Bagaimana Kanser Boleh Terjadi

BAGAIMANA KANSER BOLEH TERJADI?


PUNCA #1: BERMULA DARIPADA SEL YANG ROSAK MENJADI KETUMBUHAN

Binaan sel-sel yang kecil membentuk setiap sistem dalam tubuh kita. Selepas 21 hari, setiap sel tersebut akan mati (proses ini dipanggil Apoptosis) dan diganti dengan sel yang baru. Kanser terjadi apabila ada sel yang sepatutnya mati, tapi tak mati. Sel ini dipanggil sel yang rosak.

Pada mulanya sel yang rosak ini tidak berbahaya. Tapi oleh kerana ianya rosak, kadang-kadang ada sel rosak ini yang akan menduplikasikan diri tanpa henti. Lepas 21 hari pun takde yang mati.

Semakin lama, sel yang rosak semakin membesar dan menjadi ketumbuhan ataupun dalam bahasa medic, tumor. Ketumbuhan masih tak dikategorikan sebagai merbahaya kerana ianya tidak bergerak atau statik dan boleh dibuang melalui pembedahan.

PUNCA #2: PERMULAAN KANSER YANG MERBAHAYA

Situasi akan mula bahaya apabila sel yang rosak ini berkembang dan mengganggu susunan tisu di dalam badan. Apabila semakin membesar, kumpulan sel yang rosak ini juga akan memerlukan oksigen lalu menarik salur darah baru untuk terbentuk.

Dengan adanya salur darah yang bersambung dengan kumpulan sel rosak tersebut, maka bermulalah fasa yang berbahaya. Sel-sel yang rosak tersebut akan masuk ke dalam salur darah dan merebak ke kawasan-kawasan lain di dalam badan dan menyebabkan kanser.

PUNCA #3: BAGAIMANA SEL BOLEH ROSAK

Punca kanser dipanggil ‘Carcinogen‘ (dalam Bahasa Melayu – karsinogen). Antara jenis-jenis karsinogen:
  • Gaya hidup yang tak sihat
  • Rokok
  • Ultraviolet berlebihan
  • Radikal bebas
  • Diet yang tidak seimbang
  • Pencemaran
  • Genetik
Dan banyak lagi…

Sekiranya anda tak merokok, anda menjaga pemakanan serta mengamalkan gaya hidup yang sihat, anda tetap terdedah kepada serangan radikal bebas daripada persekitaran yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

Adalah hampir mustahil untuk anda elak daripada radikal bebas. Sebab itulah anda perlu mengamalkan makanan yang kaya dengan Anti Oksida ataupun suplemen seperti Vitamin C, Vitamin E dan juga Vivix

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak). 


Set Kurus Selamat

KURUS DAN SIHAT

Agaknya kurus ni lambang cantik kot kan..sebab semua orang akan rasa gembira bila dikata kurus. Model catwalk pun kurus kering. Jadi heroin drama pun kurus, kalau gemuk mesti dapat watak pembantu atau pelawak.hmmm...

Tapi paling utama adalah sihat. Tak guna kurus tapi menderita dan mental tidak sihat seperti penyakit aneroksia. 

Dalam orang dok taksub nak kurus ni, ramai sangat mudah terpedaya dengan produk kurus yang konon ambil harini, esok dah kurus. Sebenarnya itu yang diinginkan pembeli. Nak segera kurus tanpa hiraukan latar belakang dan kandungan produk yang diambil. Selamatkah? Ada kesan sampingan kah? Berbaloi kah?

Tak berbaloi tau kalau nyawa dan kesihatan jadi taruhan.

So..hari ni saya nak share satu set kurus yang ditawarkan Shaklee. Tau je la kan kalau Shaklee. Tak main la produk cikai tak tentu hala.konfem kualiti tip top.
Set kurus ni ikut kemampuan la. Tapi paling bajet kita tawarkan:

SET BAJET:
1. Alfalfa / Herblax
2. Lecithin

SET ASAS:
1. Alfalfa/ Herblax
2. Lecithin /Omega Guard
3. ESP/ Chinch Shake

SET PREMIUM
1. Set asas
2. Vivix

Sempena promosi bulan ni, hari ni saya nak fokus kepada Set Bajet.

1. ALFALFA



Alfalfa ni sejenis tumbuhan herba yang dikatakan raja segala herba.
Kelas gitu..sebab akarnya boleh memanjang jauh hingga 6 m ke dalam tanah untuk dapatkan lebih banyak mineral dan khasiat yang baik.

So, kita yang makan alfalfa ni dapatla khasiat tersebut.

Tak sama tau alfalfa Shaklee dengan yang lain kerana alfalfa Shaklee dituai selepas 2 tahun iaitu pada tempoh matang.

Kelebihan Alfalfa ni dalam set kurus adalah ia mempungai saponin yang bertindak macam span untuk serap kolestrol dalam badan serta detoks darah.

Ia juga bantu bersihkan usus dan bantu buang angin dalam badan.

2. Herblax

Dalam Herblax ni ada banyak herba dan salah satunya ialah daun senna yang sangat sinonim dengan petua nak turunkan berat badan.

Herblax ni detoks usus, bantu atasi masalah sembelit dan jika konsisten boleh inchloss gitu.

3. Lecithin dan Omega Guard





Si pemecah lemak yang bantu tubuh untuk emulsifi lemak dalam badan. Jadi, jika kita bersenam sket ja mudah sangat lemak dalam badan terbakar.

Metabolisme badan juga bertambah disamping mengurangkan kolestrol dalam badan.

4. ESP dan Chinch Shake



Tak mau ya badan dah kurus tapi menggeleber..buruk naww..so disini peranan 2 produk ni untuk bantu badan bina otot menggantikan lemak supaya badan kekal fit walau sudah inchloss.

Dan paling best, dahla kurus, kulit makin cantik jika konsisten.

5. Vivix



Supplemen paling awesome dalam Shaklee. Vivix bantu membaiki kerosakan yang berlaku peringkat dalam sel dan mampu memberi tenaga kepada sel.

Ramai mengaku berat badan berkurang sejak amalkan Vivix.




Harga Retail: RM

Harga Diskaun Saya: RM  (Anda Jimat RM )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Bebas Cyst dengan Vivix

PERKONGSIAN: BEBAS CYST DENGAN VIVIX




Hari ini terpanggil untuk berkongsi cerita yang dikongsikan dalam group besar Shaklee saya.

Kisah seorang anak yang risaukan ibunya yang mengalami cyst.

====================================================================
CikNa Tak berkira belikan Vivix untuk maknya sebab hatinya cuma ingin lihat maknya sihat 

Pada 22/12/16 mak ada appoinment mak dengan doktor

Dua bulan lepas mak CikNa disahkan Cyst sebesar 5cm, doktor ingin buat surat refer hospital untuk buat operation sebabnya doktor kata sudah tahap bahaya sebab takut ianya merebak ke Ovari lain.

Mak cakap dengan doktor saya nak tangguh. Mak selalu mengadu sakit apabila kedatangan haid, rasa perut merengat-rengat lain dari yang lain hingga tidak sedar rupanya ia adalah Cyst yang sudah lama bertapak dalam tu!!! 

Allah, kesiannya mak syurgaku ini . Hati anak mana yang sanggup melihat mak dan ayahnya tak sihat ke, sakit ke

Luluh jantung CikNa bila memikirkan sebelum ni apa yang mak tanggung. Kalau dahulu mak dan ayah CikNa sanggup buat apa sahaja untuk anak-anaknya, kali ini sebagai anak CikNa membalas semula. Bila tahu mak CikNa ada cyst, tanpa berlengah, terus CikNa belikan mak vivix.

Yess!!! CikNa belikan vivix untuk mak hasil simpanan duit CikNa sendiri masa tu.Tak pikir apa-apa pun masa tu, walaupun harganya agak mewah, TAPI lagi mahal nilai kesihatan mak dan ayah. Cukuplah mata melihat mak dan ayah CikNa sihat, cukup lah melihat mereka tersenyum indah . Mereka jauh dari CikNa, dan jauh dari keluarga.

Mereka yang mengajar CikNa dan adik-adik belajar A,B,C, membaca semua. Kebahagian kita yang sekarang kerana adanya doa mak dan ayah kita selama ini.

Tarikh keramat 22/12/16 pada hari inilaj tarikh penting buat CikNa, syukur padamu Ya Allah 
Doktor sahkan yang mak tak perlu lagi ambil ubat hospital, itu petanda yang baik. Sujud syukur pada mu Ya Allah. Engkau la Maha Penyayang. CikNa selalu pesan dekat mak, mak buat solat hajat selalu sebelum dan semasa makan VIVIX ni.

Allah bantu, sebab Allah tahu kita usaha ,bukan duduk meredhakan diri sahaja.

Bantulah keluarga, sayangi mereka

====================================================================

Kenapa Vivix?


Vivix merupakan produk Shaklee yang mengandungi bahan aktif resveratrol dan poliphenol yang merupakan bahan penting dalam membaiki dan mencegah sel dari kerosakan radikal bebas. 

Kerna itu dikatakan Vivix mempunyai antioksidan tinggi. 

Testimoni :


* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak). 

Berhenti Bela Toksin!

Toksin vs Detoks


Kenapa dalam Shaklee ditekankan Detoks? 

Jom baca perkongsian ini. 

BERHENTI BELA TOKSIN!

Macamana nak buang toksin? Kita DETOX ! 

Detox adalah cara kita bantu tubuh kita untuk mengeluarkan toksin. Bagaimana?

1. Kurangkan makanan berat dan terproses

2. Kurangkan kuantiti makanan

3. Bekalkan nutrien yang betul untuk organ detox kita berfungsi dengan baik.

Kita tak akan berjaya dalam detox jika organ detox kita tidak dipulihkan. Diet tapi usus berkerak, Hati penuh lemak. Kita tak akan sihat juga. Organ-organ ini mesti dipulihkan dan diberi nutrien yang cukup untuk bekerja dengan effisien

Organ detox yang sihat membantu kita untuk mengeluarkan toksin dari tubuh. Jadi, itu matlamat detox. Detox untuk keluarkan toksin. Dan kesan sampingan toksin banyak dalam tubuh adalah KEGEMUKAN

Sebab itu, bila kita cuba kurus dan buang lemak, tanpa buang toksin, kita tidak akan berjaya, sebab tubuh kita akan kembali menghasilkan lemak untuk simpan toksin tersebut.

Itulah yg kita kecewakan setiap kali berdiet dan kita gelarkan ini DIET YO-YO


Kenapa? 

Tubuh kita tidak akan membiarkan toksin berada di dalam darah. Ia akan meracuni sistem tubuh. Level toksin di dalam darah hendaklah rendah

Jika begitu, dimana toksin ini boleh disimpan?

Toksin ini akan tersimpan dalam lemak. Lemak akan membantu tubuh kita mengeluarkan toksin dari dalam darah. Jadi kita terselamat dari mempunyai DARAH BERACUN.

Hubungi saya untuk dapatkan produk detoks dan join program detoks. 


* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak). 


Kulit Cantik Dengan Shaklee

HADIAH KESABARAN
===================
Perkongsian hari ini saya bawakan cerita dari Puan Nor Ann Ibrahim seorang pengguna setia produk Shaklee bermula dari tahun 2013.

Beliau mempunyai masalah kulit seperti pada gambar  dibawah. Kulit berjerawat dan berparut. Memandangkan beliau berkulit cerah, jerawat kelihatan merah dan ketara.


Beliau mencuba produk Shaklee yang khas untuk kulit iaitu penjagaan luaran dan dalaman.
Sebenarnya jika kita hanya menjaga luaran sahaja ia tidak mencukupi kerana dalaman yang tidak sihat dan bertoksin, akan sentiasa menyebabkan jerawat selalu tumbuh dan kulit kelihatan kusam.

Beliau mulakan dengan menggunakan produk luaran iaitu Set Pencuci Enfuselle yang dirumus khas untuk kulit normal- berminyak.

SET PENJAGAAN KULIT ENFUSELLE

Manakala dalaman beliau konsisten mengambil:
1. Vitamin C
3. GLA
4. ESP

GLA

VITAMIN E
ESP

VITAMIN C
Selepas kulit semakin baik, beliau mula menggunakan Set Penjagaan kulit Nutriwhite.

Sebahagian Set Penjagaan Kulit Nutriwhite

Kemudian, pada tahun ini, beliau mula menambah produk Vivix dan Kolagen bagi mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit.

Vivix
Kolagen Shaklee

Nampak kan perbezaan kulit beliau dulu dan sekarang?

Lama tau beliau betsabar dan yakin dengan keberkesanan  produk Shaklee. 
So, jangan mudah terpengaruh dengan produk segera flawless, cantik dan putih kerana kita tidak tahu apa kandungan dalam produk tersebut.

Dengan Shaklee, tak perlu risau kerana motto Shaklee memang always green, always safe..maka tidak sesekali berkompromi dengan bahan kimia merbahaya.

Jom tukar kepada produk yang lebih sihat dan selamat.

Hubungi saya ye.

Nak lagi berbaloi, jom daftar ahli dengan saya.

Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).






Kisah Bell's Palsy (Lumpuh Sebelah Muka)

BELL'S PALSY (Lumpuh Sebelah Muka)


Tidak diketahui secara khusus puncanya. Ada kajian cakap ianya disebabkan jangkitan virus dan ada yang cakap disebabkan kekurangan Vitamin B. Bell's Palsy ini merupakan kegagalan saraf ke-7 di bahagian muka. Muka selalunya paralyze/LUMPUH sebelah macam orang kena strok. Tapi hanya muka sahaja yang paralyze tetapi tubuh badan lain ok.

Penyebab dari Bell's Palsy belum diketahui secara pasti, namun beberapa sumber menyebut bahawa penyebab Bell's Palsy adalah proses keradangan saraf yang mengawal otot-otot di muka. Ada pula yang berkata bahawa penyakit saraf ini merupakan dari jangkitan virus. Bell's palsy terjadi kepada semua peringkat umur baik lelaki atau perempuan. 

Apakah Contoh Gejala atau Petanda Bell's Palsy?

Gejala/ Petanda penyakit ini selalunya bermula secara tiba-tiba, daripada biasa kepada teruk. Gejala-gejala ini termasuk:

1.Perubahan dan luahan muka (contohnya mengerenyot muka)
2.Kesukaran ketika makan dan minum
3.Melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka
4.Kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
5.Mata atau mulut yang kering
6.Rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke sebelah satu lagi
7.Kelumpuhan muka pada satu bahagian yang menyukarkan untuk menutup satu mata
8.Sakit kepala
9.Kehilangan deria rasa
10.Sakit di belakang atau di depan telinga
11.Kepekaan kepada bunyi terjejas pada bahagian yang terkena penyakit
12.Rasa lemah di muka

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU ANDA?



Salah satu supplement yang boleh membantu secara keseluruhan kesihatan ialah VIVIX. 

Vivix ini terbukti secara klinikal dan merupakan LANDSMARK STUDY II selepas LANDMARK STUDY I iaitu Vitalea oleh pihak Shaklee. 

Vivix ini sangat popular dalam membantu pelbagai penyakit yang memerlukan rawatan MAHAL seperti penyakit :

-JANTUNG, DIABETIS / KENCING MANIS, DARAH TINGGI, KANSER dan macam-macam. 

JOM BACA PERKONGSIAN FAIZA SUHADA BERKENAAN BELL'S PALSY


"alhamdullilah
2 oct 2015
Saya bangun sebelah muka da jatuh
Xbole senyum
Mata x bole tutup
Air mata mengalir macam menangis
Sakit
Rasa tegang je
Dr sahkan saya diserang bellpalsy
Bukan STROKE
tapi kelemahan sebelah otot muke
Saya di steroid
Punca UNKNOWN
Tapi maybe sebab saya menyusukan dan baru lepas bersalin
Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu..
Consume
1. SPECIAL DOSE vivix
2.Omega guard
3.Bcomplex
4.Vitamin E
dgn extreme
Saya juga menjalani fisioterapi
Alhamdullilah selepas 90hari
Saya diberi kesempatan SENYUM kembali
Share la..
Saya izinkan
Kalau ade ahli keluarga / sahabat handai yg mengalami berikan support
Ia bukan mudah seperti dijangka
Saya dan sahabat #bellpalsy sahaja yg tahu apa yg kami rasa..
Actually its more to self confidence / esteem
Tapi serius is MANIS untuk diingati
Dalam calender kehidupan
Hadiah dari Allah
Harap ia menghapus dosa2"

Nukilan ikhlas daripada Faiza Suhada... Terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi testimoni ini. Semoga beliau diberikan kesihatan lebih baik.. Aminnn... semoga perkongsian ini membantu anda di luar sana. InsyaAllah. Paling penting IKHTIAR, selebihnya kita serahkan segalanya kepada Allah

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Penyakit Endometriosis

Gambar: Pembedahan Endometriosis

Penyakit Endometriosis

Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain. 

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?


Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.


Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim? 



Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. 


Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. 

Apakah tanda-tanda atau gangguan? 

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang.Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid.Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis.Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian. 

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul? 

Sebenarnya ada beberapa penjelasan.Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.Kedua mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. 

Keguguran

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali. 

Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid. 

Pengesahan penyakit endometriosis. 

Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Rawatan penyakit endometriosis 

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini. 

Pembedahan untuk membuang endometriosis 

Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis. 

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali. 

Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini. 

Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan. Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali. Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.

Bolehkah penyakit berulang? 

Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.

Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.

Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.

Pembedahan buang rahim (hysterectomy) 

Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.

Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.

Rumusan 

Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur. Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Produk Shaklee yang disyorkan untuk membantu melengkapkan nutrisi pemakanan bagi pesakit ini ialah:


1. Vivix- mengandungi antioksidan tinggi yang sangat baik untuk melindungi sel-sel.
2. B kompleks-  mengurangkan stress kerana stress tidak baik untuk sel -sel.
3. Vitamin C- meningkatkan sistem imun.
4. GLA- menyeimbangkan hormon wanita.


Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).



Berminat? Hubungi saya segera :

Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)

Email : pnacuina@gmail.com

Fb : Duniaku Sihat