Home » , » Sijil Halal Shaklee

Sijil Halal Shaklee

Sijil Halal Shaklee

Untuk yang masih meragui produkShaklee ni halal atau tidak, memang produk Shaklee adalah produk yang halal di pasaran Malaysia.
Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk2 Shaklee.


Q : Apa itu ISA?

ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di website My Halal (KLIK SINI).

Q: Adakah produk dalam pasaran Malaysia tersenarai dalam sijil tersebut?

Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia).

Sebagai seorang muslim, amatlah wajib kita mengetahui dan mencari maklumat berkenaan sumber makanan kita itu dan memastikan ia dari sumber yang halal. Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke mulut.

Q: Bolehkah saya mempercayai status halal keluaran badan selain JAKIM?

Masyarakat kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia.

Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM 
Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereka mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk.

Status halal di Kanada & USA adalah antara yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu.

Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila-bila masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Sebagai penutup, produk-produk dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.

Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!
Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia di www.shaklee.com.my.



Berminat? Hubungi saya segera :
Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)
Email : pnacuina@gmail.com
Fb : Duniaku Sihat


Share artikel ini:

Penafian! Segala maklumat mengenai produk di blog ini bukanlah bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment