OVARIAN CYST SEMASA HAMIL

OVARIAN CYST SEMASA HAMIL


Biasa kita dengar sukar hamil jika ada cyst. Bagaimana pula kalau sedang hamil tapi baru tau ada cyst? Cyst yang muncul semasa kehamilan...mana-mana wanita pun tak nak benda ini 'hidup' dalam badan. Ada kajian menunjukkan 75% wanita akan mengalami cyst dalam seumur hidup mereka. 

Apa itu Ovarian Cyst?


Ovarian Cyst merupakan kantung yang mengandungi cecair yang berlaku dalam satu atau kedua-dua ovari. Ovari ada dua organ yang berbentuk kacang dan mengeluarkan telur.

Kebiasaan wanita mengalami Ovarian cysts dan kebanyakannya tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan melainkan cyst tersebut besar atau mengakibatkan gejala yang kronik. Jika satu ovarian cyst didapati semasa kehamilan, ia biasanya tidak menyebabkan anda atau bayi anda menghadapi sebarang masalah.

Ada dua jenis ovarian cysts yang biasa ditemui iaitu :

1. Follicular cysts

Ovari mengeluarkan telur setiap bulan iaitu semasa proses kitaran haid. Pada setiap kitaran, beberapa kantung-kantung mengandungi telur mula matang. Setiap folikel dipenuhi dengan bendalir yang memelihara telur. Folikel terbesar meledak dan mengeluarkan telur dan dipanggil proses pengovulan. Follicular cysts akan terbentuk apabila telur tidak dikeluarkan, atau folikel meledak tetapi tidak keluar dari ovari dan ia terus mengisi ovari dengan bendalir. Jika ini berlaku, bendalir terus berkembang dan Follicular cysts terbentuk. Cyst seperti ini biasanya bersaiz kecil tetapi boleh tumbuh sehingga 5cm (2in) atau 6cm (2.4in).

2. Luteal cysts

Luteal cysts adalah ovarian cyst yang biasa didiagnos oleh doktor. Berlaku sekiranya folikel berjaya pecah , dan telur telah dibebaskan tetapi bekas kosong (corpus luteum) ditinggalkan. Kadang-kala ia berisi dengan bendalir atau darah dan boleh berkembang kepada 6cm (2.4 in). Luteal cysts mengambil masa beberapa bulan sebelum menghilang dan tidak memerlukan rawatan, tetapi ada juga kes Luteal cysts pecah, dan menyebabkan pendarahan dalam perut anda.


Gejala dan rawatan cyst

Cyst boleh bertahan lebih lama dan terus bercambah tanpa disedari. Antara gejala cyst seperti berikut :
  1. Kesakitan dalam perut atau pinggul.
  2. Perut kembung atau bengkak.
  3. Rasa tekanan di bahagian usus atau pundi.
  4. Ketidakselesaan usus, atau kerap membuang air kecil.
Jika anda mempunyai cyst semasa mengandung, anda akan menjalani imbasan ultrabunyi tambahan untuk mengawasi perkembangan cyst semasa kehamilan.

Jika cyst terus berkembang atau ianya menyebabkan banyak gejala kesakitan, anda memerlukan nasihat dan pemeriksaan lanjut doktor. Kebanyakkan doktor akan menunggu sehingga kehamilan pada trimester kedua sebelum membuang sista kerana pembedahan di awal kehamilan mungkin meningkatkan risiko keguguran.

Bagi sesetengah kes, cyst boleh menjadi berpintal @ twisted (torsion). Jika ini berlaku, anda mungkin sangat tidak sihat , dan ovari boleh mengalami kerosakan. Anda akan dinasihatkan menjalani pembedahan membuang cyst tanpa mengira peringkat kehamilan pada tahap tersebut.

Cyst di awal kehamilan boleh dibuang menggunakan pembedahan 'Keyhole Surgery' (laparoscopy). Bagaimanapun, jika cyst bersaiz besar atau di akhir kehamilan, doktor anda akan membuat satu potongan pada perut anda atau laparotomy.

Pengambilan GLA Complex dari sekarang dapat mengurangkan risiko terkena cyst untuk wanita yang belum hamil kerana ianya dapat menstabilkan hormon. Untuk yang hamil pula, anda dinasihatkan mengambil Vitamin C dan Omega. Bukan je untuk mengecutkan cyst malah mencegah langsung dari membiak. GLA Complex akan bertindak untuk membetulkan kitaran hormon anda. EPO saja tak cukup sebab GLA Complex ada 3x lebih baik daripada EPO. Pilihlah mencegah dan jangan abaikan pesanan ini sebab bila penyakit dah 'hinggap', sakitnya tidak terhingga. 



* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Kredit/Sumber: Pakar obstetrik dan Pakar sakit puan BabyCentre (Hamed Al-Taher)

Kulit Cantik Dengan Shaklee

HADIAH KESABARAN
===================
Perkongsian hari ini saya bawakan cerita dari Puan Nor Ann Ibrahim seorang pengguna setia produk Shaklee bermula dari tahun 2013.

Beliau mempunyai masalah kulit seperti pada gambar  dibawah. Kulit berjerawat dan berparut. Memandangkan beliau berkulit cerah, jerawat kelihatan merah dan ketara.


Beliau mencuba produk Shaklee yang khas untuk kulit iaitu penjagaan luaran dan dalaman.
Sebenarnya jika kita hanya menjaga luaran sahaja ia tidak mencukupi kerana dalaman yang tidak sihat dan bertoksin, akan sentiasa menyebabkan jerawat selalu tumbuh dan kulit kelihatan kusam.

Beliau mulakan dengan menggunakan produk luaran iaitu Set Pencuci Enfuselle yang dirumus khas untuk kulit normal- berminyak.

SET PENJAGAAN KULIT ENFUSELLE

Manakala dalaman beliau konsisten mengambil:
1. Vitamin C
3. GLA
4. ESP

GLA

VITAMIN E
ESP

VITAMIN C
Selepas kulit semakin baik, beliau mula menggunakan Set Penjagaan kulit Nutriwhite.

Sebahagian Set Penjagaan Kulit Nutriwhite

Kemudian, pada tahun ini, beliau mula menambah produk Vivix dan Kolagen bagi mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit.

Vivix
Kolagen Shaklee

Nampak kan perbezaan kulit beliau dulu dan sekarang?

Lama tau beliau betsabar dan yakin dengan keberkesanan  produk Shaklee. 
So, jangan mudah terpengaruh dengan produk segera flawless, cantik dan putih kerana kita tidak tahu apa kandungan dalam produk tersebut.

Dengan Shaklee, tak perlu risau kerana motto Shaklee memang always green, always safe..maka tidak sesekali berkompromi dengan bahan kimia merbahaya.

Jom tukar kepada produk yang lebih sihat dan selamat.

Hubungi saya ye.

Nak lagi berbaloi, jom daftar ahli dengan saya.

Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).






Cegah Cyst dan Fibroid

SET CYST DAN FIBROID

Gambar: Contoh Cyst 


Contoh Fibroid pada rahim
Gambar: Contoh Fibroid pada rahim 

Sekarang ni..kita kerap sangat dengar pasal Cyst dan fibroid kan..

Kalau dulu, jarang-jarang..malah first time saya dengar mengenai cyst adalah pada tahun 2008..sebab kena pada diri sendiri.

Masa tu, membayangkan satu penyakit yang amat merbahaya dan setaraf kanser..jahil sangat masa tu..lagipun tak pernah dengar orang terdekat ada cyst dan juga fibroid..sesuatu yang asing..

Nah..sekarang..sana sini ada cyst dan fibroid..kenapa ek..

Selain amalan pemakanan yang tidak sihat, hormon yang tidak seimbang ( juga boleh datang dari pemakanan), kehidupan yang stress juga punca kepada masalah ini dan ada juga yang tidak diketahui punca seperti endometriosis.

Saya dulu dapat cyst tapi berpunca dari endometriosis. sebab kalau ikutkan Dr Hamid, orang yang ada fibroid dan cyst ni..selalu makan makanan yang tidak sihat dan tidak makan sayur..saya bukan kategori itu..saya pada masa itu dan sebelumnya..seorang yang kaki sayur dan ulam serta tidak gemar fast food serta junk food...tapi still kena juga..so..takdir la..

Jadi..kengkawan..mana yang masih selamat..sedang menghadapi atau pernah lalui..kita tidak selamat 100%. Langkah pencegahan itu perlu..atleast ikhtiar kan.

So..macam saya..doktor sahkan saya akan dapat semula endometriosis dan membawa maksud akan kena lagi la ovarian cyst selagi ada hormon estrogen..tapi sehingga kini, alhamulillah setelah 8 tahun..saya masih selamat dan telah punyai 2 orang anak walau doktor menyatakan saya sukar untuk hamil.

Kuasa Allah mengatasi segalanya..yang penting berusaha dan tidak putus asa.

Dengan lambakan makanan yang tidak sihat, cepat, sedap, mengandungi banyak trans fat yang sangat bahaya sebenarnya..sangat perlu kita sediakan diri kita dengan supplemen yang selamat sebagai back up..

Antara supplemen yang disyorkan adalah:

  1. GLA- bantu imbang hormon dalam badan.
  2. Vitamin A, C dan E- bertindak sebagai antioksidan untuk hapuskan radikal bebas yang merosakkan fungsi sel.
  3. Vivix- antioksidan yang membaiki sel pada tahap DNA.


Maka, bertindak segera jika sayangkan tubuh kita.

Kalau dah kena..kos dan risiko lebih tinggi berbanding pencegahan.

Lebih baik melabur untuk kesihatan kerana harta yang paling bernilai adalah diri kita.

Jom ikhtiar dengan set ini.

Hubungi saya ye.

Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


KEKAL POSITIF DIKALA MENOPOUSE


KEKAL POSITIF DIKALA MENOPOUSE

-----------------------------------------------------------

Perkataan menopouse boleh jadi satu perkataan yang seram walaupun ia adalah hakikat.

Kena set dalam minda, itu adalah proses kehidupan bagi seorang wanita.

Barulah penerimaan kepada menopouse tu lebih baik.

Bila lebih baik, ia akan kurang stress dan semua kesan akibat menopouse dapat di tangani dengan baik.

.

Nak tak nak kena terima hakikat apabila menopouse, hormon wanita akan berkurang.

Bila hormon terjejas, akam ada beberapa perkara lain juga mendapat kesan.

Seperti:

1. Kulit mengendur

2. Tulang mula merosot

3. Kekeringan pada anggota sukit

4. Moody

5. Keguguran rambut lebih ketara

6. Rabun dll.


Perkara diatas bukanlah satu masalah besar jika kita mula menjaga diri kita dari awal.

Maksudnya kena ada persediaan awal fizikal selain mental.

Sbb bila ada perubahan pd fizikal, sedikit sebanyak akan beri kesan kpd mental.

.

Jadi, ada beberapa perkara yg boleh dipertimbangkan oleh wanita yg bakal atau sedang hadapi menopouse iaitu :


1. Penjagaan makanan

===================

- banyakkan pengambilan makanan yg semulajadi dan yg mampu back up masalah yg timbul akibat menopouse.

Contoh: jika sebelum ni tidak pernah ambil susu, mesti usahakan dapatkan nutrisi kalsium.

- jika dibimbangi tidak mampu dpt semua nutrisi dr makanan, boleh back up dgn supplemen yg selamat.


Contoh: 

1. GLA- untuk rawat masalah hormon.sangat sesuai utk wanita.

2. OSTEMATRIK- Bekalkan kalsium dan mineral yg diperlukan badan.

3. BKOMPLEKS- Elakkan stress

4. ESP-bekalkan protein mencukupi agar sel-sel badan dpt dibaiki dan dibina dgn baik.

5. Carotomax- vitamin A baik untuk mata

6. Kolagen- mengurangkan gejala kekenduran pd kulit dll.

GLA


2. Bersenam yg ringan

====================

- darah dapat mengalir dengan lancar.

-tingkatkan metabolisme badan.


3. Kurangkan stress

=================

-stress mampu merosakkan sel badan 


4. Banyakkan ibadat

================

- makin dekat dgn pencipta, makin bahagia kita. Org yg bahagia, hatinya tenang.Hati yg tenang, kesihatan akan jd lebih baik.

.

Semoga kita dapat hadapi hari tua dengan indah, dengan sihat dan bermakna.

Mari tingkatkan kesihatan dengan supplemen yang baik.


#pengedarsahshaklee

#jomsihat

#CodPuchong

#shaklee


📱013-2783475

📱013-2783475


www.duniakusihat.com

Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).






Penyakit Endometriosis

Gambar: Pembedahan Endometriosis

Penyakit Endometriosis

Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain. 

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?


Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.


Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim? 



Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. 


Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. 

Apakah tanda-tanda atau gangguan? 

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang.Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid.Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis.Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian. 

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul? 

Sebenarnya ada beberapa penjelasan.Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.Kedua mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. 

Keguguran

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali. 

Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid. 

Pengesahan penyakit endometriosis. 

Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Rawatan penyakit endometriosis 

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini. 

Pembedahan untuk membuang endometriosis 

Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis. 

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali. 

Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini. 

Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan. Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali. Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.

Bolehkah penyakit berulang? 

Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.

Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.

Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.

Pembedahan buang rahim (hysterectomy) 

Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.

Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.

Rumusan 

Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur. Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Produk Shaklee yang disyorkan untuk membantu melengkapkan nutrisi pemakanan bagi pesakit ini ialah:


1. Vivix- mengandungi antioksidan tinggi yang sangat baik untuk melindungi sel-sel.
2. B kompleks-  mengurangkan stress kerana stress tidak baik untuk sel -sel.
3. Vitamin C- meningkatkan sistem imun.
4. GLA- menyeimbangkan hormon wanita.


Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).



Berminat? Hubungi saya segera :

Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)

Email : pnacuina@gmail.com

Fb : Duniaku Sihat

Tips Atasi Senggugut

Senggugut 


Setiap bulan mesti kena lalui perkara yang sama..berdebar-debar je tunggu tarikh nak period kan. Ada orang sampai kena MC, dah menganggu prestasi kerja dan mood kan.
Selepas anda gunakan semua tips ini, andai masih teruk senggugut, langkah terbaik adalah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui samada anda mungkin ada masalah dengan sistem pembiakan.

Disini ada beberapa tips yang hopefully boleh membantu anda atasi senggugut.

1. Mandi Air Panas ( Suam)

Air panas membantu melancarkan perjalanan darah dan akan buat anda berasa lebih selesa. Jangan pulak terlalu panas..cukup sekadar suam.

2. Tungku

Guna tungku yg ibu bersalin adalah terbaik tetapi andai tiada, anda boleh isikan air panas dalam botol plastik, golek-golekkan botol plastik tu pada bahagian perut sehingga rasa selesa. Kalau sangat panas, anda boleh balut botol tersebut dengan kain seperti tungku biasa.

3. Supplemen

Terdapat supplemen yang boleh membantu anda atasi rasa tidak selesa semasa haid iaitu GLA.

Apakah keistimewaan GLA Shaklee ini?

GLA Shaklee
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.  Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini jika diambil secara konsisten, ia amat bagus untuk tekstur kulit  dan akan menjadikan kulit lebih berseri.

Kebaikan GLA COmplex Shaklee :


· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 


Siapa yang boleh ambil GLA?

GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah
1.  jerawat 
2. menstrual,
3. Sindrom monopause 
4. darah tinggi 
5. kencing manis

Ada bonus kalau beli GLA ni sebab dia ada vitamin E yang asli. 


Testimoni

Testimoni 1

Testimoni 2



Harga Retail: RM 96.73

Harga Diskaun Saya: RM   (Anda Jimat RM )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Berminat? Hubungi saya segera :
Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)
Email : pnacuina@gmail.com
Fb : Duniaku Sihat

Testimoni Saya : GLA

Shaklee Efek : GLA


1. Sejak melahirkan anak kedua, period saya memang tidak teratur. kadang-kadang sampai 56 hari kitar haid dan ada yang 30 hari. Jadi susah untuk kita merancang samada ingin mengandung atau tidak. tetapi saya perasan (kuasa Allah, GLA sebagai asbab) sejak saya consume GLA dengan konsisten, setakat ini period saya back to normal iaitu 28 hari. Alhamdulillah.

2. Baru-baru ni juga saya buat pemeriksaan ultrasound untuk tengok samada saya ada cyst atau tidak (saya pernah ada cyst dan dr memberitahu ia akan berulang), Alhamdulillah saya clear. Berkenaan cyst sebenarnya semua wanita ada, cuma samada dia akan membesar atau mengecil sahaja. Untuk orang seperti saya, pemeriksaan kesihatan wajib dibuat setahun sekali.
                                              



Harga Retail: RM96.73

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Berminat? Hubungi saya segera :
Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)
Email : pnacuina@gmail.com
Fb : Duniaku Sihat