Set Asas Kolestrol Shaklee : Membantu menurunkan dan mengawal paras kolestrol

Apa sebenarnya Kolestrol?

Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon. Kiranya kalau takde pun tak boleh lah. Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai liporotein. Lipoprotein ni terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.

Kita biasa dengan tentang kolesterol yang termendap di salur darah dan mengakibatkan strok. Namun sebenarnya ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan kita.

Ada berapa jenis Kolestrol?


Kat dalam badan kite ni, ade 2 jenis lipoprotein membawa kolesterol. Satu dipanggil LDL (low density lipoprotein) dan yg lagi satu dipanggil HDL (high density lipoprotein).

1. Kolesterol Jahat


LDL ni glamour jugak kerana dipanggil ‘kolesterol jahat’. Kenapa jahat? Sebab jika paras LDL tinggi, ia membawa kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.

2. Kolesterol Baik


HDL pula dikenali sebagai ‘kelosterol’ baik. Sebab ape baik? Sebab ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati, di mana hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri.


Jadi sebab tu la tadi dikatakan kolestrol ni penting juga. Bukan semuanya kita kene buang ye.

Sel yang sihat sangat bergantung kepada HDL kerana HDL diperlukan oleh sel untuk bernafas, makan, berkumuh dan pelbagai fungsi metabolisma. Manakala LDL boleh merosakkan fungsi tersebut.

Apa fungsi Kolestrol?

Seperti yang dinyatakan diatas, terdapat beberapa fungsi penting kolestrol dalam tubuh badan kita. Antaranya:
  • Membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.
  • Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
  • Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.
  • Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen.
  • Menjaga ‘pintu pagar’ sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya.
  • Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
  • Menjadi penebat kepada jaringan saraf.
  • Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D.

Apakah tahap normal Kolestrol?

Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120-200 mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130 mg/dl.

Apa akan terjadi jika Kolestrol bukan ditahap sepatutnya?

Kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan jadi penting untuk menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.

Antara masalah yang biasa berlaku ialah:
  • Strok
  • Serangan jantung
  • Penyempitan arteri
  • Darah tidak mengalir dengan baik

Bagaimana seseorang individu boleh mencegah kolesterol tinggi?

Terdapat beberapa cara yang perlu dipraktikkan untuk membolehkan kita mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan.

Faktor keturunan dan diet mempunyai pengaruh penting terhadap paras HDL, LDL dan total cholesterol seseorang. Diet yang tinggi lemak tepu dan kolesterol meningkatkan paras kolesterol LDL dalam darah. Kebanyakan individu dapat mencegah kolesterol tinggi dengan mengikuti saranan berikut:
  • Berhenti merokok
  • Makan lebih produk susu.
  • Makan makanan berserat tinggi (sayuran, gandum, kekacang dan buah-buahan), rendah lemak (mengelakkan daging merah dan kuning telur) dan karbohidrat rendah (mengelakkan gula ringkas).
  • Menurunkan Berat Badan (Capai Body Mass Index yang optima. Beri tumpuan untuk mengurangkan lemak di perut).
  • Senaman 30 minit sehari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu
  • Makan ubat yang disyorkan oleh doktor
Ubat untuk menurunkan paras kolesterol harus diambil hanya selepas konsultasi doktor.

Kombinasi keadaan tinggi tahap total cholesterol dan LDL dan rendah tahap kolesterol HDL adalah tidak diingini. Sebaliknya kombinasi rendah tahap Jumlah Kolesterol (total cholesterol) dan LDL dan kadar kolesterol HDL yang tinggi adalah disarankan.

Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?

Sekiranya anda mengalami masalah kolesterol tinggi atau terlalu rendah dan sedang dalam rawatan doktor, saya nasihatkan anda agar merujuk kepada doktor dahulu sebelum mengambil sebarang supplement.

Ini kerana dikhuatiri pengambilan supplemen yang mempunyai mempunyai tidak balas dengan ubat yang anda ambil.

Sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolesterol tanpa ubat atau secara semulajadi, harus diingatkan bahawa suplemen bukanlah sesuatu ubat 'magic' yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata.

Pengambilan konsisten supplement Shaklee dan mengamalkan tips yang disebutkan akan membantu anda.

Items yang terkandung didalam Set Kolestrol Shaklee adalah:

B Complex – Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan kadar kolesterol
Garlic – Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah
Omega Guard – EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL.
Vita-C – vitamn C menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri.

Vita-E – vitamin E memperbaiki peredaran darah.

Hubungi @Whatsapp@Telegram saya disini 013-2783475 untuk order.