pasti dapat rasa kelainan selepas guna Alfalfa kan.

Kalau pembaca buntu, tak tahu nak buat macamana dah nak atasi keputihan, elok sangat cuba Alfalfa Shaklee ni.

Ada 2 bekas:
1. Kecil mengandungi 330 biji.
2. Besar mengandungi 700 biji.


So, kalau nak jimat, better ambil yang besar. 
Nak lagi jimat, grab promosi Clearance bulan ni dengan beli 1 Percuma 1.

Tak percaya yang Alfalfa ni bantu selesaikan masalah keputihan?
Cer baca testimoni yang saya kongsi di bawah ok.




*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





PROMOSI FEBRUARI 2017

Promosi Februari 2017

Alhamdulillah, bulan ni banyak promosi menarik termasuk promosi pada harga runtuh isitu clearance beberapa produk yang awesome..

1. Promosi Ostematrix dan Vitalea for kids.

Ostematrik ni sesuai sangat untuk:
1. Individu tidak minum susu
2. Pesakit gastrik
3. Pesakit migrain
4. Pesakit sendi dan saraf
5. Ibu menyusu dan hamil

2. Promosi Beli 1 Percuma 1

Produk terlibat : Alfalfa dan Lecithin. 

Kedua-dua produk ni sangat sinonim dengan :
1. Individu ingin kurus
2. Ibu menyusu
3. Pesakit Resdung dan alergik
4. Pelajar.


3. Promosi Percuma Mug dan Paper Bag Shaklee dengan pembelian.


4. Pendaftaran dan Renew Keahlian Yang masih dilanjutkan.


Semua promosi di atas berlangsung dalam bulan Februari dan Promosi no.2 akan berlanjutan hingga March.

Jom daftar keahlian dengan saya dan nikmati promosi pada harga yang lebih menjimatkan.

Oh ya..harga yang tertera di sini adalah harga bukan ahli, maksudnya kalau ahli konfem lebih murah.

Kenapa perlu berkira untuk kesihatan kan...sedangkan ni sahaja tubuh badan yang kita ada.

Hubungi saya ye..saya sangat mengalu-alukan diri anda sebagai ahli baru dalam keluarga Shaklee saya.

Harga Retail: RM

Harga Diskaun Saya: RM  (Anda Jimat RM )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Masker Vitamin C

CARA-CARA MEMAKAI MASKER VITAMIN C

Unik produk Shaklee ni, Vitamin C dia pun boleh dijadikan masker.

Semua orang tahu kan yang Vitamin C ni bagus untuk kulit. Kalau nak beli masker Vitamin C agak mahal juga tau apatah lagi kalau nak buat suntikan Vitamin C. 

Disini saya nak tunjuk cara mudah nak pakai masker Vitamin C

1. Cuci muka dahulu dengan pencuci muka agar kulit bersih dari sebarang kotoran. Bila kulit bersih, baru nutrien dari vitamin C dapat diserap dengan baik ke dalam kulit.

Of cos saya pilih pencuci muka Nutriwhite yang terbukti selamat dan berkesan serta tahan lama.

2. Selepas basuh muka, ambil sebiji tablet Vitamin C dan di potong kepada 2 bahagian. Ambil separuh sahaja. Tak perlu ambil sebiji tu. Jimat kan..



3. Hancurkan dan masukkan air mencukupi. Jangan terlalu cair.

4. Selepas masukkan air, terus sapu pada wajah yang sudah dibersihkan tadi. Tunggu hingga kering. Akan rasa sedikit pedih, terutama jika ada bekas jerawat dan luka di wajah.abaikan je..

Bila dah kering, terus bilas dengan air.

Dan jangan lupa, rasai perbezaan kulit sebelum dan selepas pakai masker. 

Selepas pakai masker vitamin C, kulit rasa lebih lembut.

Kalau diamalkan selalu, kulit jadi lebih lembab dan cerah. Parut pun cepat pudar.

Jom amalkan.

Kalau tak de vitamin C, boleh order dengan saya ye.


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).