Home » » Ketahui 25 Kebaikan Vitamin C

Ketahui 25 Kebaikan Vitamin C

VITAMIN C


Selama ni dok ambik ja vitamin C, tapi tahu tak banyak kebaikan Vitamin C ni.

Jom kita baca apa kebaikan Vitamin C kepada tubuh kita.

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan
  • melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. 
  • meningkatkan keupayaan badan merawat luka 
  • memelihara badan dari bakteria, virus dan jangkitan.
  • Membina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. 
2. Demam Biasa
  • mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. 
  • mengawal alergi yang menyebabkan demam. 
3. Anti-oksida
  • melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". 
4. Tekanan Darah Tinggi
  • boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.
5. Saluran Darah
  • memastikan saluran darah mengembang dengan baik dan menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.
6. Keracunan plumbum. 
  • mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak 
7. Untuk Kurus
  • membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. 
  • makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.
8. Tekanan
  • membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.
9. Katarak
  • Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.
10. Barah
  • boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah
  • Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.
11. Tenaga.
  • Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.
12. Sakit Jantung
  • menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.
13. Diabetes
  • mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. 
14. Asma
  • Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.
15. Perlindungan dari matahari
  • Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.
  • Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.
16. Penghasilan Kolagen
  • Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.
  • Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.
17. Penyembuhan Luka
  • Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.
18. Melindungi dari perubahan warna kulit
  • Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).
  • Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.
19. Memperbaiki tekstur kulit.
  • Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. 
  • Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.
20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
  • Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang
  • Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.
  • banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.
21. Melawan Kelemumur
  • membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.
22. Mengurangkan Keguguran Rambut.
  • melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.
23. Rambut yang lebat
  • membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah Dan penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.
24. Melawan Masalah Rambut
  • Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.
25. Mengelak dari Uban
  • Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut
Kalau nak Terbaik...ambil la Vitamin C sustained Release Shaklee kerana ia mampu membekalkan Vitamin C selama 5 jam bagi setiap tablet.

Badan kita tak mampu tau nak hasilkan Vitamin C sendiri, memang kena ambil dari luar.

Dalam masa yang sama, badan kita hanya menyerap sedikit sahaja maka, cari lah Vitamin C yang sustained release macam Shaklee punya ni.

Pilih lah yang selamat...berbaloi...dan berkualiti.

Hubungi saya tau untuk dapatkan Vitamin C ni.

Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).



Share artikel ini:

Penafian! Segala maklumat mengenai produk di blog ini bukanlah bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment