9 KAEDAH BERKESAN MENGHILANGKAN LEMAK VISERAL YANG DEGIL


9 KAEDAH BERKESAN MENGHILANGKAN LEMAK VISERAL YANG DEGIL.

( lemak visceral adalah lemak yang menyelaputi organ)


Nampak kan..gambar di atas..
Itulah yang berlaku kepada organ dalaman kita jika lemak visceral terlalu tinggi.

Lemak memang perlu untuk selaputi organ dalaman, tetapi jika terlalu banyak lemak, ia boleh memudaratkan. Ia juga mengundang pelbagai penyakit merbahaya seperi sakit jantung, tekanan darah tinggi.

Jadi, berikut adalah beberapa langkah untuk menjaga kesihatan kita agar lemak visceral tidak melebihi sepatutnya.

1. Jangan Berhenti Bergerak

Terdapat satu perkara menyeronokkan mengenai lemak viseral: Ia mudah hilang melalui senaman aerobik. 

Hilangkan kalori melalui berlari, berbasikal, berenang – semua jenis aktiviti yang meningkatkan kadar degupan jantung – lebih berkesan berbanding latihan rintangan dalam mengurangkan lemak jenis ini.

 Kajian terbaru daripada Duke menemui jalan penyelesaian: Berlari perlahan sejauh 12 batu seminggu.

2. Makan makanan berprotein dengan konsisten

Sebab utama mengapa protein memainkan peranan penting dalam pemakanan adalah: “Badan kita akan menghasilkan lebih banyak insulin dengan penambahan usia disebabkan sel-sel lemak dan otot tidak bertindak balas dengan betul”, kata Louis Aronne, MD, Pengarah Obesity Clinic di Cornell. 

Untuk pengetahuan anda, insulin menggalakkan penyimpanan lemak, terutamanya di bahagian perut (yippee!). 

Menurut Aronne lagi, diet tinggi protein dapat melindungi badan kita daripada kesan insulin. 

Dalam satu kajian, wanita obes yang mengamalkan diet 30% protein, 40% karbohidrat dan 30% lemak selama 8 minggu kehilangan lebih lemak – termasuk lemak viseral – berbanding wanita yang mengamalkan rancangan diet 16% protein, 55% karbohidrat dan 26% lemak.

Anda boleh Makan makanan berprotein seperti ikan dan ayam atau gantian ESP Shaklee atau CINCH SHAKE MIX

ESP
CHINCH SHAKE SHAKLEE

3. Lebihkan pengambilan lemak poli tidak tepu

Menurut kajian di Sweden yang diterbitkan Februari lalu, lemak tepu mengandungi lebih lemak viseral berbanding lemak poli tidak tepu. 

Dalam kajian tersebut, subjek perlu mengambil lebih 750 kalori sehari dalam masa seminggu, sama ada dalam bentuk minyak kelapa sawit (lemak tepu) atau minyak bunga matahari (lemak poli tidak tepu), subjek yang mengambil lemak tepu memperoleh lebih lemak viseral manakala subjek yang mengambil lemak poli tidak tepu memperoleh lebih jisim otot dan kurang lemak. 

Dengan ini anda tahu yang mana lebih baik: lemak poli tidak tepu boleh diperolehi dari kekacang, bijian dan ikan.

OMEGA GUARD DARI MINYAK IKAN BERKUALITI TINGGI

4. Muncungkan mulut anda

Menurut kajian di Jepun pada tahun 2009, seseorang dengan berat badan berlebihan yang mengamalkan pengambilan cuka sebanyak satu atau dua sudu sehari selama lapan minggu akan menunjukkan penurunan lemak dalam badan yang ketara, terutamanya lemak viseral. 

“Terdapat satu teori menyatakan bahawa asid asetik dalam cuka menghasilkan protein yang membakar lemak,” kata Pamela Peeke, professor bahagian perubatan di Universiti Maryland dan juga penulis buku Fight Fat After 40.

~Pengambilan cuka seperti cuka epal atau cuka kurma

5. Amalkan Yoga untuk mengurangkan berat badan

Dalam kajian yang dijalankan pada tahun 2012, wanita menopaus yang mengamalkan yoga selama 16 minggu menunjukkan penurunan lemak viseral yang ketara.

 Jika anda tidak menyukai gerakan yoga, lakukan senaman santai, walaupun hanya dengan tarik nafas secara mendalam juga dapat membantu – tujuan utamanya ialah untuk mengurangkan paras hormon tekanan kortisol, yang berkait rapat dengan lemak pada perut.

6. Jaga tidur anda

Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2010 oleh Universiti Wake Forest, tidur kurang dari 5 jam pada setiap malam akan meningkatkan paras lemak viseral. 

Seperti yang anda tahu, 8 jam adalah tempoh tidur yang disyorkan.

7.Jangan tidur lewat pada hari minggu

Menurut kajian terbaru dari Univeristi Brigham Young wanita yang bangun dan tidur pada masa yang sama setiap hari mempunyai paras lemak dalam badan yang rendah. 

Masa tidur yang tidak teratur akan mengakibatkan jam biologi menjadi huru-hara, mengakibatkan badan merembeskan hormon penyimpan lemak seperti kortisol.

8. Jadilah seorang pencinta teh

Teh hijau kaya dengan anti-oksidan yang dikenali sebagai katekin, seseorang yang mengamalkan minum teh hijau lebih cenderung untuk kehilangan lemak pada abdomen semasa bersenam berbanding dengan seseorang yang tidak meminumnya. 

Satu kajian mensyorkan pengambilan sebanyak 625 mg sehari, bersamaan dengan dua atau tiga cawan lapan auns teh hijau.

Contoh green Tea yang baik boleh diamalkan ialh CINCH TEA MIX


9. Jadi lebih cerewet dengan fiber

Pastikan anda makan lebih fiber. Dalam percubaan yang dilakukan pada tahun 2011, kandungan lemak viseral berkurangan sebanyak 3.7% selepas lima tahun bagi seseorang yang meningkatkan pengambilan serat larut sebanyak 10 gram sehari (bersamaan dengan 2 epal bersaiz kecil, satu cawan kacang pea, satu setengah cawan kacang pinto)

Pastikan korang lakukan langkah2 diatas tuk hilangkan lemak viseral yg degil tu..pada masa yang sama pengambilan Lecithin juga membantu mempercepatkan penyingkiran lemak viseral.


Berita Baik!!!!!!

Lecithin ada promosi bulan ni.

Cepat ambil peluang sebelum kehabisan.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Harga Retail: RM

Harga Diskaun Saya: RM  (Anda Jimat RM )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Penafian! Segala maklumat mengenai produk di blog ini bukanlah bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...