Jangan Menunda Kebaikan

Jangan Menunda Kebaikan

Semalam selepas mendaftar keahlian seorang teman lama, beliau menyatakan cepatnya saya mendaftar keahlian dia. Right on time.. Saya ada beberapa sebab kenapa kebaikan jangan ditunda.

Ini berlaku kepada suami saya sendiri dimana dia mendaftar keahlian suatu produk tetapi orang yang bertanggungjawab melengah-lengahkan pendaftaran menjadikan kami lambat mendaftar. Akibat dari itu, suami tidak dapat keistimewaan yang sepatutnya dapat sebagai ahli. Insan tersebut rasa bersalah tetapi setakat sebagai manusia biasa selain menerima itu bukan rezeki sedikit sebanyak sangat kecewa dengan sikap manusia yang suka melengahkan kerja hingga menganiaya orang lain. Kalau tak melibatkan orang lain takpa.

Jadi, sejak dari itu saya sangat memahami rasanya menjadi insan teraniaya.Kenapa kita tak boleh menangguhkan pendaftaran keahlian:
1. Ahli tersebut telah membayar wang keahlian pada tarikh tersebut dan dalam erti kata lain pada tarikh itu dia sudah layak berdaftar sebagai ahli.
2. Amanah- kita wajib menjaga amanah. Klu tak tergolong dlm sifat munafik dan berdosa.
3. Elak dari terlupa- sifat semulajadi manusia yg mudah lupa apatah lagi jika banyak kerja
   nak dilakukan dlm masa yang singkat. sebab tu la jika ada pendaftaran yg telah dibayar,
   cepat-cepat daftar utk elakkan kita dr terus tak daftar dia..sedangkan dia dah bayar.
4. Dapat pahala-jika kita amanah, Allah sayang pada kita kerana kita terpelihara dari sifat
    munafik. 
5. Meningkatkan kepercayaan- kadang-kadang ahli yang daftar bawah kita adalah seorang
   yang kita tak kenal pun kecuali secara maya. Jadi kita harus menunjukkan sifat positif kita
  bahawa kita ini seorang yang amananh dan boleh dipercayai. Tak mustahil selepas itu
  rezeki makin bertambah sbb berita kebaikan kita tersebar pulak kepada kawan-kawannya.
6. Dok tangguh2.tiba2 mati..jenuh nak jawab dalam kubur.





so, apa susah sgt nak register on time melainkan betul2 pada masa tu tak boleh seperti sedang tidur, di tandas dll..agak2 la...

Berminat? Hubungi saya segera :
Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)
Email : pnacuina@gmail.com
Fb : Duniaku Sihat

7 Tips Untuk Murah Rezeki

Tips Murah Rezeki

Kadangkala kita rasa kita dah habis ikhtiar tetapi rezeki tetap tidak bertambah, malah makin berkurang pun ada. Disini ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama agar Allah buka jalan untuk kita tambahkan rezeki. Moga memberi manfaat.

1. Jaga hubungan dengan Allah

    a. Solat di awal waktu
    b. Banyakkan baca al-quran

Kita nak Allah bagi rezeki melimpah ruah pada kita tapi kita lupa usaha shj tidak cukup tanpa jaga hubungan kita dengan Allah. Allah pemberi rezeki. Rezeki bukan dtg dr pekerjaan, pekerjaan itu cuma usaha shj utk kita memperolehi rezki. Pokok utama adalah rezeki dtg dr Allah..jadi jagalah hubungan dgn Allah nescaya Allah akan menjaga kita.

2. Banyakkan bersedekah
Jangan ingat bila kita keluarkan duit utk bersedekah, kita akan kekurangan duit. itu teori dunia. tapi berpeganglah pada teori Allah dimana lagi banyak kita bersedekah, lagi banyak rezeki yang akan Allah beri. Jangan hanya ingat rezeki tu mesti dalam bentuk wang, kadangkala Allah gantikan dengan;

  a.kesihatan yang baik
  b. kebahagian
  c. kenaikan pangkat
  d. dll

Jadi..nak rezeki melimpah ruah..maka bersedekah la terutama dibulan Ramadhan ni. nak sedekah kat mana dan siapapaling mudah buka FB tu tgk banyak org yang memerlukan sedekah kita. antaranya;

  a. golongan miskin
  b. golongan yang sakit yang memerlukan dana utk kos perubatan
  c. pembinaan masjid dan sekolah2 
  d. saudara baru

semua ni bukan shj mengundang rezeki kepada kita tetapi juga menambah bekalan utk akhirat. Jgn hanya fokus dunia. Ingat..

   "kejar akhirat maka dunia akan mengejarmu, kejar dunia, maka akhirat akan meninggalkanmu'

3. Banyakkan solat Dhuha
Solat Dhuha ni boleh dilakukan pada tempoh waktu yang sgt fleksibel iaitu lebih kurang 100 minit selepas subuh sehingga sebelum zohor. palaing sikir 2 rakaat. Buatla atleast sehari tu 2 rakaat. jadikan amalan sebab Nabi Muhammad pun buat solat Dhuha, itu yang dijanjikan Syurga, kita yang belum tentu lagi ni..takkan tak nak jadi hamba yang bersyukur. 

Solat Dhuha bukan semata2 utk pohon rezki murah tetapi juga sebagai tanda kita bersyukur dgn rezki yang ada.

4. Banyakkan baca surah Al-Waqiah
Surah ni adalah digalakkan utk kita amalkan bagi menarik rezki. jadi tak payahla nak tarik rezki dgn cium duit ka, cari toyol ka..dala Islam dah ada semua panduan.

5. Banyakkan istighfar
Orang yang banyak istighfar, Allah akan lapangkan dadanya, murahkan rezekinya. Apabila kita beristighfar, kita menyucikan hati kita dr dosa2..hati bersih barulah rezeki nak datang.

6. Banyakkan bersyukur
Kadang-kadang memang susah nak rasa syukur apabila hati kita penuh dengan rasa dengki dan tamakkan dunia. Lihat apa yang Allah telah beri dab bandingankan dgn org yang lebih kurang bernasib baik dari kita, itu akan menambahkan rasa syukur. Apabila kita bersyukur selalu, Allah akan tambahkan lagi rezeki buat kita sebab Allah dah kata

 " Barangsiapa bersyukur nescaya akan ku tambah baginya rezeki yang tidak disangka2"

Allah dah bagi jaminan..jadi bersyukur dgn apa yang ada disamping terus berusaha.

7. Tidak mudah putus asa
Allah tidak suka hambanya seorang yang mudah putus asa. Walau susah macamana pun bertahan lah dan berusahalah kerana tiada kejayaan tanpa pengorbanan, tiada kesenangan tanpa kesusahan. Tanyalah pada sesiapa yang telah berjaya, semua bermula dgn kisah yang perit dan berliku tetapi berkat kesabaran dan tidak putus asa, mereka menikmati kejayaan. 

Allah dah berfirman " Barangsiapa berusaha pasti akan dapat" cuma cepat atau lambat shj. ada hikmah kalau cepat atau lambat kerana Allah lebih mengetahui. jgn cemburu pada kawan yg kita npk cepat berjaya sdgkan kita tak tahu apa yang telah dilakukan shgg dia mencapai tahap tersebut. jadikan motivasi utk ikut berjaya sepertinya.

Bagi yang ingin menambahkan pendapatan, kebetulan Shaklee masih lagi mempromosi kan program YES, ambilla kesempatan untuk menjana pendapatan tanpa perlu terikat dgn sesiapa.

Utk ketahui lebih lanjut berkenaan program YES, hubungi saya.

Berminat? Hubungi saya segera :

Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)
Email : pnacuina@gmail.com
Fb : Duniaku Sihat

Jangan Mudah Menyalahkan Supplement

Jangan Mudah Menyalahkan Supplement

Sebelum saya menyertai Shaklee..saya tak dengar@maybe saya tak alert pun dengan isu-isu berkenaan Shaklee..tetapi sejak saya menyertai Shaklee banyak pulak dengar cerita macam2 yang akhirnya sebenarnya tak betul pun..gara2 manusia suka viralkan post dengan membaca tajuk sahaja.

Sekarang saya nak share satu cerita yang berlaku pada diri sendiri.Insan yang kenal saya kebanyakkan memang tahu pun. Saya pernah mengidap endometriosis dan ovarian cyst suatu ketika dulu..zaman sebelum bergelar ibu. Masa tu saya tidak ambil apa2 supplement pun..mujur juga klu tidak pasti jenama supplement tu akan jadi mangsa punca sakit saya. Apa yang saya nak kongsikan disini, tidak semestinya penyakit kita tu kita dapat sejurus kita consume supplement. Kadang2 dah lama dia bersarang dalam badan kita cuma kebetulan masa kita consume tu masa utk dia serlahkan diri dia..kita pun terus tuduh supplement ni la punca. Kita kena tengok juga latar belakang kita:

1. Pemakanan. 
    Adakah kita betul2 menjaga pemakanan? (saya akui saya mmg tidak betul2 menjaga, tak mampu).Fast food, ayam suntikan, junk food dan mcm2 lagi la..rasanya semua fhm bila sebut pemakanan yang tidak sihat ni. Sebenarnya diri kita adalah apa yang kita makan. Kalau kita makan makanan yang sihat, bersih dan halal..maka sihat dan suci la anggota badan kita. Penyakit pun serba salah nak masuk dalam tubuh kita.

2. Senaman
    Berapa kerap kah kita senaman? Yang ni pun saya akui saya gagal juga jadi kadang2 terpaksa sedapkan diri dengan assume buat kerja rumah tu sejenis senaman..mmg betul juga tetapi senaman yang betul2 adalah atleast 30 minit mengeluarkan peluh dan melibatkan pergerakan hampir keseluruhan tubuh badan.setakat ni saya belum pernah berjogging sambil mop lantai..harus cuba.

3. Keturunan
    Kalau ada keturunan penyakit tertentu, kebarangkalian sgt tinggi utk kita warisi. bukan tak boleh elak, tetapi kadang2 dia sudah ada dalam DNA. cara terbaik adalah melalui amalan no.1 dan no.2.

4. Ujian Allah
    Yang ni jangan dok pertikai. Tak leh nak kata pa dah. Kalau Allah nak angkat martabat kita, bila2 masa kita akan diuji.salah satunya dengan sakit dan penyakit. walau kita dah cuba pelbagai cara utk mencegah, tetapi klu tetap dapat juga, percayalah itu takdir Allah. jangan pulak sket2 salahkan takdir n amik kesempatan padahal diri sendiri makan ikut suka, exercise pun tidak, supplement jauh sekali..tiba2 sakit terus cakap takdir Allah. Allah tak suka tau org mcmni. lagi teruk kalau salahka orang lain..

Jangan malas untuk menjaga kesihatan diri. Diri kita ni amanah Allah.bukan milik kita. klu kita tak jaga diri dgn betul beerti kita tak hargai pemberian Allah dan tidak amanah. Cuba sedaya upaya,sikit pun takpa. Cara saya mudah sahaja, since pemakanan saya tidak begitu bagus..saya cuba cover (at least cuba ok) dengan mengambil supplement.

1. Vitamin C ( sekarang masih tgh offer).

2. Vitamin E ( masih ada offer)

3. Alfalfa ( sebab tu sampai la masih menyusu dgn jayanya walau di bulan puasa)

4. Herblax (sekali sekala je amik time rasa makan terlalu banyak yg tak khasiat)

5. B kompleks ( reduce stress)

6. GLA ( bagus ..sejak lahirkan anak kedua, period tak stabil.tetapi sejak consume GLA dgn               konsisten, period dah stabil)

7. ESP ( yang ni ramai kata soya tak bagus utk cyst, alhamdulillah saya dah hbskan 2 can            ESP, baru2 ni pegi check up, takda cyst pun. tapi kena igt, semua wanita ada cyst              cuma dia membesar atau saiz biasa..sentiasa jumpa dr ok.jgn berkira sgt utk kesihatan)        lagi satu ESP Shaklee ni GMO..sbb tu saya yakin.kalau anda was2..terpulang sbb              hidup kita pilihan kita..cuma sgt tak bertanggungjawab bila kita buat salah ( tak jaga                kesihatan), kita salahkan orang lain (termasuk produk kesihatan).

8. Performance drink ( elak dehydrated esp bulan2 posa ni).

9. Ostematrix ( dah 30-an ni, kena pastikan kalsium cukup, takut dpt osteoporosis awal )

Saya tidak kata org yang ambil supplement confirm sentiasa sihat. kena faham, supplement adalah makanan tambahan (bukan ruji), bukan ubat. Kalau sakit, tetap kena berubat dan jumpa doktor. tetapi dengan pemakanan yang sihat dan lengkap dibantu oleh supplement utk top-up mana yang kurang, exercise dan doa, insyaAllah kita akan sihat. Allah dah kata, barangsiapa berusaha nescaya dia akan dapat. jadikan pengambilan supplement sbg salah satu usaha kita utk menjaga kesihatan.

Dah pjg lebar ni, nanti saya sambung lagi. Semoga Allah beri ganjaran kesihatan yang baik utk kita semua. Untuk keterangan lebih lanjut:

Hubungi saya segera :
Pn. Salina
Fb : Duniaku Sihat
Email : pnacuina@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475