Produk Ajaib Atasi Sembelit

Penangan Herblax dan Alfalfa

Semalam sebelum tidur, saya telan 4 biji HERBLAX.

Siangnya of cos la ALFALFA 10 biji konsisten.


Alfalfa

Herblax

Kalau bukan cuti sekolah, susah juga saya ni nak konsisten amik supplemen. Tapi kini tekad azam baru, demi kesihatan dan kecantikan..nak lebih disiplin.

Pagi ni..mak oi..kira-kira 9jam selepas ambil malam tadi..terus kena book toilet.
Rasa lega bila dapat membuang dengan jayanya.

Saya ni memang dari dulu ada masalah membuang. Tapi masa tu jahil, ingatkan kalau tak membuang banyak hari tu bagus. Konon semua makanan di serap jadi zat. Rupanya takkan kecuali kita ni baby yang menyusu la kan.

Tapi, sejak saya konsisten ambil 2 produk di atas, memang
1. Rasa perut sedikit kempis
2. Masalah membuang bukan lagi masalah
3. Jerawat  berkurangan
4. Rasa lega dan ringan badan

Tak percaya??? Anda cubalah dan konsisten. In sha Allah nampak perubahan.



Dua produk ni disyorkan untuk sesiapa yang ingin detoks. Detoks akan lebih berkesan jika mengikut meal plan yang disyorkan. Ramai mengakui penurunan berat badan lebih mudah, rasa bertenaga dan kulit lebih flawless.

Harga Retail: RM

Harga Diskaun Saya: RM  (Anda Jimat RM )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





SET RAMADHAN

Ramadhan Lebih Bermakna Dengan Shaklee

Tahun ini sangat istimewa kerana Shaklee menawarkan SET RAMADHAN.
Set ini bertujuan agar kita dapat menjalani ibadah dengan lebih sempurna, lebih bertenaga dan lebih fokus.
Takde la istilah lemau, letih dan sket-sket bagi alasan puasa hingga boleh , menimbulkan fitnah pada agama.

Kalau dah jenis mudah letih, kena makan je..kalau tak lembik seharian..anda adalah orang yang sangat memerlukan SET RAMADHAN ini.

Apa yang ada dalam SET RAMADHAN?

1. Energizing Soy Protein (ESP)
2. Mealshakes ( promosi bulan Jun 2016)
3. Lecithin ( promosi bulan Jun 2016)
4. Performance Drink

Apa keistimewaan SET RAMADHAN ni?
Of cos:
1. Untuk elakkan keletihan sepanjang bulan Ramadhan.
2. Untuk kekal fokus dan bertenaga semasa bekerja dan belajar.
3. Membantu kanak-kanak bersemangat untuk berpuasa
4. Agar ibu menyusu tidak bimbang jika susu merosot.
5. Ibu hamil juga kekal bertenaga dan cukup nutrisi
6. Menu ringkas dan mudah jadi penyelamat jika terbangun lewat ketika sahur.


Boleh ADD ON produk lain mengikut keperluan.

Untuk individu yang ingin mengambil kesempatan bulan puasa ni, selain beribadah boleh juga turunkan berat badan kerana puasa salah satu kaedah untuk detoks, buang toksin-toksin yang banyak dalam badan kita.

Untuk turunkan berat badan, produk yang perlu ditambah adalah LECITHIN ( sudah ada dalam set ramadhan) dan ALFALFA. Saya tidak mengalakkan HERBLAX bulan puasa ni kerana bimbang jika individu yang banyak toksin akan mengalami rasa sakit perut ketika ingin membuang..

Jom kita tengok testimoni yang dah guna SET RAMADHAN untuk berpuasa.

Ibu Menyusu

Pengidap Gastrik

Puasa lebih bertenaga
Kalau anda rajin google, banyak lagi sharing pengguna SET RAMADHAN ini yang positif.
Jika anda inginkan puasa anda kali ini lebih berkualiti dari segi fizikal, saya syorkan SET RAMADHAN ini perlu ada dirumah anda.

Untuk penjimatan lebih, saya mengalu-alukan anda menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee dan nikmati pelbagai insentif yang disediakan.

Harga Retail: RM 422.68

Harga Diskaun Saya: RM 400 (Anda Jimat RM 22.68)


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Promosi Jun 2016

PROMOSI JUN 2016

Bulan ni Shaklee baik hati meneruskan promosi produk yang lalu dan ditukarkan  2 lagi produk dengan produk yang baru.

Apa yang menarik bulan ini ialah ada promosi MEALSHAKES.


Mealshake salah satu produk dalam SET RAMADHAN di mana ia bertujuan untuk bekalkan tenaga berpanjangan di bulan puasa terutama bagi kanak-kanak.

Mealshake memang sesuai untuk kanak-kanak kerana perisa vanilla. Anak saya pun suka Mealshake.

Berikut saya paparkan produk yang promosi bulan ini:
1. Mealshake
2. Lecithin
3. Vitalea for kids

Untuk ibu bapa yang baru nak ajar anak berpuasa, saya syorkan 2 produk yang anda perlu beri pada anak anda semasa sahur ialah 
1. MEALSHAKE
2. VITALEA


Vitalea for kids adalah multivitamin perisa anggur yg hanya perlu dikunyah tetapi membekalkan vitamin dan mineral. Jika anak anda tidak gemarkan sayur, dua produk ini sangat sesuai untuk melengkapkan nutrisi anak anda apatah lagi dibulan puasa.

LECITHIN


Lecithin pulak kelebihan dia membantu individu yang nak ambil kesempatan untuk turunkan berat badan di bulan puasa ini.

Dengan pengawalan makanan di tambah pengambilan LECITHIN, in sha Allah berat ideal menanti anda dan hari raya kali ini pasti anda tampil lebih bergaya.

Disamping berfungsi mengemulsifikan lemak dalam badan, lecithin juga bagus untuk daya ingatan. Memandangkan bulan puasa, ramai yang mungkin keletihan dan lain-lain hingga menjejaskan fokus pada kerjaya atau pembelajaran, lecithin akan membantu untuk anda kekal fokus.

Jadi, berbaloi sangat promosi bulan ini untuk anda yang ingin berpuasa dengan sempurna dan kekal kurus dan fokus.
Shaklee juga tidak melupakan anak-anak anda yang masih baru belajar untuk berpuasa.

Apa tunggu lagi, cepat hubungi saya untuk segera dapatkan produk dengan harga promosi.
Anda akan menikmati lebih penjimatan sekiranya anda mendaftar leahlian dengan saya.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya ok.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





SET RESDUNG

Resdung @ sinus

Kalau sebut ja resdung, semua orang tahu dan hampir semua orang ada masalah resdung.

Apa tanda-tanda kita ada resdung?
1. Kerap bersin
2. Alah habuk
3. Alergik makanan tertentu seperti seafood, kalau makan ja habis gatal2 atau naik jerawat.
4. Jerawat
5. Gatal-gatal di kerongkong, hidung dan kemaluan.

Bahaya ke resdung?

Bahaya la sebab salah satunya tak selesa dan boleh buat kita hilang keyakinan diri.
Nikmat hidup pun kurang sebab tak boleh makan sebarang dan kena cerewet memanjang.

Kalau tak jaga, silap haribulan boleh rompong hidung orang tua2 kata. 
So, kenala rawat..jangan biar lama-lama apatah lagi jika wanita.

Camana nak rawat?

Banyak petua nak rawat resdung, tapi kadang-kadang leceh.
Pernah buat yang perasap, yang bubuh dalam hidung sampai perit rasa..yang guna buluh dll..tapi dok macam tu juga.

Haa.. kat sini saya nak share satu SET RESDUNG yang tak payah perasap , tak pedihkan muka dan hidung dan boleh diambil sesiapa sahaja iaitu 

2. VITAMIN C



VITAMIN C
Alfalfa
 Jom kita tengok apa kata pengguba SET RESDUNG ni:
Testimoni 1

Testimoni 2
Anda digalakkan untuk ADD ON:
1. B-Kompleks
2. Nutriferon

Harga Retail: RM

Harga Diskaun Saya: RM  (Anda Jimat RM )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Rawat Gout Dengan Shaklee



Cara Rawat Gout Tanpa Ubat

Simptom Gout

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. 

Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit juga mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Ingat, gout tak boleh diurut sebab asid urik ni tajam. Kalau makin diurut makin sakit. Kalau dibiarkan asid urik ni lama-lama ia akan menghakis dan membentuk kristal yang tajam. Baca pun dah seram ni. Sebab itu dalam kebanyakan gambar, mereka menggambarkan gout tu macam pokok kaktus. Bayangkan kalau pokok kaktus pada kaki kita. Nak pijak pun sakit sangat.

Komplikasi Akibat Gout

Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan yang dipanggil ‘tophi’. Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ‘batu karang’. Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan kencing manis.

Jadi jangan ambil mudah dengan gout, sebab ia berpotensi menyerang organ dalaman anda yang lain. 

Cara Rawat Gout Tanpa Ubat

Kebiasaanya rawatan dengan doktor akan memberikan anda steroid (dengan syor daripada doktor sahaja) jangan ambil sendiri dan juga ubat anti radang untuk mengurangkan sakit dan radang. Ubat-ubat ini tentulah mempunyai kesan sampingan seperti mengakibatkan gastrik, loya, muntah dan cirit birit.

Tahukah anda gout boleh dicegah dan dibantu rawatannya tanpa ubat?

Set Gout Shaklee

1. Alfalfa Complex

untuk fungsi detoks semulajadi, menyingkirkan toksin dalam badan secara lembut. Tapi kena banyak minum air, barulah efektif proses detoks tu. Air at least 3 liter sehari, bergantung kepada berat badan seseorang.

2. Omega Guard

untuk mengurangkan keradangan dan melicinkan sendi. Mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan, mencegah arthritis, memelihara fungsi sendi dan melegakan gout. Banyak lagi kelebihan Omega Guard ni sebenarnya.

3. Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

untuk menggalakkan mobiliti, meningkatkan fleksibiliti, meningkatkan fungsi sendi dan menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang.

4. Performance Drink

untuk memelihara kandungan bendalir dalam badan untuk mengelakkan dehidrasi. Bagi melancarkan proses detos sebab nak buang asid urik berlebihan dalam badan.





Detok Shaklee Dengan DTX Complex

Detok Shaklee Dengan DTX Complex
DTX Complex, Harga Runcit RM164.30


Jom DETOX cara SHAKLEE

Saya memang suka kunyit..suka buat ulam masa tinggal dengan tok dulu. Tapi sekarang tanah hanya sekangkang kera je..boleh la dapat comel2 kunyit buat masak cili api. Habis kuning tangan bila pegang kunyit hidup.



Tapi sekarang..sejak join kelas detox SHAKLEE, baru tau..produk DTX COMPLEX pun ada bahan kunyit tau..sesiapa malas nak kuning tangan dan renyah2..meh telan DTX COMPLEX.


DTX COMPLEX ada:

1. Milk thistle seed
2. Articok
3. Kunyit
4. Dandelion
5. Ling zhi
6. Schizandra

Semua ni sangat bagus utk detoksifikasi.

Jom DETOX cara SHAKLEE

Artikel ini daripada Fb Dr Zubaidi Hj Ahmad

Curcumin yang diekstrak merupakan antara suplemen yg terbaik bagi mencegah pelbagai jenis penyakit dengan mudah. Ia dapat menguatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan kerosakan sel-sel badan.

Kajian mendedahkan kunyit mengandungi khasiat yang dapat mencegah kita daripada pelbagai penyakit. Bahan yang digunakan nenek moyang kita kini mendapat perhatian yang serius daripada pakar-pakar hospital ternama di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Kehebatan herba ini terletak pada ekstrak pigmennya yang memberikan warna kuning kepada kunyit. Pigmen ini mempunyai banyak khasiat dan berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit dikenali sebagai curcumin.


Harga Retail: RM164.30

Harga Diskaun Saya: RM150.00  (Anda Jimat RM14.30 )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Shaklee dan bayi G6PD

Newborn Screening G6PD
Newborn Screening G6PD

Vitamin Shaklee dan penghidap G6PD

Terdapat beberapa vitamin yang tidak disarankan kepada mereka yang menghidap G6PD atau menyusu bayi yang mempunyai G6PD Deficiency. Elakkan vitamin yang berasaskan herba seperti alfalfa dan berasaskan soya seperti ESP.


Ya, mungkin ada di antara anda yang minum ESP dan tiada masalah dengannya. Alhamdulillah :) Apa yang boleh dimakan bergantung kepada tahap G6PD Deficiency anda atau bayi. Rujuk doktor anda terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kekurangan G6PD yang dialami. Untuk pengetahuan anda, lebih dari 400 jenis mutasi yang berlaku dalam kes G6PD Deficiency ni. Setiap satu jenis mempunyai tindak balas yang berbeza dengan makanan dan ubatan tertentu. Ada yang sensitif dan ada yang kurang. Apa yang saya sarankan hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagi ibu yang menyusukan anak, saya cadangkan hanya ambil vitamin basic sahaja seperti vitalea, b complex, vitamin C dan ostematrix untuk membantu ibu kekal bertenaga dalam masa yang sama tidak mempengaruhi pengeluaran susu ibu.

G6PD dan Shaklee

S1 : Apakah glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD)? 

G6PD ialah sejenis enzim yang diperlukan untuk menstabilkan membran sel darah merah dengan pengaktifan (inactivation) kompoun oksidan. Jika G6PD berkurangan sel-sel merah akan menjadi rosak dan pecah (hemolisis) apabila pesakit termakan atau terdedah kepada bahan-bahan yang mempunyai ciri-ciri pengoksida. Lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia kekurangan G6PD. 

G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) juga ditakrifkan sebagai suatu enzim keturunan dalam sel darah merah manusia. Enzim G6PD melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal daripada hayat biasa. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan. 

S2 : Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit defisiensi G6PD? 

Tanda-tanda sekiranya termakan ubat atau makanan yang tidak sesuai 
  • Anak kelihatan pucat akibat sel darah merah musnah dengan lebih cepat
  • Anak mungkin mendapat kuning (jaundis) dengan serta merta
  • Air kencing berdarah atau berwarna teh pekat
  • Letih / lesu dan tidak bermaya
  • Demam
Bagi bayi baru lahir. Kekurangan G6PD boleh berlakunya jaundis yang patologik. Jaundis bayi-bayi berkenaan terlalu tinggi tahap bilirubin mereka hinggakan pertukaran darah diperlukan. 

Bagi kebanyakan pesakit defisiensi G6PD hemolisis tidak ketara sehingga 48-96 jam selepas pesakit telah memakan bahan-bahan pengoksida seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). Jangkitan juga boleh menyebabkan hemolisis. Gejala-gejala hemolisis akut bagi pesakit ini ialah kepucatan yang akut dan jaundis. Hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) akan menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku tertakluk kepada berapa teruknya hemolisis yang berlaku.

S3 : Apakah penyiasatan makmal yang perlu dilakukan?

Hemoglobin akan berkurangan apabila hemolisis berlaku dan tahap bilirubin tak konjugat(unconjugated.indirect SB) akan meningkat. Pemeriksaan hemoglobin dalam urin juga positif jika terdapat hemolisis akut.

Apabila pesakit mengalami hemolisis akut, ujian G6PD selalunya menunjukkan tiada defisiensi walaupun G6PD berkurangan dalam seseorang pesakit. Oleh itu, ujian G6PD patut dilakukan sebagai ujian penyaringan dalam semua bayi yang baru lahir atau ke atas pengidap penyakit apabila mereka sihat dan tidak mengalami hemolisis. 
Pengiraan retikulosit juga akan meningkat dalam hemolisis akut yang melibatkan defisiensi G6PD. 

S4 : Apakah rawatan untuk penyakit defisiensi G6PD? 

Rawatan kekurangan G6PD ialah dengan cara pencegahan:

1. Ujian penyaringan G6PD dilakukan di semua hospital dan klinik perbidanan ke atas bayi-bayi yang baru lahir dengan mengambil spesimen daripada darah tali pusat bayi. Bayi tidak patut dibenarkan pulang dari hospital tanpa pengetahuan status G6PDnya.

2. Jika diagnosis defisiensi G6PD telah dibuat, pencegahan daripada hemolisis perlu dilakukan dengan cara pengajaran berkenaan ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang patut dielakkan daripada pesakit. Mereka patut memakai rantai "medic alert" yang memberi maklumat mengenai penyakit kekurangan enzim G6PD. Satu senarai ubat-ubatan juga perlu diberi kepada pesakit supaya mereka dapat menunjukkan kepada doctor apabila mereka memerlukan rawatan.

3. Jika pesakit termakan ubat-ubatan pengoksida seperti dalam senarai yang ada dan dimasukkan ke wad dengan hemolisis akut, pemindahan darah mungkin perlu diberi jika hemolisisnya terlalu teruk. Apabila ubat atau makanan yang terlibat dihentikan, proses hemolisis berhenti dan pemulihan secara spontan berlaku. Kesan sampingan berpanjangan amat jarang berlaku.

S5 : Apakah maknanya kekurangan G6PD intermedia?

G6PD intermedia adalah suatu keadaan di mana enzim G6PD berkurangan bukannya 100% tetapi di antara 20-80% kekurangan. Pesakit G6PD intermedia harus diberi tunjuk ajar yang serupa sebab risikonya pun hampir serupa dengan pesakit G6PD.

S6 : Berapa lamakah bayi kekurangan G6PD harus dijaga di hospital?

Apakah peranan jururawat semasa bayi berada di hospital? 

Dinegara Singapura semua bayi yang kekurangan G6PD dijaga di hospital selama 14 hari. Kita berpendapat bahawa sekiranya bayi lebih daripada 2.0kg, tidak jaundis dan kami puashati dengan keupayaan ibubapa maka seseorang ibu boleh membawa bayinya pulang selepas 10 hari. 

Jururawat mesti mengambil masa ini untuk menerangkan tentang kekurangan G6PD (S1-S3). Ibubapa mesti faham sekiranya kelihatan kuning, bayi mesti dibawa jumpa doctor dengan serta-merta.

S7 : Bolehkah ibu menyusu badan kepada bayi yang berkurangan G6PD? 

Memang boleh. Ibu yang menyusu tidak harusnya makan ubat yang disenaraikan di apendiks 4.

Professor Dr Zulkifli Ismail
Dr Iean Hamzah Sendut 

apendiks 4 :

Ubat-ubat yang tidak boleh dimakan oleh pesakit yang mengidap kekurangan g6pd.
  • Primaquine 
  • Chloroquine 
  • Quinine 
  • Sulfanilamide 
  • Sulphacetamide 
  • Sulphapyridine 
  • Sulphamethoxazole (Bactrim) 
  • Dapsone 
  • Nitrofurantoin 
  • Ciprofloxacin 
  • Methylene Blue 
  • Nalidixic Acid 
  • Napthalene ( Moth balls)* 
Avoid all Chinese and Malay medications 

*For the first 3 weeks of life, do not use clothes exposed to mothballs.

Info Tambahan:

Seharusnya elakkan daripada makan makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya, semua jenis kacang atau produk kacang dan makanan berperisa menthol. Sebaiknya juga dielakkan daripada mengambil alfalfa kerana alfalfa tinggi kandungan Vitamin K.

Lain-Lain yang perlu dielakkan
  • Fava Bean (jenis kacang parang)
  • Naphtalene (Ubat Gegat)
  • Ubat tradisional
  • Parabenecid
  • Dimercaprol
  • Dapsone
  • Procainamide
  • Para-Aminobenzoic Acid
  • Silver Sulphadiazine Cream
  • Methylene Blue

Ubat untuk Merawat Malaria: 

  • Choroquine
  • Hydroxycloroquine
  • Primarquine
  • Pamaquine
  • Quinine
  • Mepacrine (Quinacrine)

Ubat Penahan Sakit 

  • Acetylsalicylic Acid (Aspirin) 
  • Phenacetin (Acetophenetidin)
  • Aminopyrine (Amidopyrine)

Ubat Antibiotik 

  • Chloramphenicol
  • Cotrimoxazole (Bactrim)
  • Furazolidine
  • Nalidixic Acid
  • Nitrofurantoin
  • Nitrofurazone
  • Para-Aminosalicy Acid
  • Ubat-ubatan berasaskan Sulfur dan sebagainya
  • Sulfapyridine
  • Sulfasalazine
Kekurangan (deficiency) G6PD adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD. Ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. 

Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan ataupun makanan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Vitamin asas yg perlu diamalkan oleh BF mommy adalah terdiri daripada Vitalea, Alfafa, Vita C & juga B Complex..

Namun bagi bayi yg menghidapi masalah G6PD ibu2 bolehlah tukarkan Alfafa kepada vitamin lain iaitu Ostematrix/kalsium Shaklee. Ini kerana dikhuatiri bayi tersebut alah kepada Alfafa walaupun ada kes bayi G6PD tiada masalah setelah ibunya amalkan alfafa dimana ibunya hanya mengamalkan kuantiti yg paling minima setiap pengambilan...

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksijen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul. 

Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi (Cecil, 1992).




Kini Supervisor Shaklee

Purata Pendapatan Shaklee
Purata Pendapatan Shaklee

SUPERVISOR DALAM SHAKLEE

Kisah saya dengan Shaklee bermula 29 Dec 2014. Sebelum tu dah lama kenal melalui kakak yg selalu sebut Vitamin C Shaklee bagus, husband pun pernah beli Vitamin C Shaklee semasa ada jualan di tempat kerjanya, tapi tak berminat even utk try..sehinggalah tgk adik ipar menggunakan vitamin E secara konsisten dan parut jerawat di wajahnya beransur hilang.

Saya bermula  sebagai pengguna sahaja dengan modal 0 dan mendapat keahlian PERCUMA kerana membeli produk sehingga mencapai 200uv dan mendapat pulak bonus belian sebanyak 5%. Sejak itu, mula terfikir untuk jadikan Shaklee sebagai part time. Lagipun ia tidak menganggu kerja hakiki pun kerana saya  cuma aktif online di FB sahaja. 

Permulaan saya agak perlahan kerana kesibukan bekerja dan orang masih belum mengenali saya sebagai pengedar Shaklee. Tetapi tidaklah susah kerana kebanyakkan orang telah pun mengenali Shaklee. Saya mula mendapat ahli sulung setelah 7 bulan menjadi ahli. Selepas itu, makin hari makin bertambah ahli di bawah kumpulan saya iaitu Duniakusihat Group  kerana mereka sudah mengenali saya sebagai Pengedar Shaklee.

Saya teruskan dengan memasarkan diri sebagai pengedar Shaklee dan produk2 Shaklee sehingga Mac 2016 baru berjaya mencapai sasaran jualan sebanyak 3250uv iaitu melebihi RM9000. Siapa sangka akhirnya saya berjaya lakukan sambil dibantu ahli-ahli group . Saya mengambil masa selama setahun 3 bulan untuk rank up ke SUPERVISOR, alhamdulillah syukur walau agak perlahan tetapi saya tetap berjaya.

Pada mula saya tidak menjangka saya akan berjaya rank up sebab saya cuma mampu bisnes secara online sahaja. Tetapi itulah yang dikatakan rezeki, Allah hadirkan kepada saya pelanggan yang memerlukan produk yang baik lalu cuba berikhtiar dengannya. Pengajaran yang saya boleh dapat disini ialah jangan putus asa dan terus berbuat kebaikan kerana rezeki Allah itu amat luas.

Sebelum ini bonus setiap bulan yang saya dapat cuma bernilai 2-3 angka sahaja, inilah kali pertama saya mendapat bonus bernilai 4 angka, syukran..semoga saya terus dilimpahi rezeki melimpah ruah dan diberi ilmu agar terus dapat membantu ahli dibawah group saya untuk berjaya dan mendapat side income atau main income dengan Shaklee.

Kenapa Shaklee? Saya telah mencuba pelbagai produk, tetapi hanya dengan Shaklee saya bertahan lama kerana percaya k setiap produk Shaklee adalah selamat, diuji secara klinikal, pengilang yang dikenal pasti lokasi dimana, mempunyai pakar pemakanan tersendiri, mempunyai saintis sendiri dll.

Bagi anda yang masih mencari-cari medium untuk menjana pendapatan sambil menjaga kesihatan, moh ler join saya di bawah group DUNIAKUSIHAT untuk mengorak langkah lebih jauh. Saya akan membimbing anda sebaik mungkin dengan syarat anda memang ingin berjaya.Kalau saya boleh lakukan, anda juga PASTI boleh!!!!!




Suamiku dan Vivix

Kisah Vivix

Vivix

Hari ini saya nak share pengalaman saya dengan Vivix. Sebelum ni walaupun hampir setahun bersama Shaklee, saya amat berkira untuk membeli Vivix walau saya tahu Vivix adalah produk masterpiece dalam Shaklee, sebab saya fikir saya tak mampu. Bagi saya harganya mahal.

Tapi bulan ni, Mac 2016 saya cuba mengubah tanggapan tersebut kerana sebenarnya kesihatan orang tersayang itu jauh lebih berharga dari wang ringgit. Wang ringgit masih boleh dicari tetapi kehilangan insan tersayang akibat masalah kesihatan, pasti akan menimbulkan kekesalan tidak terhingga suatu hari nanti. Kenapa saya cakap begitu? sebab insan tersayang nilainya infiniti..kasih sayang tak mampu boleh ditukar. Jadi apalah sangat dengan harga Vivix tu. hanya kerana kita kedekut, kita biarkan insan tersayang menderita sakit yang in sha Allah jika kita berikhtiar, ada penawarnya..maybe dengan Vivix.

Suami saya memang suka makan, susah nak telan supplemen yang berbentuk kapsul atau tablet tetapi kelebihannya, dia suka bersenam. Suami saya menderita diabetes sejak 2009 dengan bacaan 23 masa tu. Faktor pemakanan dan keturunan juga kurang senaman masa tu sehingga memerlukan ubat. Tetapi suami bertegas untuk tidak bergantung dengan ubat, maka dia kena bersenam untuk tingkatkan fungsi insulin kerana masa itu beliau baru berumur 32 tahun. Masih muda kan...diabetes memang tak kira usia.

Saya mula mengenali Shaklee pada 29 Dec 2014, tetapi masa tu saja nak bg kulit cantik. Tapi tahun ni saya mula nak fokus kepada kesihatan suami apatah lagi kami baru kehilangan anak tersayang. saya taknak kehilangan suami akibat kelalaian kami menjaga kesihatan dirinya pula. Saya mula cuba memberi pelbagai supplement Shaklee yang sesuai untuk diabetes seperti Vitamin C, alfalfa, b kompleks, Gla dll..tapi macam nak berperang. Dia makan dalam keadaan terpaksa je, selalu kena skip dan dos tak pernah cukup. Jadi nak nampak kesan susah la.

Bulan ni saya terus nekad nak cuba Vivix. Dia mula2 tak berapa setuju tapi akhirnya akur. Mula2 dia amik, dia rasa suka dan tidak mencemeh seperti selalu saya beri supplemen lain. Selepas seminggu, dia mula bagi feedback yang badan rasa segar bila bangun pagi, dah tak lenguh2 badan.
Sekarang dia sendiri akan minum tanpa saya perlu suapkan lagi Vivix. kalau dia ternaik bilik tidur, sanggup turun ke bawah semata2 untuk telan Vivix. hebat betul penangan Vivix buat suami saya.

Tadi setelah sekian lama saya memujuk untuk pegi cek darah dia, dia pulak volunteer ajak pegi cek. last cek bacaan gula dia adalah bulan Dec 2015, selepas makan dan bacaan dia adalah 20. Tadi selepas makan ( nasi goreng dan teh o ais), bacaan dia hanya 13. walaupun tak begitu baik, tetapi atleast ada penurunan berbanding sebelum ini. Ini adalah hasil 3 minggu suami saya consume Vivix dalam keadaan tidak mengawal pemakanan. saya yakin, jika dia mengawal pemakanan disamping konsisten mengambil Vivix, in sha Allah bacaan gula mesti lebih baik.

Suami saya sangat seronok sehingga sanggup buat stok Vivix dan nak hadiahkan satu botol Vivix buat ibunya di kampung. ( juga mengidap diabetes). Saya tentu lagi seronok jika kesihatan suami saya semakin baik. Doakan beliau istiqomah dan kesihatan beliau semakin baik ya.
Alhamdulillah, akhirnya saya temui penawar untuk suami saya melalui Vivix. Mahal bagi setengah orang tapi murah jika melibatkan kesihatan kerana kesihatan jauh lebih mahal dari kebendaan.

Jika anda berminat untuk mencuba dengan Vivix, cepat rebut peluang ini kerana bulan ini ada promosi pembelian Vivix:
1.  Beli 2 botol dapat 5% diskaun
2. Dapat keahlian percuma dengan 2 botol pembelian
3. Cash rebate 5%.
4. Penghantaran Percuma
Saya akan konsult anda sehabis baik dan semampu saya.

Harga Retail: RM 503.50

Harga Diskaun Saya: RM 430  (Anda Jimat RM 73.30 )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).



Join Shaklee