Gambar Hiasan |
PERKONGSIAN DR HAMID : SAAT KITA SUDAH TUA
Saya memang suka baca sharing Dr hamid kerana beliau seorang doktor berpengalaman dan berfikiran terbuka.
Kali ini saya ingin berkongsi perkongsian beliau tentang persiapan kita saat menjelang hari tua.
Umum tahu, bila kita tua, yang paling ingin kita lakukan adalah menambah amal ibadat kerana kita amat hampir dengan kematian. Kesihatan menjadi modal utama saat kita tua.
Mulakan penjagaan kesihatan bermula sekarang kerana apa yang masuk ke dalam tubuh kita memberi kesan kepada fizikal kita.
Harap semua mendapat manfaat dari perkongsian ini.
===================================================================
YA ALLAH JAUHI DAN LINDUNGI AKU DARI PENYAKIT TUA.
Diantara banyak jenis sakit tua ialah nyanyuk, dementia, alzheimer, parkinsonism dan lain2. Hilang ingatan dan nyanyuk sering mengancam warga emas. Otak mengecut dengan meningkat umor dan jika tidak diaktifkan dengan berbagai cara rangsangan.
Dalam penyakit alzheimer, Beta amyloid plaque melekat pada dinding saluran darah keotak, mengurangkan bekalan darah dan oksijen, kesannya sel2 otak musnah. Kimia2 pemancar signal letrik dalam otak, acetyl choline (Ach) juga bekurangan dalam penyakit2 ketuaan.
Penyakit angin ahmar atau stroke juga boleh merosakkan bahagian2 terpenting dalam otak, mengakibatkan gangguan fungsi2 terpenting saperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan).
Dalam umor 72 tahun saya sentiasa berdoa sambil mengamalkan langkah2 untuk menjauhi sakit tua.
1. Baca dan hafal quran tingkatan fungsi otak.
Saya amalkan baca quran walaupun beberapa ayat setiap hari. Walau pun sudah hafal beberapa surah penting, dalam bacaan kali ini saya cuba fahami makna agar dapat menghayati ajaran quran dan mengamalkannya.
Bacaan quran bertajweed dan bertaranum adalah satu kaedah mengaktifkan otak. Ia merangsang pertumbuhan sel2 otak dan meningkatkan transmissi letrik menerusi synapses.
Bacaan berulang2 meningkatkan ingatan dan hafalan dan disyorkan baca 40 kali bagi setiap ayat. Amalan ini insyaallah boleh mencegah penyakit nyanyuk.
2. Tenangkan fikiran dan atasi stress.
Tekanan mental, fizikal dan emosi yang berpanjangan mencetuskan hormon steroid, cortisol yang bolih merosakkan sel2 neuron dan stesyen pemancar letrik, synapses khususnya dikawasan hippocampus dan prefrontal lobe yang penting bagi menyimpan ingatan dan dan memperoses pemikiran.
Saya cuba mengawal stress dengan sentiasa berzikir, bertasbih dan berselawat dimana2 dan bila2 masa bila ada peluang. Juga menyedut nafas panjang melalui hidung dan menghembus nafas keluar perlahan2 melalui mulut, ulang selama 5 minit, tidak kira dimana saya duduk.
Saya juga amalkan berkebun disekitar kawasan rumah selama 30 hingga 60 minit, setakat tanam sayur dan herba. Sambil berpeluh ia juga dapat beri ketenangan kepada saya.
Ketawa dan senyum selalu untuk kurangkan stress. Jenaka cetuskan pengeluaran dopamine yang menimbulkan rasa keriangan dan ceria.
3. Terus belajar bidang baru.
Proses pembelajaran mencambahkan pertumbuhan sel2 serta meningkatkan fungsi otak, tidak kira umor dan tidak kira bidang ilmu apa pun. Untuk saya ilmu2 ugama, perubatan dan pengurusan penting saya tingkatkan setiap masa dengan membaca kitab2, buku2 dan internet.
Untuk lebih berkesan lagi pelajari bidang2 baru yang bolih mecabar otak kita saperti bertukang atau carpentering, buat lukisan atau berlajar bermain alat muzik. Jadikan ia sebagai satu hobby untuk memenuhi waktu lapang khususnya bagi mereka yang telah bersara. Malangnya saya tidak punya banyak masa lapang.
4. Terus berkerja dan berkhidmat tanpa bersara.
Kekosongan tanpa aktiviti fizikal dan mental bolih menyebabkan otak kita cepat mengecut atau atrophy. Alhamdulillah bagi saya yang self employed dan punya ilmu dan kemahiran dalam pembedahan gynecology, jadual masa saya sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda saya.
Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan tubuh badan untuk terus beri khidmat kepakaran saya kepada kaum wanita khususnya.
5. Excercise fizikal meningkatkan fungsi otak.
Amalan exercise fizikal selama 30 minit atau lebih memberi banyak kesan positif kepada fungsi otak:
Meningkatkan bekalan oksijen kepada otak; penting bagi sel2 otak untuk cegah serangan angin ahmar.
Mencetuskan pengeluaran BDNF, brain derived neurotrophic factor untuk meningkatkan fungsi otak - kognitif dan pembelajaran.
Tingkat mitochondria dan organelles pembekal tenaga untuk sel2 otak.
Saya cuba amalkan yoga untuk merawat sakit tengkuk dan pinggang. Alangkah baiknya jika kita popularkan silat sebagai satu exercise kesihatan dan pentenang minda. Yoga adalah amalan bangsa india dan taichi amalan bangsa cina.
6. Tidur yang cukup, antara 5 hingga 8 jam.
Memang telah jadi amalan saya tidur awal, 10 malam dan bangkit awal, jam 5 pagi. Dan sebelum zohor saya tidur sebentar atau power nap.
Waktu tidur aktibiti2 otak pun berehat, segala fungsi diselaras semula (reset), sel2 neuron baru tumbuh dan sambungan2 synapses diperkukuh.
Bila bangun kita dapat berfikir dengan terang kerana otak kita lebih aktif. Jika ada masa amalan exercise fizikal 30 minit sebaiknya dilakukan selepas bangun tidur untuk menghasilkan kesan rangsangan otak terbaik.
7. Omega 3 dan DHA.
Otak mengandungi 60% lemak dan darinya 25% adalah Omega3 DHA, penting bagi fungsi otak dan retina mata untuk penglihatan. Kekurangan omega 3 dan DHA terdapat pada pesakit2 ketuan termasuk alzheimer, menjadikan sel2 otak tegang dan mudah inflamasi serta rosak, juga kimia pemancar neuro berkurangan.
Sumber2 omega3 terbaik adalah dari ikan berminyak saperti salmon, tuna, mackerel, hati, otak dan minyak krill. Sumber2 omega3 dari walnut, badam, avacardo, flexseeds, peanuts juga baik.
Sekarang ini pil2 minyak ikan dan krill banyak terdapat dalam pasaran. Setiap biji pil mengandungi 1000 mg minyak ikan atau krill. Makan satu atau dua biji setiap hari. Minyak krill lebih mudah diserap dan juga mengandungi antioxidant, astaxanthine.
8. Minyak kelapa dara (VCO)
Otak mendapatkan sumber tenaga dari glucose yang memerlukan insulin. Otak menghasilkan sumber insulin sendiri. Pesakit alzheimer kekurangan insulin dalam otak, kesannya kurang sumber tenaga.
VCO mengadungi 60% medium chain triglycerides (MCT), sumber ketones yang menghasilkan tenaga.
Minum 2 sudu besar VCO setiap hari dikatakan dapat bantu pesakit alzheimer.
9. Vitamin D3.
Vitamin D memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel2 serta fungsi otak. Pesakit2 ketuaan, alzhmeir mengalami kekurangan vitamin D.
Wanita2 hamil disarankan mengambil vitamin D3 yang biasanya diadunkan bersama pil kalsium. Mungkin orang malaysia jarang mengalami kekurangan vitamin D kerana bila terdedah kepada cahaya matahari tubuh kita boleh bina vitamin D.
10. Vitamin B12.
Memainkan peranan penting dalam kesihatan dan fungsi otak serta meningkatkan ketajaman berfikir.
Kekurangan vitamin B12 menyebabkan otak mengecil dan penyakit alzhmeir.
Sumber2 utama B12 ialah daging, ayam, susu dan telor. Makanan tersebut juga mengandungi choline yang penting bagi fungsi otak.
11. Kesihatan perut dan usus.
Dianggap sebagai otak kedua kerana terdapat hubungan saraf terus ke otak melalui saraf2 vagus dan cranial nerve ke10.
Untuk menentukan kesihatan usus tentukan pemakanan yang berkhasiat dan berzat. Jauhkan junk dan processed foods, gula dan karbohaidret. Makan lebih fermented food dan probiotics.
12. Buahan dan herba2.
Terdapat banyak jenis buahan dan herba yang merangsang pertumbuhan sel2 otak, meningkatkan sambungan dan hubungan antara sel2 otak. Buah2 berries, kismis dan keroma dengan kandungan flavonoids - anthocyanins dan flavanol bertindak demikian.
Kimia pemancar letrik otak Ach bolih berkurangan akibat tindakan enjim2 terentu , akibatnya penurunan fungsi otak. Terdapat beberapa herba yang mengadungi inhibitors untuk menghalang tindakan enjim2 tersebut dan berkesan merangsang fungsi otak, barcopa, ginko baloba, rosemary, sage, mint, holy basil dan lain2.
13. Kawal penyakit yang memudahkan serangan angin ahmar.
Penyakit2 darah tinggi, kencing manis, kegemokkan dan kolesterol tinggi perlu dikawal dengan rawatan doktor pakar.
14. Rangsang otak.
Disamping pemakanan berkhasiat dan berzat, amalan exercise fizikal, kawal penyakit dan stress, makan vitamin2, supplement dan herba kita perlu merangsang dan mengaktifkan otak setiap masa dan waktu.
Musik dan lagu khususnya musik2 klassik memang telah diiktiraf sebagai satu cara meningkatkan fungsi otak disamping memberi ketenangan minda. Lebih baik kalau belajar bermain alat musik setakat untuk kegunaan sendiri.
Interaksi sosial seraya menguatkan silaturrahim melalui perbualan talipon dengan ahli2 keluarga, rakan2 sebaya, anjurkan makan bersama dengan classmates.
Pelajari satu kemahiran baru, jadikan ia satu hobi. Kita perlu membaca buku atau cari maklumat dari internet untuk tujuan begini. In satu kaedah rangsangan otak yang baik. Ada kala hasil dari hobi menjadi satu bisnes yang lumayan.
Ada beberapa permainan yang perlu kegunaan minda saperti crossword puzzle; sudoko, chess dan lain, kesannya merangsang fungsi otak.
Pergi melancung dan melawat negara2 luar dan pelajari sejarah, adat resam dan caragaya hidup bangsa2 asing. Alquran juga menggalakkan kita berjalan untuk pelajari kesan kaum2 yang ingkar.
Bagi saya menulis makalah dalam blog, website dan facebook sangat berkesan yntuk merangsang minda saya. Saya perlu buat research, cari maklumat dan baca serta buat catitan dalam buku nota saya sebelum saya hasilkan satu makalah saperti ini.
Memang telah menjadi tabiat saya untuk buat catitan dalam buku2 nota, dairi dan jernal tentang ilmu pengetahuan baru, peristiwa2 dan pengalaman. Begitu juga dalam hal2 pengurusan kewangan dan pentabiran niaga saya catitkan segala2nya dengan terperinci dalam buku nota. Ini memudahkan perancangan sesuatu projek atau program dimasa hadapan.
Semoga segala usaha saya diberkati Allah SWT. Amin.
Kredit: Dr Hamid Arshad
====================================================================
Antara supplemen yang beliau sebutkan di atas, terdapat juga di Shaklee yang sesuai dengan peranan yang ditekankan oleh beliau seperti:
1. Untuk penjagaan otak dan daya ingatan:
- Omega Guard, Lecithin, B-kompleks
2. Untuk tenaga terutama dalam sel (mitokondria):
- Vivix
3. Untuk tulang dan urat saraf
- Ostematrix dan B-kompleks
4. Untuk penjagaan usus dan perut:
- Herblax, Alfalfa dan Peppermint-ginger
5. Untuk penjagaan/ kawalan kolestrol, darah tinggi:
- Omega Guard, Lecithin, Garlic, Alfalfa
6. Sumber flavonoid
- Vitamin C
Jom hadiahkan ibu-bapa kita dengan Set Warga Emas bagi membuktikan kita sayang mereka walaupun jasa mereka memang tidak terbalas.
Semoga hadiah kecil dari kita memberi nilai di sisi Allah.
Jika berminat untuk dapatkan produk di atas, hubungi saya untuk harga istimewa.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
*Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).
0 comments:
Post a Comment