Testimoni Sendiri : Herbal Blend atasi Kegatalan Kulit Bayi

Herbal Blend

Herbal blend merupakan salah satu produk awal yang saya guna semasa mula menjadi ahli Shaklee. 

1. Semasa mula menggunakan Herbal blend, saya hanya jadikan ia sebagai losyen untuk disapu pada bahagian tumit kaki yang agak merekah sejak kelahiran anak kedua. memang nampak kesan tetapi kena konsisten guna. Bukan dengan sekali sapuan (macam iklan produk2 lain) terus nampak hasil. Dalam seminggu dua saya guna baru saya perasan tumit kaki sudah lembut. Apapun bergantung kepada tahap rekahan kaki, kalau dah macam musim kemarau panjang, mb panjang lagi la kot tempoh masanya untuk ok.

2. Baru-baru ini, anak saya berumur setahun 10 bulan selalu menggaru punggungnya sehingga luka. Kebetulan hanya ubat panas sahaja ada di rumah. Saya mencuba sahaja sapu menggunakan Herbal Blend, yang ni memang agak cepat kesan , mb sbb kulit bayi sama kot..dalam 3 4 hari sudah nampak hasilnya. Anak saya pun dah tak menggaru lagi. Malah kini saya jadikan krim sapuan bila anak saya di gigit nyamuk.
Testimoni dr anak saya
3. Bila bayi saya ada kemerah-merahan di bahagian lampin ataupun ruam lampin, memang saya akan sapukan krim ini dan cepat sembuh. Saya dah tak pakai lagi krim klinik. Bahan dalam Herbal Blend ini juga bersifat sejuk membantu ruam dan iritasi pada kulit anak-anak cepat sembuh.Cubalah...sangat berbaloi dan harga pun berpatutan.

4. Saya juga jadikan Herbal Blend sebagai krim utk memberi keselesaan pada anak  ketika demam. Saya akan sapu di bahagian belakang, dada dan kaki serta tapak kaki. Anak saya akan selesa tidur selepas itu (setakat ini.)


Kebaikan Herbal Blend
Herbal Blend

Harga Runcit : RM29.15

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).



Berminat? Hubungi saya segera :

Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)

Email : pnacuina@gmail.com

Fb : Duniaku Sihat


Anda Pengidap Diabetes? Kenali punca dan tanda-tandanya.

Punca dan Tanda-tanda penyakit Diabetes

Sebelum saya menulis lebih lanjut berkenaan artikel ini, ingin saya tegaskan saya bukan seorang doktor,sekadar menulis berdasarkan pengalaman orang sekeliling saya yang mengidap Diabetes.

Jangan kita sangkakan diabetes merupakan penyakit warga emas sebab gaya hidup, pemakanan dan keturunan menjadi faktor seseorang boleh mendapat diabetes @ kencing manis di usia muda. 

Suami kawan saya disahkan mengidap diabetes di usia awal 30-an. Pada masa itu mereka tidak ambil tahu dan memang tak tahu pun tanda-tanda  menghidap penyakit diabetes. Kebetulan masa tu kawan saya baru melahirkan anak yang pertama. Dia memang perasan susuk tubuh suaminya agak kurus, tetapi mengandaikan dia kurang tidur dan keletihan akibat menjaga isteri dan baby..

Sampai satu tahap, suaminya tidak nampak jelas papan tanda di jalan raya. Suaminya memang seorang yang rabun tetapi dia memakai cermin mata. dah pakai cermin mata pun masih kabur, ingatkan kena tambah power..ntah mcmna mujur sebelum pegi kedai cermin mata dia terbuka hati nak check darah..mb dia ada terbaca kot artikel. Jadi bila pegi check darah..positif la diabetes dengan bacaan yang sangat tinggi...25..ayoyo..

Permulaan kepada penyakit ini adalah pemakanan.. Yang kawan saya perasan masa tu kebetulan musim limau mandarin..dia memang suka sangat limau mandarin. selalu beli berkotak-kotak dan mmg dia yang banyak habiskan. Dia juga mempunyai sejarah kencing manis di mana ibu mertua kawan saya juga mengidap kencing manis. Kalau keturunan, kata orang mmg kena jaga betul2 sbb selalunya mmg akan diwarisi. Dia juga bukan kaki sukan..

Punca-punca Diabetes:

1. Pemakanan
    Suaminya suka makan nasi dalam jumlah yang banyak, suka minum minuman yang manis, suka makan buah limau mandarin, mangga, tembikai, durian.

2. Keturunan
    Ibu mertua kawan saya mengidap kencing manis. 

3. Kurang bersenam.
 Memang sebelum disahkan mendapat kencing manis, suaminya tidak mempunyai sebatang raket badminton pun.

Tanda-tanda positif kencing manis

1. Badan rasa letih dan lesu.
  rasa nak rehat dan baring ja..bukan malas..jgn salah sangka, tetapi inilah yang dialami oleh pesakit kencing manis.

2. Kerap kencing.
 Kerap kencing dan kadang-kadang kencing tak lawas. 

3. Timbul bisul 
Bisul akan mula timbul di kulit terutama di bahagian punggung..bisul tu akan bernanah. Jadi hati-hati agar tidak mudarat. Sebaiknya berjumpa doktor utk rawatan. Kalau boleh jangan picit sendiri takut jangkitan kuman, kang hilang bontot sebelah.

4. Pandangan jadi kabur
Kalau rasa macam rabun, sebelum pegi check mata, check dulu darah sbb kalau rabun disebabkan diabetes, xde maknanya buat cermin mata sbb power akan berubah2. setel dulu gula dalam darah ye..kalau dah tahap rabun, sangat bahaya sbb dia boleh bawa kepada buta..diulangi BUTA.

5. Berat badan menyusut
Jangan seronok sangat kalau tiba2 badan jd kurus tanpa diet. Sebelum canang kat orang rahsia kurus tanpa diet, better check darah dulu.

6. Haus

7. Gatal-gatal pada kemaluan dan kulit.

Ni antara kesan-kesan kencing manis

1. Luka lambat sembuh. Jika tidak dijaga dengan betul, boleh menyebabkan melarat dan jangkitan kuman

2. Kalau demam pun lambat sembuh.

3. Gigi dan gusi mudah berdarah

4. Sperma (bagi lelaki) kurang kualiti.

5. Kalau dibiarkan berlanjutan, boleh menyebabkan mati pucuk bagi lelaki.

Cara atasi:

1. Kawal pemakanan
  hadkan pengambilan gula dan karbohidrat dalam makanan. kalau suka manis, gantikan gula putih dengan stevia. Stevia agak mahal tetapi kesihatan yang baik jauh lebih beharga.

2. Bersenam
   Bersenam akan meningkatkan keupayaan insulin untuk bekerja. Jadi glukosa yang ada dalam darah mampu diserap kedalam sel, sel akan menukarkan glukosa kepada tenaga dan mengurangkan jumlah gula dalam darah.

3. Ubat
Kalau bacaan sangat tinggi, tolong jangan elakkan dari ambil ubat dr doktor. Atleast sehingga bacaan turun kalau tidak mahu bergantung kepada ubat. Suami kawan saya memang tidak suka ubat, hanya ambil bila bacaan tinggi tetapi dia akan cover dengan kerap bersenam.Jika anda tiada masa untuk bersenam, maka wajib konsisten dengan ubat dr doktor sehingga normal dgn pengesahan doktor.

4. Supplemen
   Seperti yang saya telah beritahu, supplemen bukan ubat, dia adalah makanan tambahan untuk menampung mana-mana nutrisi yang kurang dalam badan kita. Kalau ubat umpama askar/polis yang menentang musuh (virus dan bakteria), supplement adalah fasiliti yang telah disediakan untuk mencegah musuh dari memasuki rumah seperti menyediakan pagar yang kukuh, alarm sistem dll.

Kita telah mengetahui bahawa antara punca kepada diabetes adalah pemakanan, jadi cara untuk merawatnya juga sebaiknya melalui pemakanan juga kerana manusia memang perlu makan. 

Shaklee memandang serius masalah diabetes lalu menawarkan beberapa supplemen bagi membantu golongan ini agar dapat mengawal kandungan gula dalam darah selain menjaga pemakanan, bersenam dll. Antara produk yang disyorkan ialah:

1. Vivix
Harga Runcit : RM 503.50
2. Set Bajet/ Asas Diabetes
Harga Runcit: B-Kompleks : RM 56.98, Zink : RM 35.78
3. Set Lengkap Diabetes
Harga Runcit: ESP : RM159.00, Vita-lea : RM 94.08
GLA : RM 96.73, Vita-C : RM 96.05, Alfalfa : RM 56.98
Zink : RM 35.78, B-komplek: RM 56.98
Testimoni
1.
2. 


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Berminat? Hubungi saya segera :
Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)
Email : pnacuina@gmail.com
Fb : Duniaku Sihat

Awas!!!!Spina Bifida...

Spina Bifida

Bagi yang pertama kali mendengar, pasti pelik bunyinya. Jadi, apa itu Spina Bifida?
Apakah spina bifida?
Spina bifida bermaksud "sumbing tulang belakang". Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarakan (gap) di antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna.

Ada tiga jenis spina bifida: 

  • spina bifida okulta (tersembunyi) merupakan jenis yang paling biasa berlaku dan yang paling ringan. Dalam spina bifida okulta, terdapat jarakan kecil di antara vertebra pada tulang belakang. Kebanyakan orang yang mengalami spina bifida okulta mempunyai simptom-simptom yang ringan atau tiada simptom langsung dan mereka juga tidak tahu mereka mengalaminya.

  • Mielomeningosele (meningomielosele) adalah jenis yang paling serius. Bonjolan yang berupa sista atau pundi yang diselaputi kulit biasanya boleh dilihat di belakang badan. Sista ini mengandungi tisu dan saraf. Saraf tunjang pula rosak atau tidak terbentuk dengan sempurna. Mereka yang mengalami spina bifida jenis ini biasanya mengalami kerosakan saraf atau kelumpuhan pada bahagian-bahagian tertentu, bergantung kepada di mana sista itu berada. Mereka juga mungkin tidak boleh berjalan atau mengawal kencing.

  • Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami spina bifida jenis ini juga mempunyai hidrocefalus, di mana cecair di sekeliling otak tidak dapat disalurkan ke dalam aliran darah. Beberapa bahagian otak menjadi rosak sebelum bayi dilahirkan, lantas menghalang cecair tersebut daripada keluar dengan sempurna. Tekanan yang meningkat memampatkan lagi otak. 

  • spina bifida meningosele kurang serius daripada meningomielosele dan merupakan jenis yang paling jarang berlaku. Dalam spina bifida jenis ini, satu sista menyelaputi membran yang boleh pecah dengan mudah.

Adakah spina bifina kerap berlaku?

Dianggarkan kira-kira 5 hingga 10 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi mungkin mengalami spina bifida okulta tanpa mereka mengetahuinya. 
Kira-kira satu dalam 1,000 bayi dilahirkan dengan mielomeningosele, iaitu jenis spina bifida yang paling serius. 



Bilakah saya boleh tahu jika bayi saya mengalami spina bifida?

Spina bifida boleh dikesan samada melalui imbasan ultrabunyi (ultrasound) semasa pemeriksaan rutin di pertengahan kehamilan atau melalui ujian darah



Apakah rawatan bagi spina bifida?

Bayi yang mengalami spina bifida yang teruk memerlukan pembedahan dalam masa dua hari selepas dilahirkan untuk membetulkan jarakan pada vertebra. Sesetengah doktor tidak menggunakan pembedahan tetapi membiarkan bahagian itu sembuh dengan sendiri. 

Sesetengah bayi pula berjaya dibedah semasa masih dalam rahim (uterus). Pembedahan seperti ini masih jarang dilakukan. 

Bayi yang mengalami hidrosefalus mungkin perlu dipasangkan tiub untuk mengeluarkan lebihan cecair daripada otak ke abdomen. 

Anda boleh membantu mengurangkan risiko bayi menghidap spina bifida dengan mengambil suplemen yang mengandungi 400 mikrogram asid folik, daripada masa anda mula mencuba untuk hamil hinggalah usia kehamilan tiga bulan. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang mengambil asid folik lebih berkemungkinan melahirkan bayi dengan spina bifida, berbanding wanita yang mengambilnya pada jumlah yang disarankan.










Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan dan sokongan bagi spina bifida?

Persatuan Spina Bifida Malaysia (SIBIAM) menawarkan khidmat nasihat dan sokongan praktikal bagi mereka yang menghidap spina bifida dan hidrocefalus, serta penjaga mereka.


Sumber : babycenter.com



Mencegah itu lebih baik dari mengubat. Bagi wanita yang bakal mengandung haruslah bersedia bukan sahaja mental tetapi juga fizikal luaran dan dalaman agar bayi dikandung sempurna. Kita berusaha yang menentukan Allah SWT. Jangan lokek dengan pelaburan kesihatan kelak kos mengubat jauh lebih besar dari RM 56.98. Buktikan kita benar-benar berusaha menjadi ibu yang terbaik buat anak kita.

Harga Retail: RM56.98

Sempena Julai 2015 promosi, bagi setiap pembelian 3 botol B-Kompleks akan dapat percuma satu botol B-Kompleks. Ayuh..sementara promosi masih berlangsung, hubungi saya untuk harga istimewa. Sila klik link ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan  B- komplek B-Kompleks dan promosi B- Kompleks. Promosi Julai 2015 

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).



Berminat? Hubungi saya segera :
Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)
Email : pnacuina@gmail.com
Fb : Duniaku Sihat

Testimoni Saya : GLA

Shaklee Efek : GLA


1. Sejak melahirkan anak kedua, period saya memang tidak teratur. kadang-kadang sampai 56 hari kitar haid dan ada yang 30 hari. Jadi susah untuk kita merancang samada ingin mengandung atau tidak. tetapi saya perasan (kuasa Allah, GLA sebagai asbab) sejak saya consume GLA dengan konsisten, setakat ini period saya back to normal iaitu 28 hari. Alhamdulillah.

2. Baru-baru ni juga saya buat pemeriksaan ultrasound untuk tengok samada saya ada cyst atau tidak (saya pernah ada cyst dan dr memberitahu ia akan berulang), Alhamdulillah saya clear. Berkenaan cyst sebenarnya semua wanita ada, cuma samada dia akan membesar atau mengecil sahaja. Untuk orang seperti saya, pemeriksaan kesihatan wajib dibuat setahun sekali.
                                              



Harga Retail: RM96.73

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Berminat? Hubungi saya segera :
Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)
Email : pnacuina@gmail.com
Fb : Duniaku Sihat

6 Sebab Kenapa Saya Memilih Shaklee.

Kenapa Saya Memilih Shaklee?


Dalam banyak-banyak produk supplemen, Shaklee juga pilihan saya..kenapa?? Berikut saya senaraikan beberapa sebab saya memilih Shaklee. 

1. Produk Terbaik


Umur saya sudah 30-an, saya sudah tidak boleh terlalu berkira lagi akan faktor kesihatan. Saya agak takut dan was-was dengan kebanyakkan jenama tempatan sbb terlalu banyak yang dr kilang yang sama, cuma repacking and rebranding...dan akhirnya didapati mengandungi bahan kimia terlarang (tidak semua).

2. Latarbelakang yang Kukuh

Dengan Shaklee, sudah terbukti syarikat kukuh dan telah lama di pasaran. Masakan tidak multivitamin ciptaan Dr Forest C. Shaklee sendiri berusia 100 tahun pada tahun 2015. Pengasasnya juga dari latarbelakang perubatan, bukan ntah sapa-sapa yang tiba-tiba ada produk sendiri dan bertindak sebagai pengasas.


Shaklee juga mempunyai keupayaan besar untuk melakukan ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan. Bagi yang sudah biasa denagn produk Shaklee akan faham bila tiba-tiba suatu produk Shaklee akan hilang seketika di pasaran untuk tujuan penambahbaikan. 


Atas kemampuan ini, mengukuhkan lagi produk Shaklee merupakan produk yang berkualiti tinggi. Bukan main buat sahaja. Mereka juga amat mengambil serius sebarang dakwaan berkenaan produk Shaklee seperti yang selalu kecoh di media massa dan seperti biasa akhirnya terbukti bukan berpunca dari produk Shaklee.

3. Tiada Bahan Kimia Terlarang

Saya memang sudah lama mencari produk moden tetapi natural. Memang tahu produk sebegini pasti mahal tetapi berbaloi jika kesihatan bertambah baik dan tidak perlu rasa bimbang akan kesan jangka panjang bahan kimia sintetik dan terlarang.

4. Boleh Menjana Pendapatan

Selalu beli produk, tidak semua boleh jana pendapatan tetapi dengan Shaklee, selain kita pakai untuk diri sendiri, kita juga boleh mendapat pendapatan tambahan. 2 in 1..tak rugi pun. Lagipun keahlian seumur hidup.

5. Fleksibel

Saya boleh membeli secara online dan juga offline. Of cos saya lebih suka online sebab malas nak drive dengan jalan jem lagi. Cara pembelian pun sangat mudah dan semua diuruskan oleh pihak Shaklee. Tak perlu susah payah nak hantarkan kepada pelanggan. Semua dihujung jari. tetapi kalau nak buat offline pun takde masalah juga..pilihan sendiri.

6. Banyak insentif

Produk apa yang kita jual boleh dapat banyak insentif seperti:

a. percutian
b. kereta
c. bonus jualan
d. bonus kenaikan pangkat dll.

dan banyak lagi la..nanti saya sambung lagi. Nak tahu lebih lanjut, hubungi saya.

Berminat? Hubungi saya segera :
Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)
Email : pnacuina@gmail.com
Fb : Duniaku Sihat


Set Penjagaan Muka Enfuselle

Set Kulit Muka Enfuselle


Selain produk Nutriwhite, Shaklee juga mengeluarkan satu lagi produk hebat iaitu Enfuselle khas untuk anda yang bermasalah kulit tetapi inginkan produk yang selamat. 


Set Enfuselle ni terbahagi kepada dua kategori.

Kategori A : Normal to dry skin

Set ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif. terdiri daripada:

1) Hydrating Cleansing Lotion



  • Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Kaya dengan Emolien serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri. Mencerahkan tona kulit. pH yang seimbang.Hipo-alergenik 
  • Harga Runcit: RM102.03 

2) Hydrating Toner 



  • Meneutralkan tindak balas yang boleh merosakkan kulit.
  • Terbukti secara klinikal.
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip.
  • pH yang seimbang. 
  • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit 
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, mencuci dan melembut dengan ekstrak witch hazel dan kamomil. 
  • Harga Runcit: RM83.48 

3) Hydrating Moisturizer 



  • Melembapkan kulit sehingga 24 jam. Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.
  • Terbukti secara klinikal:
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam. 
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara. 
  • Hipo-alergenik 
  • Harga Runcit: RM103.35 

4) Eye Treatment 



  • Garis-garis halus dan kedutan tidak lagi ketara.
  • Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 2 minggu.
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa 2 minggu.
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa 8 minggu.
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa 8 minggu.
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu.
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekitar mata.
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut.
  • Hipo-alergenik. Diakui oleh pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakaian kanta lekap.
  • Harga Runcit: RM55.65 

Kategori 2: Normal to oily skin 

Set ini sesuai untuk kulit berminyak, sensitif dan berjerawat terdiri daripada: 

1) Purifying Cleansing Gel


  • Gel berbuih bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan vitamin E menjadikan kulit segar dan lembut.
  • Mencerahkan tona kulit.
  • pH yang seimbang. 
  • Hipo-alergenik. 
  • Harga Runcit: RM94.08 

2) Purifying Toner


  • Dengan 3 tindakan untuk menghentikan kerosakan pro-oksida. Ia meransang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
  • terbukti secara klinikal.
  • meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi air paip.
  • pH yang seimbang.
  • Menyegarkan dan memperhaluskan kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel.
  • Meminimunkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit.
  • Membantu mengawal kulit berminyak.
  • Hipo-alergenik
  • Harga Runcit: RM83.48 

3) Balancing Moisturizer 


  • Formula ringkas untuk menyuburkan dan melembapkan kulit. Tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah. Ia bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah halus serta tidak berkilat.
  • Terbukti secara klinikal:
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari.
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari.
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari.
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit. 
  • Hipo-alergenik 
  • Harga Runcit: RM88.78 

4) Eye Treatment


  • Garis-garis halus dan kedutan tidak lagi ketara.
  • Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 2 minggu.
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa 2 minggu.
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa 8 minggu.
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa 8 minggu.
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu.
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekitar mata.
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut.
  • Hipo-alergenik. Diakui oleh pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakaian kanta lekap.
  • Harga Runcit: RM55.65 
Untuk dapatkan harga istimewa, boleh hubungi saya. 

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).

Berminat? Hubungi saya segera :
Pn. Salina (SMS/WhatsApp/Telegram : 013-2783475)
Email : pnacuina@gmail.com
Fb : Duniaku Sihat