Shaklee dan bayi G6PD

Newborn Screening G6PD
Newborn Screening G6PD

Vitamin Shaklee dan penghidap G6PD

Terdapat beberapa vitamin yang tidak disarankan kepada mereka yang menghidap G6PD atau menyusu bayi yang mempunyai G6PD Deficiency. Elakkan vitamin yang berasaskan herba seperti alfalfa dan berasaskan soya seperti ESP.


Ya, mungkin ada di antara anda yang minum ESP dan tiada masalah dengannya. Alhamdulillah :) Apa yang boleh dimakan bergantung kepada tahap G6PD Deficiency anda atau bayi. Rujuk doktor anda terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kekurangan G6PD yang dialami. Untuk pengetahuan anda, lebih dari 400 jenis mutasi yang berlaku dalam kes G6PD Deficiency ni. Setiap satu jenis mempunyai tindak balas yang berbeza dengan makanan dan ubatan tertentu. Ada yang sensitif dan ada yang kurang. Apa yang saya sarankan hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagi ibu yang menyusukan anak, saya cadangkan hanya ambil vitamin basic sahaja seperti vitalea, b complex, vitamin C dan ostematrix untuk membantu ibu kekal bertenaga dalam masa yang sama tidak mempengaruhi pengeluaran susu ibu.

G6PD dan Shaklee

S1 : Apakah glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD)? 

G6PD ialah sejenis enzim yang diperlukan untuk menstabilkan membran sel darah merah dengan pengaktifan (inactivation) kompoun oksidan. Jika G6PD berkurangan sel-sel merah akan menjadi rosak dan pecah (hemolisis) apabila pesakit termakan atau terdedah kepada bahan-bahan yang mempunyai ciri-ciri pengoksida. Lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia kekurangan G6PD. 

G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) juga ditakrifkan sebagai suatu enzim keturunan dalam sel darah merah manusia. Enzim G6PD melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal daripada hayat biasa. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan. 

S2 : Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit defisiensi G6PD? 

Tanda-tanda sekiranya termakan ubat atau makanan yang tidak sesuai 
  • Anak kelihatan pucat akibat sel darah merah musnah dengan lebih cepat
  • Anak mungkin mendapat kuning (jaundis) dengan serta merta
  • Air kencing berdarah atau berwarna teh pekat
  • Letih / lesu dan tidak bermaya
  • Demam
Bagi bayi baru lahir. Kekurangan G6PD boleh berlakunya jaundis yang patologik. Jaundis bayi-bayi berkenaan terlalu tinggi tahap bilirubin mereka hinggakan pertukaran darah diperlukan. 

Bagi kebanyakan pesakit defisiensi G6PD hemolisis tidak ketara sehingga 48-96 jam selepas pesakit telah memakan bahan-bahan pengoksida seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). Jangkitan juga boleh menyebabkan hemolisis. Gejala-gejala hemolisis akut bagi pesakit ini ialah kepucatan yang akut dan jaundis. Hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) akan menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku tertakluk kepada berapa teruknya hemolisis yang berlaku.

S3 : Apakah penyiasatan makmal yang perlu dilakukan?

Hemoglobin akan berkurangan apabila hemolisis berlaku dan tahap bilirubin tak konjugat(unconjugated.indirect SB) akan meningkat. Pemeriksaan hemoglobin dalam urin juga positif jika terdapat hemolisis akut.

Apabila pesakit mengalami hemolisis akut, ujian G6PD selalunya menunjukkan tiada defisiensi walaupun G6PD berkurangan dalam seseorang pesakit. Oleh itu, ujian G6PD patut dilakukan sebagai ujian penyaringan dalam semua bayi yang baru lahir atau ke atas pengidap penyakit apabila mereka sihat dan tidak mengalami hemolisis. 
Pengiraan retikulosit juga akan meningkat dalam hemolisis akut yang melibatkan defisiensi G6PD. 

S4 : Apakah rawatan untuk penyakit defisiensi G6PD? 

Rawatan kekurangan G6PD ialah dengan cara pencegahan:

1. Ujian penyaringan G6PD dilakukan di semua hospital dan klinik perbidanan ke atas bayi-bayi yang baru lahir dengan mengambil spesimen daripada darah tali pusat bayi. Bayi tidak patut dibenarkan pulang dari hospital tanpa pengetahuan status G6PDnya.

2. Jika diagnosis defisiensi G6PD telah dibuat, pencegahan daripada hemolisis perlu dilakukan dengan cara pengajaran berkenaan ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang patut dielakkan daripada pesakit. Mereka patut memakai rantai "medic alert" yang memberi maklumat mengenai penyakit kekurangan enzim G6PD. Satu senarai ubat-ubatan juga perlu diberi kepada pesakit supaya mereka dapat menunjukkan kepada doctor apabila mereka memerlukan rawatan.

3. Jika pesakit termakan ubat-ubatan pengoksida seperti dalam senarai yang ada dan dimasukkan ke wad dengan hemolisis akut, pemindahan darah mungkin perlu diberi jika hemolisisnya terlalu teruk. Apabila ubat atau makanan yang terlibat dihentikan, proses hemolisis berhenti dan pemulihan secara spontan berlaku. Kesan sampingan berpanjangan amat jarang berlaku.

S5 : Apakah maknanya kekurangan G6PD intermedia?

G6PD intermedia adalah suatu keadaan di mana enzim G6PD berkurangan bukannya 100% tetapi di antara 20-80% kekurangan. Pesakit G6PD intermedia harus diberi tunjuk ajar yang serupa sebab risikonya pun hampir serupa dengan pesakit G6PD.

S6 : Berapa lamakah bayi kekurangan G6PD harus dijaga di hospital?

Apakah peranan jururawat semasa bayi berada di hospital? 

Dinegara Singapura semua bayi yang kekurangan G6PD dijaga di hospital selama 14 hari. Kita berpendapat bahawa sekiranya bayi lebih daripada 2.0kg, tidak jaundis dan kami puashati dengan keupayaan ibubapa maka seseorang ibu boleh membawa bayinya pulang selepas 10 hari. 

Jururawat mesti mengambil masa ini untuk menerangkan tentang kekurangan G6PD (S1-S3). Ibubapa mesti faham sekiranya kelihatan kuning, bayi mesti dibawa jumpa doctor dengan serta-merta.

S7 : Bolehkah ibu menyusu badan kepada bayi yang berkurangan G6PD? 

Memang boleh. Ibu yang menyusu tidak harusnya makan ubat yang disenaraikan di apendiks 4.

Professor Dr Zulkifli Ismail
Dr Iean Hamzah Sendut 

apendiks 4 :

Ubat-ubat yang tidak boleh dimakan oleh pesakit yang mengidap kekurangan g6pd.
  • Primaquine 
  • Chloroquine 
  • Quinine 
  • Sulfanilamide 
  • Sulphacetamide 
  • Sulphapyridine 
  • Sulphamethoxazole (Bactrim) 
  • Dapsone 
  • Nitrofurantoin 
  • Ciprofloxacin 
  • Methylene Blue 
  • Nalidixic Acid 
  • Napthalene ( Moth balls)* 
Avoid all Chinese and Malay medications 

*For the first 3 weeks of life, do not use clothes exposed to mothballs.

Info Tambahan:

Seharusnya elakkan daripada makan makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya, semua jenis kacang atau produk kacang dan makanan berperisa menthol. Sebaiknya juga dielakkan daripada mengambil alfalfa kerana alfalfa tinggi kandungan Vitamin K.

Lain-Lain yang perlu dielakkan
  • Fava Bean (jenis kacang parang)
  • Naphtalene (Ubat Gegat)
  • Ubat tradisional
  • Parabenecid
  • Dimercaprol
  • Dapsone
  • Procainamide
  • Para-Aminobenzoic Acid
  • Silver Sulphadiazine Cream
  • Methylene Blue

Ubat untuk Merawat Malaria: 

  • Choroquine
  • Hydroxycloroquine
  • Primarquine
  • Pamaquine
  • Quinine
  • Mepacrine (Quinacrine)

Ubat Penahan Sakit 

  • Acetylsalicylic Acid (Aspirin) 
  • Phenacetin (Acetophenetidin)
  • Aminopyrine (Amidopyrine)

Ubat Antibiotik 

  • Chloramphenicol
  • Cotrimoxazole (Bactrim)
  • Furazolidine
  • Nalidixic Acid
  • Nitrofurantoin
  • Nitrofurazone
  • Para-Aminosalicy Acid
  • Ubat-ubatan berasaskan Sulfur dan sebagainya
  • Sulfapyridine
  • Sulfasalazine
Kekurangan (deficiency) G6PD adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD. Ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. 

Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan ataupun makanan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Vitamin asas yg perlu diamalkan oleh BF mommy adalah terdiri daripada Vitalea, Alfafa, Vita C & juga B Complex..

Namun bagi bayi yg menghidapi masalah G6PD ibu2 bolehlah tukarkan Alfafa kepada vitamin lain iaitu Ostematrix/kalsium Shaklee. Ini kerana dikhuatiri bayi tersebut alah kepada Alfafa walaupun ada kes bayi G6PD tiada masalah setelah ibunya amalkan alfafa dimana ibunya hanya mengamalkan kuantiti yg paling minima setiap pengambilan...

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksijen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul. 

Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi (Cecil, 1992).




Kini Supervisor Shaklee

Purata Pendapatan Shaklee
Purata Pendapatan Shaklee

SUPERVISOR DALAM SHAKLEE

Kisah saya dengan Shaklee bermula 29 Dec 2014. Sebelum tu dah lama kenal melalui kakak yg selalu sebut Vitamin C Shaklee bagus, husband pun pernah beli Vitamin C Shaklee semasa ada jualan di tempat kerjanya, tapi tak berminat even utk try..sehinggalah tgk adik ipar menggunakan vitamin E secara konsisten dan parut jerawat di wajahnya beransur hilang.

Saya bermula  sebagai pengguna sahaja dengan modal 0 dan mendapat keahlian PERCUMA kerana membeli produk sehingga mencapai 200uv dan mendapat pulak bonus belian sebanyak 5%. Sejak itu, mula terfikir untuk jadikan Shaklee sebagai part time. Lagipun ia tidak menganggu kerja hakiki pun kerana saya  cuma aktif online di FB sahaja. 

Permulaan saya agak perlahan kerana kesibukan bekerja dan orang masih belum mengenali saya sebagai pengedar Shaklee. Tetapi tidaklah susah kerana kebanyakkan orang telah pun mengenali Shaklee. Saya mula mendapat ahli sulung setelah 7 bulan menjadi ahli. Selepas itu, makin hari makin bertambah ahli di bawah kumpulan saya iaitu Duniakusihat Group  kerana mereka sudah mengenali saya sebagai Pengedar Shaklee.

Saya teruskan dengan memasarkan diri sebagai pengedar Shaklee dan produk2 Shaklee sehingga Mac 2016 baru berjaya mencapai sasaran jualan sebanyak 3250uv iaitu melebihi RM9000. Siapa sangka akhirnya saya berjaya lakukan sambil dibantu ahli-ahli group . Saya mengambil masa selama setahun 3 bulan untuk rank up ke SUPERVISOR, alhamdulillah syukur walau agak perlahan tetapi saya tetap berjaya.

Pada mula saya tidak menjangka saya akan berjaya rank up sebab saya cuma mampu bisnes secara online sahaja. Tetapi itulah yang dikatakan rezeki, Allah hadirkan kepada saya pelanggan yang memerlukan produk yang baik lalu cuba berikhtiar dengannya. Pengajaran yang saya boleh dapat disini ialah jangan putus asa dan terus berbuat kebaikan kerana rezeki Allah itu amat luas.

Sebelum ini bonus setiap bulan yang saya dapat cuma bernilai 2-3 angka sahaja, inilah kali pertama saya mendapat bonus bernilai 4 angka, syukran..semoga saya terus dilimpahi rezeki melimpah ruah dan diberi ilmu agar terus dapat membantu ahli dibawah group saya untuk berjaya dan mendapat side income atau main income dengan Shaklee.

Kenapa Shaklee? Saya telah mencuba pelbagai produk, tetapi hanya dengan Shaklee saya bertahan lama kerana percaya k setiap produk Shaklee adalah selamat, diuji secara klinikal, pengilang yang dikenal pasti lokasi dimana, mempunyai pakar pemakanan tersendiri, mempunyai saintis sendiri dll.

Bagi anda yang masih mencari-cari medium untuk menjana pendapatan sambil menjaga kesihatan, moh ler join saya di bawah group DUNIAKUSIHAT untuk mengorak langkah lebih jauh. Saya akan membimbing anda sebaik mungkin dengan syarat anda memang ingin berjaya.Kalau saya boleh lakukan, anda juga PASTI boleh!!!!!




Suamiku dan Vivix

Kisah Vivix

Vivix

Hari ini saya nak share pengalaman saya dengan Vivix. Sebelum ni walaupun hampir setahun bersama Shaklee, saya amat berkira untuk membeli Vivix walau saya tahu Vivix adalah produk masterpiece dalam Shaklee, sebab saya fikir saya tak mampu. Bagi saya harganya mahal.

Tapi bulan ni, Mac 2016 saya cuba mengubah tanggapan tersebut kerana sebenarnya kesihatan orang tersayang itu jauh lebih berharga dari wang ringgit. Wang ringgit masih boleh dicari tetapi kehilangan insan tersayang akibat masalah kesihatan, pasti akan menimbulkan kekesalan tidak terhingga suatu hari nanti. Kenapa saya cakap begitu? sebab insan tersayang nilainya infiniti..kasih sayang tak mampu boleh ditukar. Jadi apalah sangat dengan harga Vivix tu. hanya kerana kita kedekut, kita biarkan insan tersayang menderita sakit yang in sha Allah jika kita berikhtiar, ada penawarnya..maybe dengan Vivix.

Suami saya memang suka makan, susah nak telan supplemen yang berbentuk kapsul atau tablet tetapi kelebihannya, dia suka bersenam. Suami saya menderita diabetes sejak 2009 dengan bacaan 23 masa tu. Faktor pemakanan dan keturunan juga kurang senaman masa tu sehingga memerlukan ubat. Tetapi suami bertegas untuk tidak bergantung dengan ubat, maka dia kena bersenam untuk tingkatkan fungsi insulin kerana masa itu beliau baru berumur 32 tahun. Masih muda kan...diabetes memang tak kira usia.

Saya mula mengenali Shaklee pada 29 Dec 2014, tetapi masa tu saja nak bg kulit cantik. Tapi tahun ni saya mula nak fokus kepada kesihatan suami apatah lagi kami baru kehilangan anak tersayang. saya taknak kehilangan suami akibat kelalaian kami menjaga kesihatan dirinya pula. Saya mula cuba memberi pelbagai supplement Shaklee yang sesuai untuk diabetes seperti Vitamin C, alfalfa, b kompleks, Gla dll..tapi macam nak berperang. Dia makan dalam keadaan terpaksa je, selalu kena skip dan dos tak pernah cukup. Jadi nak nampak kesan susah la.

Bulan ni saya terus nekad nak cuba Vivix. Dia mula2 tak berapa setuju tapi akhirnya akur. Mula2 dia amik, dia rasa suka dan tidak mencemeh seperti selalu saya beri supplemen lain. Selepas seminggu, dia mula bagi feedback yang badan rasa segar bila bangun pagi, dah tak lenguh2 badan.
Sekarang dia sendiri akan minum tanpa saya perlu suapkan lagi Vivix. kalau dia ternaik bilik tidur, sanggup turun ke bawah semata2 untuk telan Vivix. hebat betul penangan Vivix buat suami saya.

Tadi setelah sekian lama saya memujuk untuk pegi cek darah dia, dia pulak volunteer ajak pegi cek. last cek bacaan gula dia adalah bulan Dec 2015, selepas makan dan bacaan dia adalah 20. Tadi selepas makan ( nasi goreng dan teh o ais), bacaan dia hanya 13. walaupun tak begitu baik, tetapi atleast ada penurunan berbanding sebelum ini. Ini adalah hasil 3 minggu suami saya consume Vivix dalam keadaan tidak mengawal pemakanan. saya yakin, jika dia mengawal pemakanan disamping konsisten mengambil Vivix, in sha Allah bacaan gula mesti lebih baik.

Suami saya sangat seronok sehingga sanggup buat stok Vivix dan nak hadiahkan satu botol Vivix buat ibunya di kampung. ( juga mengidap diabetes). Saya tentu lagi seronok jika kesihatan suami saya semakin baik. Doakan beliau istiqomah dan kesihatan beliau semakin baik ya.
Alhamdulillah, akhirnya saya temui penawar untuk suami saya melalui Vivix. Mahal bagi setengah orang tapi murah jika melibatkan kesihatan kerana kesihatan jauh lebih mahal dari kebendaan.

Jika anda berminat untuk mencuba dengan Vivix, cepat rebut peluang ini kerana bulan ini ada promosi pembelian Vivix:
1.  Beli 2 botol dapat 5% diskaun
2. Dapat keahlian percuma dengan 2 botol pembelian
3. Cash rebate 5%.
4. Penghantaran Percuma
Saya akan konsult anda sehabis baik dan semampu saya.

Harga Retail: RM 503.50

Harga Diskaun Saya: RM 430  (Anda Jimat RM 73.30 )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).



Join Shaklee


Jom Kenali Diabetes

DIABETES


Diabetes boleh dikatakan ibu segala penyakit. Ini kerana semua organ dalam badan terdedah kepada komplikasi akibat diabetes.Kenapa?

Ini kerana badan kita diliputi jalinan saluran darah.



Apa yang berlaku bila dihidapi diabetes.

● Paras gula dalam darah adalah tinggi. Ia akan merosakkan saluran-saluran darah.

● Saluran darah kecil dalam mata rosak ( retinal vessels) lalu merosakkan retina. Akibatnya pesakit menjadi buta.

● Pesakit akan alami kerosakan buah pinggang kronik yang mengakibatkan memerlukan rawatan dialisis.

● Kebas kaki dan tangan, serangan jantung dan strok.

● Luka lambat sembuh dan mudah dijangkiti kuman

● Mudah letih 

● Penurunan berat badan.

● Kerap kencing dan dahaga

Mengapa semua diatas boleh berlaku?

Apabila hormon insulin kurang atau badan sudah tidak sensitif kepada insulin, kandungan gula tidak dapat dibawa masuk ke dalam tisu dan otot. Ini menyebabkan badan terpaksa menjana tenaga yang tersimpan dalam lemak dan otot badan lalu pesakit akan merasa letih dan semakin kurus.

Jika kronik, suntikan insulin perlu diambil untuk merangsang organ pankreas merembeskan insulin tetapi ia hanya bertujuan untuk mengawal paras gula dalam darah sahaja. 

Tanda-tanda yang mungkin kita tidak sedar kita pengidap diabetes:

1. Kulit gatal- gatal 

2. Kulit berubah warna terutama dibahagian leher belakang, kulit siku atau mana-mana lipatan badan.

3. Tidur berdengkur

4. Mudah mengantuk

5. Kurang mampu mendengar

Info: Penelitian oleh Harvard University mendapati pengambilan 2 hidangan buah epal, blueberry dan anggur dapat menurunkan risiko diabetes tahap 2.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Vivix mengandungi Muscadine grape, purple carrot, elderberry dan polygonum cuspidatun yang tinggi antioksidan mampu merawat masalah diabetes.





Promosi bulan ini: Beli 2 vivix dengan harga diskaun 5% , anda akan mendapat keahlian PERCUMA dan cash rebate.

Untuk harga istimewa, boleh terus hubungi saya.

Harga Retail: RM 450 RM 503.50

Harga Diskaun Saya: RM 450.00 (Anda Jimat RM 53.50 dan PERCUMA penghantaran )

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).

Berminat? Hubungi saya segera :

Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)

Email : pnacuina@gmail.com

Fb : Duniaku Sihat


Penyakit Endometriosis

Gambar: Pembedahan Endometriosis

Penyakit Endometriosis

Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain. 

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?


Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.


Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim? 



Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. 


Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. 

Apakah tanda-tanda atau gangguan? 

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang.Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid.Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis.Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian. 

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul? 

Sebenarnya ada beberapa penjelasan.Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.Kedua mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. 

Keguguran

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali. 

Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid. 

Pengesahan penyakit endometriosis. 

Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Rawatan penyakit endometriosis 

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini. 

Pembedahan untuk membuang endometriosis 

Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis. 

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali. 

Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini. 

Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan. Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali. Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.

Bolehkah penyakit berulang? 

Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.

Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.

Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.

Pembedahan buang rahim (hysterectomy) 

Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.

Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.

Rumusan 

Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur. Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Produk Shaklee yang disyorkan untuk membantu melengkapkan nutrisi pemakanan bagi pesakit ini ialah:


1. Vivix- mengandungi antioksidan tinggi yang sangat baik untuk melindungi sel-sel.
2. B kompleks-  mengurangkan stress kerana stress tidak baik untuk sel -sel.
3. Vitamin C- meningkatkan sistem imun.
4. GLA- menyeimbangkan hormon wanita.


Harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).



Berminat? Hubungi saya segera :

Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)

Email : pnacuina@gmail.com

Fb : Duniaku Sihat

Masalah Angin? Jom atasi dengan Peppermint

Angin dan Penghadaman

Masalah angin dalam badan ni selalu berkait dengan penghadaman makanan kita.
Makanan yang kita makan tu kategori 'berangin', proses pencernaan akan menghasilkan gas yang banyak dalam badan menyebabkan kita menghadapi masalah angin, sebu dan pedih ulu hati.

Angin yang terperangkap ni, kalau dapat dikeluarkan memang amat lega rasanya. tetapi andai jumlah kekerapan kentut tu luar biasa, ia juga tidak baik untuk kita dan juga orang sekeliling. Sebelum kita hilang keyakinan diri, baik kita rawat masalah angin dan penghadaman tersebut.
Angin? Memang masalah...

Antara tips yang boleh digunakan untuk elakkan angin terperangkap dalam badan:
Ramuan herba dalam Peppermint-Ginger Shaklee

Tips 1: Membantu penghadaman

Ambil 3 biji Peppermint- Ginger Shaklee setiap kali selepas makan terutama makan makanan yang berat dan banyak.

Tips 2 : Mencuci Usus dan Perut

Usus dan perut perlu di cuci agar tiada bakteria yang tidak diperlukan menganggu proses penghadaman hingga menghasilkan gas banyak dalam usus dan perut.

Larutkan 3 biji Peppermint-Ginger Shaklee dan 10 biji Alfalfa dalam air panas suam. 
Bila sudah larut, sedia untuk diminum.

Tips 3: Merawat gastrik, loya

Larutkan 3-5 biji peppermint-ginger Shaklee ke dalam air panas dan jadikan ia minuman teh herba.

Tips 4: Melegakan tekak dan sendawa

Ambil 2 biji Peppermint-Ginger Shaklee dan hisap sehingga habis. Amalkan sehingga kurang rasa loya.

Tips 5: Melegakan angin

Larutkan 3-5 biji Peppermint-Ginger Shaklee ke dalam Air panas. Masukkan sesudu madu dan kacau. Sedia untuk di minum

Tips 6 : Elakkan Perut Kosong

Perut tidak boleh diajar kosong pada waktu septutnya makan. Ini kalau dibiarkan boleh membawa kepada gastrik. Jika anda terlalu sibuk, sekurang-kurangnya bancuh 3 sudu ESP bersama air masak atau susu atau jus kegemaran. 

ESP membekalkan tenaga dan memberi anda rasa kenyang lebih lama. Ia juga membantu anda mengambil makanan pada waktu tengahari dan malam dalam kuantiti sedikit. Jika diambil bersama Ostematix, ia mampu membantu merawat gastrik.

Selain Peppermint-Ginger Shaklee, produk lain yang disyorkan untuk membantu masalah penghadaman, angin dan gastrik ialah:

2. Garlic
3. ESP

Testimoni:



Harga Retail:  RM 47.70

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Berminat? Hubungi saya segera :
Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)
Email : pnacuina@gmail.com
Fb : Duniaku Sihat

Nutriferon

Nutriferon

Semalam baru habis kelas mengenai sistem imun, baru betul-betul faham kepentingan nutriferon dalam sistem imun kita.
 Sistem imun kita ni kena jaga elok-elok, dan mai penyakit susah dah nak lawan. Biaq sistem imun kita kuat supaya datang la virus jenis apa, dia mampu tangkis. 
 
Peel orang kita, tak suka cegah tapi suka mengubati sedangkan mengubati itu kosnya jauh lebih tinggi dari mencegah..cuma mencegah perlu konsisten.tak leh hangat-hangat taik ayam. 

Berbalik kepada Nutriferon.

Apa itu Nutriferon

Nutriferon
Nutriferon merupakan produk Shaklee yang unggul dalam membantu untuk tingkatkan sistem imun. Ia bertindak secara semulajadi dengan kos lebih berpatutan berbanding suntikan interferon di hospital. Seperti saya jelaskan di artikel lepas bertajuk Cara Tingkatkan Sistem Imun, Nutriferon ini sangat penting untuk melawan virus yang ada dalam tubuh kita.

Artikel berkenaan Nutriferon

Latar Belakang Nutriferon

Hasil Kajian selama 40 tahun



Bahan-bahan Utama Nutriferon

Kandungan Nutriferon



Kebaikan Nutriferon

Antara Kebaikan Nutriferon

Testimoni

Testimoni 1

Siapa perlukan Nutriferon

Siapa yang perlu amik Nutriferon


Harga Retail: RM

Harga Diskaun Saya: RM  (Anda Jimat RM )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Berminat? Hubungi saya segera :
Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)
Email : pnacuina@gmail.com
Fb : Duniaku Sihat

Cara Tingkatkan Sistem Imun

Sistem Imun

Apa pentingnya sistem imun kepada kita? Kalau hangpa belajaq sains masa sekolah dulu, mesti ingat kan.
Sistem imun ni ibarat sistem pertahanan badan manusia yang menahan tubuh badan kita dari serangan bakteria dan virus.
Macam sebuah negara, kalau pertahanan baik dan kuat, selamat lah negara tersebut dari serangan pihak musuh yang nak merosakkan negara itu.

 Sistem imun bukan semata-mata sel darah putih, ia bermula dengan:

 Sistem Pertahanan Luar 

1. kulit

Jangan tak tahu yang kulit sebenarnya merupakan sebahagian sistem imun pada manusia. jadi jangan dok bagi hakis kulit dgn produk bahaya  Ia menghalang tubuh kita dari bahan merbahaya dan cepat bertindakbalas supaya bahan tersebut tidak meresap ke dalam. Tetapi kalau dah terhakis kulit ( nak putih punya pasal), pertahanan luar sudah goyah.

Info Sains : Kulit merupakan organ terbesar dalam tubuh manusia. 

2. mukus
 Bendalir dalam rongga hidung yang menapis bakteria dari masuk ke saluran pernafasan. Kalau ingat lagi dalam kelas Sains, mukus ni juga membantu kita mengesan bau bahan kimia dgn baik.


3. Air mata


Air mata mampu bersihkan mata dari habuk yang masuk ke dalam mata. Sebab tu jangan gosok mata kuat-kuat kalau gatal mata takut ia merosakkan bahagian luar mata.

4. Peluh

Peluh mampu singkirkan toksin berlebihan dalam badan kita. Jika peluh kita berbau busuk menandakan kandungan urea yang tinggi dalam badan kita.
Jadi minum air banyak. Perpeluhan penting untuk menyihatkan tubuh kita.

Sistem Pertahanan Dalaman

Terdiri daripada Sel darah Putih dan juga interferon.

Seperti kita semua tahu, sel darah putih akan menghapuskan virus dan bakteria dari bermaharajalela dalam tubuh kita. Sebelum sel darah putih bekerja, interferon terlebih dahulu mengesan kehadiran patogen ini lalu menghantar isyarat kepada sel darah putih untuk bekerja. Jika interferon kurang, sistem imun menjadi kurang baik.

Interferon ini merupakan bahan protein yang ada dalam tubuh kita. Ia boleh bertindak secara semulajadi atau dengan suntikan ( toksin tinggi dan sesuai untuk pesakit kronik sahaja dan  untuk satu suntikan juga ia amat mahal.)

Disebabkan interferon ini sangat penting dalam sistem imun kita, Shaklee menawarkan produk Nutriferon yang akan bertindak secara semulajadi dan tidak bertoksin.
Bahan utama dalam Nutriferon
Ia merupakan penyelidikan selama 40 tahun oleh Saintis Jepun  bermula dengan 200 jenis herba dan akhirnya berjaya menyingkap 4 jenis herba terbaik sebagai  bahan utama dalam nutriferon.
Nutriferon bukan produk yang cikai, ujian yang mengambil masa selama 40 tahun..jadi produk ini sangat berkualiti tinggi.

Produk yang berkualiti pasti tidak semurah produk rendah kualiti, tetapi amat murah jika kita utamakan kesihatan.
Kebaikan Nutriferon

Inilah wajah saintis yang mencipta Nutriferon
Saintis Nutriferon
Siapa yang memerlukan Nutriferon untuk tingkatkan sistem imun? Sebelum mengetahui siapa yang memerlukan nutriferon, baik kita tengok dulu simpton-simpton yang menunjukkan sistem imun kita lemah.

Simpton lemah sistem imun

1. Mudah selsema
2. Demam
3. Alahan kepada sesuatu ( bukan sebab keturunan)
4. Kalenjer bengkak
5. Ulser
6. Kanser

Punca kenapa Sistem imun lemah.

1. Kurang tidur
2. Stress
3. Diet tinggi gula
4. Ubat-ubatan seperti antibiotik

Selain nutriferon, produk Shaklee yang lain untuk meningkatkan Sistem Imun ialah:
1. Zinc
2. Garlic
3. Vitamin C

Nanti saya akan kupas lebih lanjut mengenai setiap produk diatas termasuk nutriferon.


Harga Retail: RM

Harga Diskaun Saya: RM  (Anda Jimat RM )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Berminat? Hubungi saya segera :
Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)
Email : pnacuina@gmail.com
Fb : Duniaku Sihat