RESVERATROL - BAHAN SEMULAJADI UNTUK PUTIHKAN KULIT & HILANGKAN JERAGAT
=======
Sebenarnya Warna Kulit Kita dari warna asal kulit kita semasa lahir hinggalah ada jeragat, tanda lahir dan juga 'age-spot' (tompok gelap penuaan) - adalah disebabkan oleh pigment yang dipanggil sebagai #Melanin.
Melanin ini dihasilkan oleh bahan yang dipanggil #melanosome yang terdapat di dalam sel melanocyte di dalam badan kita. Enzim utama yang menghasilkan melanin yang membentuk warna kulit kita dipanggil #tyrosinase.
Ringkasnya, warna kulit kita berbeza disebabkan oleh beberapa faktor:
#1. Faktor Genetik dan Bangsa -
Genetik dan bangsa menentukan berapa banyak #melanosome yang terdapat di dalam sel melanocyte, berapa banyak sel melanocyte di dalam badan kita dan bagaimana sel-sel ini bertaburan di dalam lapisan kulit kita.
Sebab itu, ada bangsa yang berkulit cerah dan ada yang berkulit gelap kerana faktor genetik menyebabkan kandungan bahan melanin yang berbeza.
#2. Faktor Persekitaran
Faktor persekitaran terutamanya pendedahan kepada cahaya matahari juga mempengaruhi penghasilan pigment warna pada kulit.
=======
Faktor Utama Menyebabkan Kulit Gelap
=======
Faktor utama yang menyebabkan kulit menjadi gelap adalah pendedahan kepada Cahaya Matahari. Radiasi Ultraviolet ataupun dipanggil sinar UV daripada matahari merangsang penghasilan #melanin dengan mengaktifkan enzim #tyrosinase dan enzim lain di dalam sel #melanocyte, selain menyebabkan kerosakan pada DNA yang memberi kesan kepada taburan melanin di dalam badan.
======
Masalah Jeragat dan Tompok Hitam di Muka
======
Ramai yang risau bila #jeragat dan tompok-tompok hitam mula kelihatan di kulit wajah disebab oleh pendedahan kepada sinar uv dan kerosakan akibat kesan radikal bebas. Biasanya, orang anggap jeragat dan tompok-tompok hitam ini sebagai tanda-tanda penuaan.
Tompok hitam ataupun hyperpigmented areas (kawasan kulit yang lebih gelap berbanding yang lain) juga boleh disebabkan oleh kesan penyembuhan kulit dari jerawat walaupun telah merawatnya dengan ubat ataupun laser, tetapi masih tetap ada bekasnya kerana disebabkan oleh ganguan pada penghasilan melanin pada kulit.
======
Bahan Beracun Untuk Putihkan Kulit
======
Suatu masa dulu, bahan seperti #Hydroquinone, #Tretinoin dan #Mercury banyak digunakan untuk memutihkan kulit kerana sangat berkesan dan kesannya yang cepat.
Tetapi bahan Hydroquinone, Tretinoin dan Mercury ini telah diharamkan penggunaannya kerana didapati boleh menyebabkan kerosakan kulit kekal sehingga boleh menyebabkan kanser kulit dan penyakit-penyakit lain.
Malangnya, bahan-bahan beracun ini masih digunakan secara haram dalam produk-produk kosmetik untuk memberikan kesan yang segera dan melariskan penjualan produk. Kulit pengguna tampak lebih cerah lepas menggunakannya tetapi akhirnya mengalami kerosakan kulit dan terpaksa mendapatkan rawatan pakar.
======
Kajian Bahan Pemutih Yang Baru
======
Disebabkan oleh masalah keselamatan dan bahaya bahan pemutih seperti #hydroquinone, syarikat-syarikat kosmetik dan supplemen mula mengkaji untuk mencari bahan-bahan semulajadi yang lain untuk memutihkan kulit. Antara bahan semulajadi yang menarik perhatian saintis adalah #Flavonoids
Flavonoids adalah bahan semulajadi di dalam tumbuhan yang boleh memberikan kesan kepada tubuh badan manusia dan haiwan. Banyak jenis Flavonoids ditemui dan didapati berguna untuk kesihatan manusia.
Saintis mendapati sejenis Flavonoid yang dinamakan #RESVERATROL dapat menghalang fungsi enzim #tyronsinase, enzim yang menghasilkan pigment warna kulit dengan mengawal penghasilan melanin.
Piceatannol, bahan di dalam #Resveratrol juga didapati dapat menghalang penghasilan pigment yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinar UV matahari. Bahan ini juga dipercayai menjadikan #Resveratrol mempunyai sifat anti-oksida yang tinggi.
======
Tanda-tanda Penuaan Kulit
======
Antara tanda penuaan kulit adalah kulit menjadi lebih kering, kedutan, mudah cedara dan dijangkiti penyakit, hiperpigmentasi, kurang anjang, lambar sembuh dan kusam (kulit pucat kuning).
Menurut kajian Dr David Sinclair dari Harvard Medical School, tanda-tanda penuaan ini dapat dikurangkan dengan mengambil #resveratrol.
Resveratrol didapati boleh mengaktifkan Gen Sirtuin (SIRT1) yang boleh melanjutkan usia dan melengahkan proses penuaan.
======
Macam Mana Dapatkan Resveratrol ni?
======
Resveratrol ni banyak terdapat di dalam kulit buah anggur, wain merah, buah beri dan Knotweed Jepun. Bahan ni berfungsi sebagai sistem pertahanan tumbuhan terhadap penyakit atau kerosakan.
Ia dihasilkan secara semulajadi hasil tindakbalas terhadap jangkitan fungus, sinaran UV dan serangan penyakit.
======
Tip Memilih Supplemen Resveratrol Yang Terbaik
======
Untuk memilih Produk Supplemen Resveratrol yang terbaik. Pastik produk tersebut mengandungi:
✔ Kombinasi #Resveratrol dan #Polifenol
- Meningkatkan perlindungan anti-oksida
- Memberi kesan sinergi untuk melengahkan penuaan kulit.
✔ Mengandungi sekurang-kurangkan 100mg resveratrol yang bersamaan dengan 351 gelas wain merah (berdasarkan kandungan resveratrol).
✔ Menggunakan trans-resveratrol, satu-satunya bentuk resveratrol yang stabil dan aktif secara biologi.
Kredit:
Rahman Baco, Pharmacist
www.fb.com/rahmanbaco.my
πΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏ
Kenapa Perlu Pilih Vivix?
✔Vivix Shaklee mengandungi Resveratrol dan Polifenol
✔ Ramai yang konsisten Vivix merasai perubahan ketara pada kulit.
✔ESP mengandungi isoflavonoid yg baik untuk pembinaan sel-sel kulit.
Berminat? Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.
013-2783475π±
013-2783475π±
*Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).
Penafian! Segala maklumat mengenai produk di blog ini bukanlah bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..
0 comments:
Post a Comment