Home » , » 7 Tips Untuk Murah Rezeki

7 Tips Untuk Murah Rezeki

Tips Murah Rezeki

Kadangkala kita rasa kita dah habis ikhtiar tetapi rezeki tetap tidak bertambah, malah makin berkurang pun ada. Disini ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama agar Allah buka jalan untuk kita tambahkan rezeki. Moga memberi manfaat.

1. Jaga hubungan dengan Allah

    a. Solat di awal waktu
    b. Banyakkan baca al-quran

Kita nak Allah bagi rezeki melimpah ruah pada kita tapi kita lupa usaha shj tidak cukup tanpa jaga hubungan kita dengan Allah. Allah pemberi rezeki. Rezeki bukan dtg dr pekerjaan, pekerjaan itu cuma usaha shj utk kita memperolehi rezki. Pokok utama adalah rezeki dtg dr Allah..jadi jagalah hubungan dgn Allah nescaya Allah akan menjaga kita.

2. Banyakkan bersedekah
Jangan ingat bila kita keluarkan duit utk bersedekah, kita akan kekurangan duit. itu teori dunia. tapi berpeganglah pada teori Allah dimana lagi banyak kita bersedekah, lagi banyak rezeki yang akan Allah beri. Jangan hanya ingat rezeki tu mesti dalam bentuk wang, kadangkala Allah gantikan dengan;

  a.kesihatan yang baik
  b. kebahagian
  c. kenaikan pangkat
  d. dll

Jadi..nak rezeki melimpah ruah..maka bersedekah la terutama dibulan Ramadhan ni. nak sedekah kat mana dan siapapaling mudah buka FB tu tgk banyak org yang memerlukan sedekah kita. antaranya;

  a. golongan miskin
  b. golongan yang sakit yang memerlukan dana utk kos perubatan
  c. pembinaan masjid dan sekolah2 
  d. saudara baru

semua ni bukan shj mengundang rezeki kepada kita tetapi juga menambah bekalan utk akhirat. Jgn hanya fokus dunia. Ingat..

   "kejar akhirat maka dunia akan mengejarmu, kejar dunia, maka akhirat akan meninggalkanmu'

3. Banyakkan solat Dhuha
Solat Dhuha ni boleh dilakukan pada tempoh waktu yang sgt fleksibel iaitu lebih kurang 100 minit selepas subuh sehingga sebelum zohor. palaing sikir 2 rakaat. Buatla atleast sehari tu 2 rakaat. jadikan amalan sebab Nabi Muhammad pun buat solat Dhuha, itu yang dijanjikan Syurga, kita yang belum tentu lagi ni..takkan tak nak jadi hamba yang bersyukur. 

Solat Dhuha bukan semata2 utk pohon rezki murah tetapi juga sebagai tanda kita bersyukur dgn rezki yang ada.

4. Banyakkan baca surah Al-Waqiah
Surah ni adalah digalakkan utk kita amalkan bagi menarik rezki. jadi tak payahla nak tarik rezki dgn cium duit ka, cari toyol ka..dala Islam dah ada semua panduan.

5. Banyakkan istighfar
Orang yang banyak istighfar, Allah akan lapangkan dadanya, murahkan rezekinya. Apabila kita beristighfar, kita menyucikan hati kita dr dosa2..hati bersih barulah rezeki nak datang.

6. Banyakkan bersyukur
Kadang-kadang memang susah nak rasa syukur apabila hati kita penuh dengan rasa dengki dan tamakkan dunia. Lihat apa yang Allah telah beri dab bandingankan dgn org yang lebih kurang bernasib baik dari kita, itu akan menambahkan rasa syukur. Apabila kita bersyukur selalu, Allah akan tambahkan lagi rezeki buat kita sebab Allah dah kata

 " Barangsiapa bersyukur nescaya akan ku tambah baginya rezeki yang tidak disangka2"

Allah dah bagi jaminan..jadi bersyukur dgn apa yang ada disamping terus berusaha.

7. Tidak mudah putus asa
Allah tidak suka hambanya seorang yang mudah putus asa. Walau susah macamana pun bertahan lah dan berusahalah kerana tiada kejayaan tanpa pengorbanan, tiada kesenangan tanpa kesusahan. Tanyalah pada sesiapa yang telah berjaya, semua bermula dgn kisah yang perit dan berliku tetapi berkat kesabaran dan tidak putus asa, mereka menikmati kejayaan. 

Allah dah berfirman " Barangsiapa berusaha pasti akan dapat" cuma cepat atau lambat shj. ada hikmah kalau cepat atau lambat kerana Allah lebih mengetahui. jgn cemburu pada kawan yg kita npk cepat berjaya sdgkan kita tak tahu apa yang telah dilakukan shgg dia mencapai tahap tersebut. jadikan motivasi utk ikut berjaya sepertinya.

Bagi yang ingin menambahkan pendapatan, kebetulan Shaklee masih lagi mempromosi kan program YES, ambilla kesempatan untuk menjana pendapatan tanpa perlu terikat dgn sesiapa.

Utk ketahui lebih lanjut berkenaan program YES, hubungi saya.

Berminat? Hubungi saya segera :

Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)
Email : pnacuina@gmail.com
Fb : Duniaku Sihat


Share artikel ini:

Penafian! Segala maklumat mengenai produk di blog ini bukanlah bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment