Kulit Cantik Dengan Shaklee

HADIAH KESABARAN
===================
Perkongsian hari ini saya bawakan cerita dari Puan Nor Ann Ibrahim seorang pengguna setia produk Shaklee bermula dari tahun 2013.

Beliau mempunyai masalah kulit seperti pada gambar  dibawah. Kulit berjerawat dan berparut. Memandangkan beliau berkulit cerah, jerawat kelihatan merah dan ketara.


Beliau mencuba produk Shaklee yang khas untuk kulit iaitu penjagaan luaran dan dalaman.
Sebenarnya jika kita hanya menjaga luaran sahaja ia tidak mencukupi kerana dalaman yang tidak sihat dan bertoksin, akan sentiasa menyebabkan jerawat selalu tumbuh dan kulit kelihatan kusam.

Beliau mulakan dengan menggunakan produk luaran iaitu Set Pencuci Enfuselle yang dirumus khas untuk kulit normal- berminyak.

SET PENJAGAAN KULIT ENFUSELLE

Manakala dalaman beliau konsisten mengambil:
1. Vitamin C
3. GLA
4. ESP

GLA

VITAMIN E
ESP

VITAMIN C
Selepas kulit semakin baik, beliau mula menggunakan Set Penjagaan kulit Nutriwhite.

Sebahagian Set Penjagaan Kulit Nutriwhite

Kemudian, pada tahun ini, beliau mula menambah produk Vivix dan Kolagen bagi mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit.

Vivix
Kolagen Shaklee

Nampak kan perbezaan kulit beliau dulu dan sekarang?

Lama tau beliau betsabar dan yakin dengan keberkesanan  produk Shaklee. 
So, jangan mudah terpengaruh dengan produk segera flawless, cantik dan putih kerana kita tidak tahu apa kandungan dalam produk tersebut.

Dengan Shaklee, tak perlu risau kerana motto Shaklee memang always green, always safe..maka tidak sesekali berkompromi dengan bahan kimia merbahaya.

Jom tukar kepada produk yang lebih sihat dan selamat.

Hubungi saya ye.

Nak lagi berbaloi, jom daftar ahli dengan saya.

Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).






Ketahui 25 Kebaikan Vitamin C

VITAMIN C


Selama ni dok ambik ja vitamin C, tapi tahu tak banyak kebaikan Vitamin C ni.

Jom kita baca apa kebaikan Vitamin C kepada tubuh kita.

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan
  • melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. 
  • meningkatkan keupayaan badan merawat luka 
  • memelihara badan dari bakteria, virus dan jangkitan.
  • Membina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. 
2. Demam Biasa
  • mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. 
  • mengawal alergi yang menyebabkan demam. 
3. Anti-oksida
  • melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". 
4. Tekanan Darah Tinggi
  • boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.
5. Saluran Darah
  • memastikan saluran darah mengembang dengan baik dan menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.
6. Keracunan plumbum. 
  • mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak 
7. Untuk Kurus
  • membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. 
  • makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.
8. Tekanan
  • membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.
9. Katarak
  • Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.
10. Barah
  • boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah
  • Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.
11. Tenaga.
  • Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.
12. Sakit Jantung
  • menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.
13. Diabetes
  • mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. 
14. Asma
  • Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.
15. Perlindungan dari matahari
  • Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.
  • Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.
16. Penghasilan Kolagen
  • Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.
  • Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.
17. Penyembuhan Luka
  • Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.
18. Melindungi dari perubahan warna kulit
  • Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).
  • Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.
19. Memperbaiki tekstur kulit.
  • Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. 
  • Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.
20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
  • Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang
  • Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.
  • banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.
21. Melawan Kelemumur
  • membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.
22. Mengurangkan Keguguran Rambut.
  • melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.
23. Rambut yang lebat
  • membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah Dan penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.
24. Melawan Masalah Rambut
  • Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.
25. Mengelak dari Uban
  • Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut
Kalau nak Terbaik...ambil la Vitamin C sustained Release Shaklee kerana ia mampu membekalkan Vitamin C selama 5 jam bagi setiap tablet.

Badan kita tak mampu tau nak hasilkan Vitamin C sendiri, memang kena ambil dari luar.

Dalam masa yang sama, badan kita hanya menyerap sedikit sahaja maka, cari lah Vitamin C yang sustained release macam Shaklee punya ni.

Pilih lah yang selamat...berbaloi...dan berkualiti.

Hubungi saya tau untuk dapatkan Vitamin C ni.

Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Rahsia Penjagaan Wajah Artis:Azrel

Artikel Metro Ahad : 11 Disember 2016



Hari ni terbaca artikel dalam Metro Ahad, berkenaan penjagaan wajah artis lelaki bernama Azrel.

Jangan ingat wanita sahaja yang mementingkan kecantikan, lelaki zaman sekarang juga sudah cakna dengan penjagaan kulit wajah terutama golongan artis dimana wajah merupakan aset utama mereka.

Antara tips yang diberi ialah:

1. Melakukan rawatan spa muka setiap minggi.
2. Amalkan vitamin C setiap hari.
3. Banyakkan minum air suam
4. Rajin memcuci muka
5. Menggunakan krim malam

Malu saya tau..lelaki pun guna krim malam..tercabar..patutla kulit dia cantik.à
Kita ni wanita sepatutnya kulit lebih cantik dari lelaki kerana wajah adalah tarikan pertama dan utama wanita.

Kata orang..dari mata turun ke hati..

Kalau mata pun tak berapa nak tertarik..macamana hati nak terbuka kan..

Cantik juga adalah subjektif..

Kulit yang sihat pasti akan menjadikan kulit cantik.


Vitamin C bukan sahaja mampu mencerahkan kulit, menegangkan kulit..

Ia juga bersifat kolagen.

Selain itu, pengambilan Vitamin C secara konsisten setiap hari seperti Azrel mampu mencegah badan kita dari mudah berjangkit penyakit dengan meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan.

Maklumlah..golongan artis kan sentiasa sibuk. Jadi, pengambilan supplemen memang merupakan keperluan asas untuk mengekalkan kesihatan, kecantikan dan kecergasan badan.
Jangan pulak kata, kita bukan artis nak jaga semua tu.

Eh..jangan...kita juga ada pasangan yang akan tengok wajah kita setiap hari.
Jadikan hari-hari dia sentiasa indah dengan menatap wajah kita yang cantik..


So..wajib jaga..tak mau na nanti anak kata mak dia orang tua..mak kawan-kawan dia semua muda-muda..kecik ati kan..

So, jangan dok tangguh lagi dah..

Mulakan sekarang untuk menjaga kecantikan kulit.

Hubungi saya untuk dapatkan supplemen Vitamin C na.
============================================================
Produk disyorkan untuk kecantikan kulit:
1. Vitamin C
2. Vitamin E
3. ESP
4. Kolegen
5. Vivix

Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).

Penyakit Endometriosis

Gambar: Pembedahan Endometriosis

Penyakit Endometriosis

Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain. 

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?


Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.


Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim? 



Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. 


Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. 

Apakah tanda-tanda atau gangguan? 

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang.Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid.Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis.Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian. 

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul? 

Sebenarnya ada beberapa penjelasan.Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.Kedua mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. 

Keguguran

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali. 

Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid. 

Pengesahan penyakit endometriosis. 

Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Rawatan penyakit endometriosis 

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini. 

Pembedahan untuk membuang endometriosis 

Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis. 

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali. 

Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini. 

Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan. Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali. Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.

Bolehkah penyakit berulang? 

Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.

Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.

Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.

Pembedahan buang rahim (hysterectomy) 

Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.

Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.

Rumusan 

Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur. Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Produk Shaklee yang disyorkan untuk membantu melengkapkan nutrisi pemakanan bagi pesakit ini ialah:


1. Vivix- mengandungi antioksidan tinggi yang sangat baik untuk melindungi sel-sel.
2. B kompleks-  mengurangkan stress kerana stress tidak baik untuk sel -sel.
3. Vitamin C- meningkatkan sistem imun.
4. GLA- menyeimbangkan hormon wanita.


Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).



Berminat? Hubungi saya segera :

Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)

Email : pnacuina@gmail.com

Fb : Duniaku Sihat

Set Bajet Kulit Cantik

SET BAJET UNTUK KULIT


Untuk anda yang mencari set bajet untuk kulit, disini saya tunjukkan beberapa produk yang boleh menjadikan kulit anda awesome jika anda konsisten.Dengan harga yang rendah dan boleh diguna seisi rumah, selain mendapat kulit yang cantik banyak lagi kebaikan lain dari supplemen ini.



1. ESP
  • melambatkan kesan penuaan- asid amino dalamnya penting utk membina otot, kuku, rambut, darah, kulit dll.
  • kaya dengan isoflavones bersamaan fungsi dgn hormon wanita.
  • mengurangkan kedutan 
  • mengurangkan kesan parut
  • mengembalikan radian kulit
  • membaiki pigmentasi
2. VITAMIN C
  • merangsang membentuk kolagen
  • mengelakkan kulit kering dan kasar
  • mencerahkan kulit
  • meningkatkan sistem imun
  • melambatkan penuaan
3. B KOMPLEKS

  • meredakan stress
  • menukar makanan kpd bentuk tenaga
  • mencegah anemia
  • membantu pembinaan sel-sel baru

4. VITAMIN E

  • anti penuaan
  • anti oksidan yg kuat
  • membaiki parut

Produk tambahan untuk kulit:

  • Collagen
  • Carotomax
  • Alfalfa/ herblax - detoks
  • Vivix

Bulan ni ada promosi pembelian ESP


Beli 7 dengan harga 6



Beli 2 diskaun 5%



TESTIMONI



Testimoni 1


Testimoni 2


Harga Retail: RM 445.25 satu set.


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 Sabah/Sarawak).

Berminat? Hubungi saya segera :

Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)
Email : pnacuina@gmail.com
Fb : Duniaku Sihat