PROMOSI JULAI 2016

Promosi Julai

Bulan ini Shaklee bermurah hati mempromosikan produk masterpiece iaitu VIVIX.
kebanyakkan orang yang konsisten Vivix memang takkan lepaskan peluang jika ada promosi Vivix.

Yelakan..kalau tak promosi, telan air liur juga nak beli tapi memandangkan khasiat yang sangat tinggi dan jika nak dibanding dengan kos rawatan untuk masalah yang boleh diselesaikan dengan Vivix..terbukti Vivix lebih berbaloi.




Selain Vivix, Shaklee masih meneruskan promosi produk supplemen asas untuk kanak-kanak iaitu Vitalea For Kids.


Selain 2 jenis produk yang di promosi bulan ini, Shaklee juga lancarkan kempen Kesihatan Wanita dimana beberapa produk disatukan dalam set Khas untuk wanita.

Dengan pembelian set-set tertentu, para pelanggan akan mendapat hadiah percuma seperti Jute Bag dan Paper Bag dan juga keahlian Percuma.


Manakala Kempen Detox masih berlangsung. Dengan setiap pembelian Set Detoks, pelanggan baru akan menjadi Ahli Shaklee secara Percuma dan menikmati pelbagai faedah.
Cepat...jangan tunggu lagi.
Semakin lama anda bertangguh untuk tingkatkan kesihatan diri, semakin tipis peluang untuk lebih awet muda, lebih sihat dan lebih wang.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.


*Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Panduan Untuk Hamil

JOM IKHTIAR HAMIL DENGAN SHAKLEE


BEBERAPA PANDUAN UNTUK MUDAH HAMIL


1. Untuk wanita kahwin cepat bila ada peluang. Terbokti wanita paling subur sebelum umor 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain2 penyakit peranakkan. Jika ada jodoh jangan tangguh walau pun masih mengejar pendidekan tinggi dan kerjaya.

2. Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Sebaiknya jumpa doktor untuk periksa peranakan dan buat ujian kesuburan jika masih belum hamil.
Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor pakarpuan secepat munkin untuk periksa peranakkan dan ujian kesuburan.

3. Tentukan status kesihatan fizikal, mental dan emosi suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.
Saya ingin menekankan bahawa stress adalah punca kepada berbagai penyakit dan penghalang kepada kehamilan serta jadi punca keguguran.
Tenangkan fikiran, relaks sambil berusaha dan berdoa. Amalkan cara2 atasi stress.

4. Mampu buat hubungan seksual yang  sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.

5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isreri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari.
Waktu subur bolih dikesan olih catitan suhu BBT dan ovulation test kit.BBT

6. Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.
Baca fatiha, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.
Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.
Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat  untuk menjayakan kehamilan.
Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.
Buat sebaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.
Baca quran 2-3 muka setiap hari.
Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. Kawal berat badan. Kegemokkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan. Kegemokkan sering dikaitkan dengan PCOS dimana kilang telor bengkak dan telor sukar matang dan disertai gangguan haid.

9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaikknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah - buah2 dan sayur2. Minum juz segar dari buah2 dan sayur2 Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan

10. Makan supplement multivitamins, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.

11. Prosedur2 ujian menghasilkan kehamilan.
Xray HSG untuk buka saluran falopian menghasilkan kehamilan dalam 30% dalam tempoh 3-6 bulan.
Begitu juga prosedur D&C hydrotubation.
Rawatan suntik benih suami IUI juga menghasilkan 10 - 30 % kehamilan.
Ubat subur clomid dan ubat subur suntikan gonadotropin juga sam hasilnya.
IVF ICSI begitu juga hasilnya 30 % kehamilan dengan kos tinggi  RM15 - 20 K.
Pembedahan2 laparoscopy / minilaparotomy untuk mengatasi pelbagai penyakit - cyst, fibroids, endometriosis , tubes blocked dan lain2 menghasilkan 50 - 60% kehamilan dalan jangka panjang.

12. Tiada magic formula untuk hamil dan dapat zuriat. Semua ditentukan Allah. Kita perlu berusaha dan dapatkan bimbangan pakar. Kuatkan azam dan terus mencuba. Tapi perlu tenangkan fikiran dan emosi. Jangan terlulu stress. Berserah dan tawakkal kepada Allah SWT.
Bila datang haid setelah cuba hamil jangan rasa hampa dan terus mengucap sesuatu kata2 yang tidak baik. Ini dianggpa tidak syukur kpd Allah. Sabar, tabah dan rasa tawaduk.

-KREDIT: DR HAMID ARSHAD.

Supplemen Shaklee yang saya syorkan berdasarkan supplemen saranan Dr Hamid Arshad ialah:
1. Vitalea
2. Vitamin C
3. Vitamin E
4. B-kompleks ( with folic acid)
5. Zinc




Setiap produk ada fungsi tersendiri. Jika ingin lebih lengkap, boleh tambahkan dengan beberapa produk yang memang tersenarai dalam Set Hamil Shaklee.

Semoga Allah makbulkan ikhtiar kita. 
Jika berminat, boleh hubungi saya untuk dapatkan produk di atas.

 






Masalah Rahim Jatuh

Masalah Rahim Jatuh?

Rahim Jatuh
Sangat menakutkan rasanya untuk semua wanita terutama bila sudah menghampiri usia menopouse.

Rahim kita ni di pegang oleh otot-otot dan ligamen, seiring dengan pertambahan usia, kemerosotan otot dan kurang penjagaan semasa kehamilan juga antara punca kenapa berlaku rahim jatuh.

Usah tunggu lama-lama jika ada simptom rahim jatuh kerana ia akan memudaratkan hingga mungkin boleh kehilangan rahim selamanya..ngeri kan.

Antara simptom rahim jatuh:
1. kerap kencing
2. Sukar mengawal air kencing, kadang-kadang keluar sendiri terutama ketika bersin dan batuk.
3. Rasa tidak selesa pada bahagian pinggang
4. Tidak selesa semasa hubungan kelamin
5. Kaki rasa kebas
Dan banyak lagi.

Jadi, antara cara untuk mengekalkan otot rahim agar sentiasa kuat memegang rahim kita adalah:

😊senaman kegel

😊 pengambilan supplemen Vitamin C dan Vitamin E serta Ekstrak Kacip Fatimah.

😊 elakkan dari mengangkat objek berat dan melakukan aktiviti berat

Ada beberapa faktor yang menjadi sebab berlakunya rahim jatuh atau prolapse ini. Antaranya:

1. Keturunan
2. Selalu terlibat aktiviti fizikal
3. Terjatuh hentakan kuat di bahagian punggung
4. Koyakan besar semasa kelahiran anak dan tidak dirawat dengan baik
5. Faktor usia
6. Ketumbuhan pada rahim

Mungkin ada antara faktor-faktor di atas yang kita tidak dapat elak, tetapi kita boleh mengurangkan simpton seterusnya merawat dalaman dengan pemakanan yang sihat seperti pengambilan supplemen.

Rupanya Vitamin C dan Vitamin E bukan hanya bagus untuk kulit, ia juga baik untuk rawatan dalaman wanita selain bersifat antioksida.

Vitamin C dan Vitamin E
Artikel dari Dr Zubaidi


Jadi, tak perlu tunggu usia 40-an baru nak mula jaga, sebaiknya mulakan dengan sekarang agar kita dapat mengurangkan risiko berlakunya rahim jatuh.

Sesiapa berminat untuk mendapatkan Vitamin C dan Vitamin E, boleh wasap2 saya.

( Ekstrak Kacip Fatimah saya tak jual).

Harga berbaloi kerana 1 botol Vitamin C mengandungi 180 tablet, manakala Vitamin E mengandungi 120 tablet.

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kita semua.



*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Perlu Ke Bisnes Produk Sendiri?

Produk Sendiri vs Shaklee

Ni sharing cerita kawan saya yang sudah berjaya dengan hanya bisness Shaklee.

Berjaya ni subjektif..ada orang gaji jutawan baru berjaya..
Bagi saya dia cukup berjaya apabila :
1. tidak perlu kerja bawah arahan orang atasan dan bebas, 
2.dekat dengan ibu dan ayah serta keluarga
3. Pendapatan pun 5 angka sebulan
4. Melancong ditaja 1st kelas lagi
5. Kereta free

**************************************************************************************
Tadi saya terjumpa kawan ayah.ayah borak2 dan dia tanya saya "Hat ni tak kerja ka?" Ayah saya jawab "Dulu cikgu, la ni buat bisnes"

"Bisnes apa?"

"Bisnes Shaklee"

"Oo Shaklee. Saya tau. Lama dah company tu. Tapi sekarang ni, orang kalau bisnes minded, buat produk sendiri. Pi kilang, hasilkan produk sendiri. Baru bisnes untung.  Tak untung sangat jual produk orang"

Ini pemikiran skeptical sesetengah dari mereka. Memiliki produk sendiri, tenaga kerja mesti ramai, dari menguruskan stok, packaging, promotion, gudang dll.

Sebenarnya, untuk memulakan ini, bukan sahaja biaya besar, tapi masa dan kemampuan juga perlu besar. 

Untuk apa saya keluarkan produk jika produk Shaklee yang dah 101 tahun usia ini sudah sangat hebat dan diperkukuhkan dengan ratusan penyelidikan, kan?

Sebenarnya Shaklee sendiri ada had fokusnya. Shaklee tidak mengusahakan ladang untuk bahan mentahnya. Shaklee cuma bermula dari pengilangan. Memiliki dan menguruskan ladang adalah satu komitmen yang terlalu besar yang mungkin menjejaskan fokus Shaklee terhadap R&D.

Shaklee ambil bahan mentah dari supplier dengan gred yang ditetapkan. Kalau gred tak sampai piawainya,  semua bahan mentah itu ditolak

Shaklee rela tak cukup stok dan stop kan pengeluaran produk sebab ketiadaan bahan mentah yang mencapai piawai. Ingat lagi kisah herblax yang terputus stok dulu? Itu sebab supplier bagi bahan mentah tak sampai piawai nya.

Pernah sekali, bertan tumbuhan Alfafa ditolak kerana ujian random menunjukkan alfafa tersebut ada pesticide. Dan dipercayai pesticide tersebut bukan disembur direct,tapi hasil bawaan angin dari tempat lain. Dan akibatnya semuanya ditolak oleh Shaklee. Alfafa tersebut akhirnya dijual kepada syarikat X. Memang byk syarikat nak beli sgt, sebab tahu kualiti alfafa shaklee sangat hebat.

Ini kehebatan dan kegigihan Shaklee untuk menghasilkan produk yang hebat. 

Jadi untuk apa kita menafikan kehebatan yang kita rasa dan semata-mata untuk keuntungan besar poket , kita berhempas pulas buat produk sendiri. Saya tak fikir itu perlu.

Kalau orang kata tak untung sangat pun takpa. Dua puluh ribu, Tiga puluh ribu, Lima puluh ribu sebulan, tak sampai seratus ribu pun, syukur dah :)

*****************************************************************************************
Pendapat saya:

It is good untuk mempunyai produk sendiri tetapi pastikan ia selamat untuk semua orang kerana tak guna kalau kita kaya tapi di akhirat kita muflis kerana banyak kena tuntut dengan orang.

Bukan main bungkus2 krim je pastu letak jenama sendiri. Kena kira pelbagai faktor dan paling utama kebaikan kepada pengguna sebab kita nak bussiness kita long term.
Kena ada R&D, team2 untuk certain section dll.
Master Hj Roslan

Untuk permulaan, bagi saya..Shaklee adalah sesuai untuk kita mengorak langkah andai bercita-cita nak buat bussiness lain pasni sebab di Shaklee:
1. Tak payah modal besar pun, saya bermula dengan modal kosong. 
2. Tak perlu sediakan premis, pekerja, stok dll.

Banyak dah kemudahan..bila dah berjaya dengan Shaklee, nak kukuhkan lagi dgn buka bisnes baru, dipersilakan. Sebab bukan senang nak mulakan bisnes jika tiada ongkosnya.

Harga Retail: RM

Harga Diskaun Saya: RM  (Anda Jimat RM )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Perut Buncit????

Si Boroi ka Si Buyong

Saya ni dulu berat badan paling berat pun 50 kg je zaman2 anak dara. Perut memang flat la ibarat kena gilis lori..

Tapi sejak mengandung anak pertama, konon makan apa sahaja untuk anak dalam perut, masa nak bersalin berat saya menjadi 75kg. Lepas tu memang azab la nak turunkan balik.

Bila peknen anak kedua, memang menjaga pemakanan so terkawal berat. Masa nak bersalin cuma 65kg dadi 55kg. Nampak, berat dah mula banyak bila ada anak.

Bila ada anak kedua, saya mula kurang menitik beratkan pemakanan. Selalu minum air manis yg dibancuh bersama susu pekat. Paling saya suka air kopi capuccino yang orang jual tepi jalan. Hari-hari beli bekas besar.

Hinggalah suatu hari beberapa bulan lepas, saya perasan perut saya buncit. Alamak!!!!!!
Paling memalukan..ada yang ingat saya mengandung. Ini sudah parah.

Sekarang saya berazam untuk kembali ke berat asal iaitu 50kg. Agak-agak mustahil tak dengan umur semakin tua  ni..hehehe

Apa yang saya perlu disiplin ialah:
1. No more capuccino bekas besar
2. Air manis sehari sekali je kalau tingin sangat.
3. Nasi 1/4 setiap kali makan, lebihkan sayur.
4. No more or reduce fast food. Mujur saya mmg tak gemar sosej, fish ball dan seangkatan.
5. Exercise sehari 30 minit ( zumba la paling senang )
6. Supplemen yang sesuai.

Ini je yang saya target sebab kalau banyak2 nk buat takut tak dan.
Bab supplemen, saya amik SET KURUS DOUBLE ACTION SHAKLEE.



Bulan ni saya target akan disiplin follow detox meal plan yang disyorkan di tambah bulan puasa, pasti lebih mudah untuk saya turunkan berat badan.

Cuma saya perasan, ukur lilit pinggang saya dah berkurang dr 35 ke 32.Okla walau tak banyak atleast berkurang bukan bertambah.

Ni baru 4 hari saya konsisten amik SET DOUBLE ACTION SHAKLEE dalam dok culas exercise.

Jom sapa yang nak join saya, tak mau orang dok kata mengandung ka buncit ka dll..
Sementara metabolisme masih tinggi..nanti makin tua metabolisme dah rendah lagi susah nak inch loss..kena amik chinch tea plak.

Harga Retail: RM

Harga Diskaun Saya: RM  (Anda Jimat RM )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Supplemen Untuk Anak Tersayang

SUPLEMEN UNTUK ANAK

Anak saya memang kurang gemar makan sayur-sayuran, buah-buahan pun yang tertentu sahaja. Masa dia baby dulu ok..bila dah besar, dah pandai memilih, dia hanya suka makan nasi dengan telur je. 

Kalau beli buah, buah yang manis macam mangga je dia suka. Epal, strawberi, oren jangan harap la. Buah mangga tak elok kalau makan banyak sebab manis dia lain macam la..tak tahu la kalau asli. Maklumla sekrang ni, gara-gara nak penuhi permintaan ramai, orang akan buat macam-macam untuk percepatkan masak dan perbanyakkan bilangan.

Disebabkan anak saya ni kurang gemar sayur dan buah, saya perasa dia kerap selsema. Demam sejak melebihi umur 4 tahun dah kurang. Tapi sebab dia ke taska dan tadika, selalu selsema.

Saya pun puas fikir akhirnya terlintas nak cuba Shaklee. So, ini produk Shaklee yang saya beri untuk anak saya.

1. Mealshakes
2. Chewable Vitamin C
3. Vita lea for kids
4. Omega Guard


Alhamdulillah, anak saya serasi dan suka keempat produk di atas.
Tujuan saya adalah untuk bekalkan nutrisi mencukupi buat anak saya dan tingkatkan sistem imun badan.

Kalau selsema je, saya akan suruh dia amik lebih banyak vitamin C agar cepat sembuh. Saya memang dah lama tak beri ubat selsema dan demam pada anak.
Tapi kalau nak lagi ummph...boleh standby NUTRIFERON sebagai imune booster anak. Yang ni saya belum cuba lagi.

Ok..jom kita tengok apa kebaikan setiap produk ini kepada anak kita.

Mealshakes

1. Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat keperluan badan.
2. Ia kaya dengan protein untuk pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, darah dan lain-lain.
3. Membantu tumbesaran-mengandungi asid folik, kalsium, magnesium untuk membina tulang
4. Anti oksida
5. Mengembalikan seri wajah
6. Detoksifikasi- membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari usus.
7. Rasa yang lazat
8. Hanya 120 kalori untuk setial hidangan. 

Chewable Vitamin C

1. Menyokong sistem pertahanan semulajadi anti oksidan tubuh
2. Mengelakkan gusi berdarah
3. Mencantikkan kulit
4. Membantu mencegah selsema

Vita Lea For kids

1. Merupakan multivitamin yang sesuai untuk kanak-kanak
2. Berperisa anggur
3. Melengkapkan nutrisi yang diperlukan badan untuk membantu tumbesaran
4. Melindungi organ kerana ia terdiri daripada pelbagai mineral dan vitamin
5. Membina sel-sel badan

Omega Guard

1. Merupakan asid lemak omega 3
2. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak
3. Membantu perkembangan memori, sesuai untuk anak-anak yg sedang belajar.
4. Meningkatkan sistem imun
5. Menyihatkan paru-paru
6. Memelihara fungsi sendi
7. Menstabilkan emosi

Untuk info lebih, boleh rujuk post saya berkaitan produk tersebut.

Ini adalah sebab kenapa saya pastikan anak saya setiap hari mengambil keempat produk di atas.
Ini merupakan sebahagian dari ikhtiar saya kepada anak saya.

Jika anda ingin memberikan yang terbaik untuk anak anda, saya syorkan at least cuba keempat produk tersebut.
Jika ada bajet, boleh masukkan NUTRIFERON.


Harga Retail: RM

Harga Diskaun Saya: RM  (Anda Jimat RM )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).