Home » » Jangan Mudah Menyalahkan Supplement

Jangan Mudah Menyalahkan Supplement

Jangan Mudah Menyalahkan Supplement

Sebelum saya menyertai Shaklee..saya tak dengar@maybe saya tak alert pun dengan isu-isu berkenaan Shaklee..tetapi sejak saya menyertai Shaklee banyak pulak dengar cerita macam2 yang akhirnya sebenarnya tak betul pun..gara2 manusia suka viralkan post dengan membaca tajuk sahaja.

Sekarang saya nak share satu cerita yang berlaku pada diri sendiri.Insan yang kenal saya kebanyakkan memang tahu pun. Saya pernah mengidap endometriosis dan ovarian cyst suatu ketika dulu..zaman sebelum bergelar ibu. Masa tu saya tidak ambil apa2 supplement pun..mujur juga klu tidak pasti jenama supplement tu akan jadi mangsa punca sakit saya. Apa yang saya nak kongsikan disini, tidak semestinya penyakit kita tu kita dapat sejurus kita consume supplement. Kadang2 dah lama dia bersarang dalam badan kita cuma kebetulan masa kita consume tu masa utk dia serlahkan diri dia..kita pun terus tuduh supplement ni la punca. Kita kena tengok juga latar belakang kita:

1. Pemakanan. 
    Adakah kita betul2 menjaga pemakanan? (saya akui saya mmg tidak betul2 menjaga, tak mampu).Fast food, ayam suntikan, junk food dan mcm2 lagi la..rasanya semua fhm bila sebut pemakanan yang tidak sihat ni. Sebenarnya diri kita adalah apa yang kita makan. Kalau kita makan makanan yang sihat, bersih dan halal..maka sihat dan suci la anggota badan kita. Penyakit pun serba salah nak masuk dalam tubuh kita.

2. Senaman
    Berapa kerap kah kita senaman? Yang ni pun saya akui saya gagal juga jadi kadang2 terpaksa sedapkan diri dengan assume buat kerja rumah tu sejenis senaman..mmg betul juga tetapi senaman yang betul2 adalah atleast 30 minit mengeluarkan peluh dan melibatkan pergerakan hampir keseluruhan tubuh badan.setakat ni saya belum pernah berjogging sambil mop lantai..harus cuba.

3. Keturunan
    Kalau ada keturunan penyakit tertentu, kebarangkalian sgt tinggi utk kita warisi. bukan tak boleh elak, tetapi kadang2 dia sudah ada dalam DNA. cara terbaik adalah melalui amalan no.1 dan no.2.

4. Ujian Allah
    Yang ni jangan dok pertikai. Tak leh nak kata pa dah. Kalau Allah nak angkat martabat kita, bila2 masa kita akan diuji.salah satunya dengan sakit dan penyakit. walau kita dah cuba pelbagai cara utk mencegah, tetapi klu tetap dapat juga, percayalah itu takdir Allah. jangan pulak sket2 salahkan takdir n amik kesempatan padahal diri sendiri makan ikut suka, exercise pun tidak, supplement jauh sekali..tiba2 sakit terus cakap takdir Allah. Allah tak suka tau org mcmni. lagi teruk kalau salahka orang lain..

Jangan malas untuk menjaga kesihatan diri. Diri kita ni amanah Allah.bukan milik kita. klu kita tak jaga diri dgn betul beerti kita tak hargai pemberian Allah dan tidak amanah. Cuba sedaya upaya,sikit pun takpa. Cara saya mudah sahaja, since pemakanan saya tidak begitu bagus..saya cuba cover (at least cuba ok) dengan mengambil supplement.

1. Vitamin C ( sekarang masih tgh offer).

2. Vitamin E ( masih ada offer)

3. Alfalfa ( sebab tu sampai la masih menyusu dgn jayanya walau di bulan puasa)

4. Herblax (sekali sekala je amik time rasa makan terlalu banyak yg tak khasiat)

5. B kompleks ( reduce stress)

6. GLA ( bagus ..sejak lahirkan anak kedua, period tak stabil.tetapi sejak consume GLA dgn               konsisten, period dah stabil)

7. ESP ( yang ni ramai kata soya tak bagus utk cyst, alhamdulillah saya dah hbskan 2 can            ESP, baru2 ni pegi check up, takda cyst pun. tapi kena igt, semua wanita ada cyst              cuma dia membesar atau saiz biasa..sentiasa jumpa dr ok.jgn berkira sgt utk kesihatan)        lagi satu ESP Shaklee ni GMO..sbb tu saya yakin.kalau anda was2..terpulang sbb              hidup kita pilihan kita..cuma sgt tak bertanggungjawab bila kita buat salah ( tak jaga                kesihatan), kita salahkan orang lain (termasuk produk kesihatan).

8. Performance drink ( elak dehydrated esp bulan2 posa ni).

9. Ostematrix ( dah 30-an ni, kena pastikan kalsium cukup, takut dpt osteoporosis awal )

Saya tidak kata org yang ambil supplement confirm sentiasa sihat. kena faham, supplement adalah makanan tambahan (bukan ruji), bukan ubat. Kalau sakit, tetap kena berubat dan jumpa doktor. tetapi dengan pemakanan yang sihat dan lengkap dibantu oleh supplement utk top-up mana yang kurang, exercise dan doa, insyaAllah kita akan sihat. Allah dah kata, barangsiapa berusaha nescaya dia akan dapat. jadikan pengambilan supplement sbg salah satu usaha kita utk menjaga kesihatan.

Dah pjg lebar ni, nanti saya sambung lagi. Semoga Allah beri ganjaran kesihatan yang baik utk kita semua. Untuk keterangan lebih lanjut:

Hubungi saya segera :
Pn. Salina
Fb : Duniaku Sihat
Email : pnacuina@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475





Share artikel ini:

Penafian! Segala maklumat mengenai produk di blog ini bukanlah bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment