Home » , , » Kini Supervisor Shaklee

Kini Supervisor Shaklee

Purata Pendapatan Shaklee
Purata Pendapatan Shaklee

SUPERVISOR DALAM SHAKLEE

Kisah saya dengan Shaklee bermula 29 Dec 2014. Sebelum tu dah lama kenal melalui kakak yg selalu sebut Vitamin C Shaklee bagus, husband pun pernah beli Vitamin C Shaklee semasa ada jualan di tempat kerjanya, tapi tak berminat even utk try..sehinggalah tgk adik ipar menggunakan vitamin E secara konsisten dan parut jerawat di wajahnya beransur hilang.

Saya bermula  sebagai pengguna sahaja dengan modal 0 dan mendapat keahlian PERCUMA kerana membeli produk sehingga mencapai 200uv dan mendapat pulak bonus belian sebanyak 5%. Sejak itu, mula terfikir untuk jadikan Shaklee sebagai part time. Lagipun ia tidak menganggu kerja hakiki pun kerana saya  cuma aktif online di FB sahaja. 

Permulaan saya agak perlahan kerana kesibukan bekerja dan orang masih belum mengenali saya sebagai pengedar Shaklee. Tetapi tidaklah susah kerana kebanyakkan orang telah pun mengenali Shaklee. Saya mula mendapat ahli sulung setelah 7 bulan menjadi ahli. Selepas itu, makin hari makin bertambah ahli di bawah kumpulan saya iaitu Duniakusihat Group  kerana mereka sudah mengenali saya sebagai Pengedar Shaklee.

Saya teruskan dengan memasarkan diri sebagai pengedar Shaklee dan produk2 Shaklee sehingga Mac 2016 baru berjaya mencapai sasaran jualan sebanyak 3250uv iaitu melebihi RM9000. Siapa sangka akhirnya saya berjaya lakukan sambil dibantu ahli-ahli group . Saya mengambil masa selama setahun 3 bulan untuk rank up ke SUPERVISOR, alhamdulillah syukur walau agak perlahan tetapi saya tetap berjaya.

Pada mula saya tidak menjangka saya akan berjaya rank up sebab saya cuma mampu bisnes secara online sahaja. Tetapi itulah yang dikatakan rezeki, Allah hadirkan kepada saya pelanggan yang memerlukan produk yang baik lalu cuba berikhtiar dengannya. Pengajaran yang saya boleh dapat disini ialah jangan putus asa dan terus berbuat kebaikan kerana rezeki Allah itu amat luas.

Sebelum ini bonus setiap bulan yang saya dapat cuma bernilai 2-3 angka sahaja, inilah kali pertama saya mendapat bonus bernilai 4 angka, syukran..semoga saya terus dilimpahi rezeki melimpah ruah dan diberi ilmu agar terus dapat membantu ahli dibawah group saya untuk berjaya dan mendapat side income atau main income dengan Shaklee.

Kenapa Shaklee? Saya telah mencuba pelbagai produk, tetapi hanya dengan Shaklee saya bertahan lama kerana percaya k setiap produk Shaklee adalah selamat, diuji secara klinikal, pengilang yang dikenal pasti lokasi dimana, mempunyai pakar pemakanan tersendiri, mempunyai saintis sendiri dll.

Bagi anda yang masih mencari-cari medium untuk menjana pendapatan sambil menjaga kesihatan, moh ler join saya di bawah group DUNIAKUSIHAT untuk mengorak langkah lebih jauh. Saya akan membimbing anda sebaik mungkin dengan syarat anda memang ingin berjaya.Kalau saya boleh lakukan, anda juga PASTI boleh!!!!!





Share artikel ini:

Penafian! Segala maklumat mengenai produk di blog ini bukanlah bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment