Home » , » Awas!!!!Spina Bifida...

Awas!!!!Spina Bifida...

Spina Bifida

Bagi yang pertama kali mendengar, pasti pelik bunyinya. Jadi, apa itu Spina Bifida?
Apakah spina bifida?
Spina bifida bermaksud "sumbing tulang belakang". Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarakan (gap) di antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna.

Ada tiga jenis spina bifida: 

  • spina bifida okulta (tersembunyi) merupakan jenis yang paling biasa berlaku dan yang paling ringan. Dalam spina bifida okulta, terdapat jarakan kecil di antara vertebra pada tulang belakang. Kebanyakan orang yang mengalami spina bifida okulta mempunyai simptom-simptom yang ringan atau tiada simptom langsung dan mereka juga tidak tahu mereka mengalaminya.

  • Mielomeningosele (meningomielosele) adalah jenis yang paling serius. Bonjolan yang berupa sista atau pundi yang diselaputi kulit biasanya boleh dilihat di belakang badan. Sista ini mengandungi tisu dan saraf. Saraf tunjang pula rosak atau tidak terbentuk dengan sempurna. Mereka yang mengalami spina bifida jenis ini biasanya mengalami kerosakan saraf atau kelumpuhan pada bahagian-bahagian tertentu, bergantung kepada di mana sista itu berada. Mereka juga mungkin tidak boleh berjalan atau mengawal kencing.

  • Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami spina bifida jenis ini juga mempunyai hidrocefalus, di mana cecair di sekeliling otak tidak dapat disalurkan ke dalam aliran darah. Beberapa bahagian otak menjadi rosak sebelum bayi dilahirkan, lantas menghalang cecair tersebut daripada keluar dengan sempurna. Tekanan yang meningkat memampatkan lagi otak. 

  • spina bifida meningosele kurang serius daripada meningomielosele dan merupakan jenis yang paling jarang berlaku. Dalam spina bifida jenis ini, satu sista menyelaputi membran yang boleh pecah dengan mudah.

Adakah spina bifina kerap berlaku?

Dianggarkan kira-kira 5 hingga 10 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi mungkin mengalami spina bifida okulta tanpa mereka mengetahuinya. 
Kira-kira satu dalam 1,000 bayi dilahirkan dengan mielomeningosele, iaitu jenis spina bifida yang paling serius. 



Bilakah saya boleh tahu jika bayi saya mengalami spina bifida?

Spina bifida boleh dikesan samada melalui imbasan ultrabunyi (ultrasound) semasa pemeriksaan rutin di pertengahan kehamilan atau melalui ujian darah



Apakah rawatan bagi spina bifida?

Bayi yang mengalami spina bifida yang teruk memerlukan pembedahan dalam masa dua hari selepas dilahirkan untuk membetulkan jarakan pada vertebra. Sesetengah doktor tidak menggunakan pembedahan tetapi membiarkan bahagian itu sembuh dengan sendiri. 

Sesetengah bayi pula berjaya dibedah semasa masih dalam rahim (uterus). Pembedahan seperti ini masih jarang dilakukan. 

Bayi yang mengalami hidrosefalus mungkin perlu dipasangkan tiub untuk mengeluarkan lebihan cecair daripada otak ke abdomen. 

Anda boleh membantu mengurangkan risiko bayi menghidap spina bifida dengan mengambil suplemen yang mengandungi 400 mikrogram asid folik, daripada masa anda mula mencuba untuk hamil hinggalah usia kehamilan tiga bulan. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang mengambil asid folik lebih berkemungkinan melahirkan bayi dengan spina bifida, berbanding wanita yang mengambilnya pada jumlah yang disarankan.










Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan dan sokongan bagi spina bifida?

Persatuan Spina Bifida Malaysia (SIBIAM) menawarkan khidmat nasihat dan sokongan praktikal bagi mereka yang menghidap spina bifida dan hidrocefalus, serta penjaga mereka.


Sumber : babycenter.com



Mencegah itu lebih baik dari mengubat. Bagi wanita yang bakal mengandung haruslah bersedia bukan sahaja mental tetapi juga fizikal luaran dan dalaman agar bayi dikandung sempurna. Kita berusaha yang menentukan Allah SWT. Jangan lokek dengan pelaburan kesihatan kelak kos mengubat jauh lebih besar dari RM 56.98. Buktikan kita benar-benar berusaha menjadi ibu yang terbaik buat anak kita.

Harga Retail: RM56.98

Sempena Julai 2015 promosi, bagi setiap pembelian 3 botol B-Kompleks akan dapat percuma satu botol B-Kompleks. Ayuh..sementara promosi masih berlangsung, hubungi saya untuk harga istimewa. Sila klik link ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan  B- komplek B-Kompleks dan promosi B- Kompleks. Promosi Julai 2015 

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).



Berminat? Hubungi saya segera :
Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)
Email : pnacuina@gmail.com
Fb : Duniaku Sihat


Share artikel ini:

Penafian! Segala maklumat mengenai produk di blog ini bukanlah bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment