Masalah Rahim Jatuh

Masalah Rahim Jatuh?

Rahim Jatuh
Sangat menakutkan rasanya untuk semua wanita terutama bila sudah menghampiri usia menopouse.

Rahim kita ni di pegang oleh otot-otot dan ligamen, seiring dengan pertambahan usia, kemerosotan otot dan kurang penjagaan semasa kehamilan juga antara punca kenapa berlaku rahim jatuh.

Usah tunggu lama-lama jika ada simptom rahim jatuh kerana ia akan memudaratkan hingga mungkin boleh kehilangan rahim selamanya..ngeri kan.

Antara simptom rahim jatuh:
1. kerap kencing
2. Sukar mengawal air kencing, kadang-kadang keluar sendiri terutama ketika bersin dan batuk.
3. Rasa tidak selesa pada bahagian pinggang
4. Tidak selesa semasa hubungan kelamin
5. Kaki rasa kebas
Dan banyak lagi.

Jadi, antara cara untuk mengekalkan otot rahim agar sentiasa kuat memegang rahim kita adalah:

😊senaman kegel

😊 pengambilan supplemen Vitamin C dan Vitamin E serta Ekstrak Kacip Fatimah.

😊 elakkan dari mengangkat objek berat dan melakukan aktiviti berat

Ada beberapa faktor yang menjadi sebab berlakunya rahim jatuh atau prolapse ini. Antaranya:

1. Keturunan
2. Selalu terlibat aktiviti fizikal
3. Terjatuh hentakan kuat di bahagian punggung
4. Koyakan besar semasa kelahiran anak dan tidak dirawat dengan baik
5. Faktor usia
6. Ketumbuhan pada rahim

Mungkin ada antara faktor-faktor di atas yang kita tidak dapat elak, tetapi kita boleh mengurangkan simpton seterusnya merawat dalaman dengan pemakanan yang sihat seperti pengambilan supplemen.

Rupanya Vitamin C dan Vitamin E bukan hanya bagus untuk kulit, ia juga baik untuk rawatan dalaman wanita selain bersifat antioksida.

Vitamin C dan Vitamin E
Artikel dari Dr Zubaidi


Jadi, tak perlu tunggu usia 40-an baru nak mula jaga, sebaiknya mulakan dengan sekarang agar kita dapat mengurangkan risiko berlakunya rahim jatuh.

Sesiapa berminat untuk mendapatkan Vitamin C dan Vitamin E, boleh wasap2 saya.

( Ekstrak Kacip Fatimah saya tak jual).

Harga berbaloi kerana 1 botol Vitamin C mengandungi 180 tablet, manakala Vitamin E mengandungi 120 tablet.

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kita semua.



*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Perlu Ke Bisnes Produk Sendiri?

Produk Sendiri vs Shaklee

Ni sharing cerita kawan saya yang sudah berjaya dengan hanya bisness Shaklee.

Berjaya ni subjektif..ada orang gaji jutawan baru berjaya..
Bagi saya dia cukup berjaya apabila :
1. tidak perlu kerja bawah arahan orang atasan dan bebas, 
2.dekat dengan ibu dan ayah serta keluarga
3. Pendapatan pun 5 angka sebulan
4. Melancong ditaja 1st kelas lagi
5. Kereta free

**************************************************************************************
Tadi saya terjumpa kawan ayah.ayah borak2 dan dia tanya saya "Hat ni tak kerja ka?" Ayah saya jawab "Dulu cikgu, la ni buat bisnes"

"Bisnes apa?"

"Bisnes Shaklee"

"Oo Shaklee. Saya tau. Lama dah company tu. Tapi sekarang ni, orang kalau bisnes minded, buat produk sendiri. Pi kilang, hasilkan produk sendiri. Baru bisnes untung.  Tak untung sangat jual produk orang"

Ini pemikiran skeptical sesetengah dari mereka. Memiliki produk sendiri, tenaga kerja mesti ramai, dari menguruskan stok, packaging, promotion, gudang dll.

Sebenarnya, untuk memulakan ini, bukan sahaja biaya besar, tapi masa dan kemampuan juga perlu besar. 

Untuk apa saya keluarkan produk jika produk Shaklee yang dah 101 tahun usia ini sudah sangat hebat dan diperkukuhkan dengan ratusan penyelidikan, kan?

Sebenarnya Shaklee sendiri ada had fokusnya. Shaklee tidak mengusahakan ladang untuk bahan mentahnya. Shaklee cuma bermula dari pengilangan. Memiliki dan menguruskan ladang adalah satu komitmen yang terlalu besar yang mungkin menjejaskan fokus Shaklee terhadap R&D.

Shaklee ambil bahan mentah dari supplier dengan gred yang ditetapkan. Kalau gred tak sampai piawainya,  semua bahan mentah itu ditolak

Shaklee rela tak cukup stok dan stop kan pengeluaran produk sebab ketiadaan bahan mentah yang mencapai piawai. Ingat lagi kisah herblax yang terputus stok dulu? Itu sebab supplier bagi bahan mentah tak sampai piawai nya.

Pernah sekali, bertan tumbuhan Alfafa ditolak kerana ujian random menunjukkan alfafa tersebut ada pesticide. Dan dipercayai pesticide tersebut bukan disembur direct,tapi hasil bawaan angin dari tempat lain. Dan akibatnya semuanya ditolak oleh Shaklee. Alfafa tersebut akhirnya dijual kepada syarikat X. Memang byk syarikat nak beli sgt, sebab tahu kualiti alfafa shaklee sangat hebat.

Ini kehebatan dan kegigihan Shaklee untuk menghasilkan produk yang hebat. 

Jadi untuk apa kita menafikan kehebatan yang kita rasa dan semata-mata untuk keuntungan besar poket , kita berhempas pulas buat produk sendiri. Saya tak fikir itu perlu.

Kalau orang kata tak untung sangat pun takpa. Dua puluh ribu, Tiga puluh ribu, Lima puluh ribu sebulan, tak sampai seratus ribu pun, syukur dah :)

*****************************************************************************************
Pendapat saya:

It is good untuk mempunyai produk sendiri tetapi pastikan ia selamat untuk semua orang kerana tak guna kalau kita kaya tapi di akhirat kita muflis kerana banyak kena tuntut dengan orang.

Bukan main bungkus2 krim je pastu letak jenama sendiri. Kena kira pelbagai faktor dan paling utama kebaikan kepada pengguna sebab kita nak bussiness kita long term.
Kena ada R&D, team2 untuk certain section dll.
Master Hj Roslan

Untuk permulaan, bagi saya..Shaklee adalah sesuai untuk kita mengorak langkah andai bercita-cita nak buat bussiness lain pasni sebab di Shaklee:
1. Tak payah modal besar pun, saya bermula dengan modal kosong. 
2. Tak perlu sediakan premis, pekerja, stok dll.

Banyak dah kemudahan..bila dah berjaya dengan Shaklee, nak kukuhkan lagi dgn buka bisnes baru, dipersilakan. Sebab bukan senang nak mulakan bisnes jika tiada ongkosnya.

Harga Retail: RM

Harga Diskaun Saya: RM  (Anda Jimat RM )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Perut Buncit????

Si Boroi ka Si Buyong

Saya ni dulu berat badan paling berat pun 50 kg je zaman2 anak dara. Perut memang flat la ibarat kena gilis lori..

Tapi sejak mengandung anak pertama, konon makan apa sahaja untuk anak dalam perut, masa nak bersalin berat saya menjadi 75kg. Lepas tu memang azab la nak turunkan balik.

Bila peknen anak kedua, memang menjaga pemakanan so terkawal berat. Masa nak bersalin cuma 65kg dadi 55kg. Nampak, berat dah mula banyak bila ada anak.

Bila ada anak kedua, saya mula kurang menitik beratkan pemakanan. Selalu minum air manis yg dibancuh bersama susu pekat. Paling saya suka air kopi capuccino yang orang jual tepi jalan. Hari-hari beli bekas besar.

Hinggalah suatu hari beberapa bulan lepas, saya perasan perut saya buncit. Alamak!!!!!!
Paling memalukan..ada yang ingat saya mengandung. Ini sudah parah.

Sekarang saya berazam untuk kembali ke berat asal iaitu 50kg. Agak-agak mustahil tak dengan umur semakin tua  ni..hehehe

Apa yang saya perlu disiplin ialah:
1. No more capuccino bekas besar
2. Air manis sehari sekali je kalau tingin sangat.
3. Nasi 1/4 setiap kali makan, lebihkan sayur.
4. No more or reduce fast food. Mujur saya mmg tak gemar sosej, fish ball dan seangkatan.
5. Exercise sehari 30 minit ( zumba la paling senang )
6. Supplemen yang sesuai.

Ini je yang saya target sebab kalau banyak2 nk buat takut tak dan.
Bab supplemen, saya amik SET KURUS DOUBLE ACTION SHAKLEE.



Bulan ni saya target akan disiplin follow detox meal plan yang disyorkan di tambah bulan puasa, pasti lebih mudah untuk saya turunkan berat badan.

Cuma saya perasan, ukur lilit pinggang saya dah berkurang dr 35 ke 32.Okla walau tak banyak atleast berkurang bukan bertambah.

Ni baru 4 hari saya konsisten amik SET DOUBLE ACTION SHAKLEE dalam dok culas exercise.

Jom sapa yang nak join saya, tak mau orang dok kata mengandung ka buncit ka dll..
Sementara metabolisme masih tinggi..nanti makin tua metabolisme dah rendah lagi susah nak inch loss..kena amik chinch tea plak.

Harga Retail: RM

Harga Diskaun Saya: RM  (Anda Jimat RM )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Supplemen Untuk Anak Tersayang

SUPLEMEN UNTUK ANAK

Anak saya memang kurang gemar makan sayur-sayuran, buah-buahan pun yang tertentu sahaja. Masa dia baby dulu ok..bila dah besar, dah pandai memilih, dia hanya suka makan nasi dengan telur je. 

Kalau beli buah, buah yang manis macam mangga je dia suka. Epal, strawberi, oren jangan harap la. Buah mangga tak elok kalau makan banyak sebab manis dia lain macam la..tak tahu la kalau asli. Maklumla sekrang ni, gara-gara nak penuhi permintaan ramai, orang akan buat macam-macam untuk percepatkan masak dan perbanyakkan bilangan.

Disebabkan anak saya ni kurang gemar sayur dan buah, saya perasa dia kerap selsema. Demam sejak melebihi umur 4 tahun dah kurang. Tapi sebab dia ke taska dan tadika, selalu selsema.

Saya pun puas fikir akhirnya terlintas nak cuba Shaklee. So, ini produk Shaklee yang saya beri untuk anak saya.

1. Mealshakes
2. Chewable Vitamin C
3. Vita lea for kids
4. Omega Guard


Alhamdulillah, anak saya serasi dan suka keempat produk di atas.
Tujuan saya adalah untuk bekalkan nutrisi mencukupi buat anak saya dan tingkatkan sistem imun badan.

Kalau selsema je, saya akan suruh dia amik lebih banyak vitamin C agar cepat sembuh. Saya memang dah lama tak beri ubat selsema dan demam pada anak.
Tapi kalau nak lagi ummph...boleh standby NUTRIFERON sebagai imune booster anak. Yang ni saya belum cuba lagi.

Ok..jom kita tengok apa kebaikan setiap produk ini kepada anak kita.

Mealshakes

1. Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat keperluan badan.
2. Ia kaya dengan protein untuk pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, darah dan lain-lain.
3. Membantu tumbesaran-mengandungi asid folik, kalsium, magnesium untuk membina tulang
4. Anti oksida
5. Mengembalikan seri wajah
6. Detoksifikasi- membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari usus.
7. Rasa yang lazat
8. Hanya 120 kalori untuk setial hidangan. 

Chewable Vitamin C

1. Menyokong sistem pertahanan semulajadi anti oksidan tubuh
2. Mengelakkan gusi berdarah
3. Mencantikkan kulit
4. Membantu mencegah selsema

Vita Lea For kids

1. Merupakan multivitamin yang sesuai untuk kanak-kanak
2. Berperisa anggur
3. Melengkapkan nutrisi yang diperlukan badan untuk membantu tumbesaran
4. Melindungi organ kerana ia terdiri daripada pelbagai mineral dan vitamin
5. Membina sel-sel badan

Omega Guard

1. Merupakan asid lemak omega 3
2. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak
3. Membantu perkembangan memori, sesuai untuk anak-anak yg sedang belajar.
4. Meningkatkan sistem imun
5. Menyihatkan paru-paru
6. Memelihara fungsi sendi
7. Menstabilkan emosi

Untuk info lebih, boleh rujuk post saya berkaitan produk tersebut.

Ini adalah sebab kenapa saya pastikan anak saya setiap hari mengambil keempat produk di atas.
Ini merupakan sebahagian dari ikhtiar saya kepada anak saya.

Jika anda ingin memberikan yang terbaik untuk anak anda, saya syorkan at least cuba keempat produk tersebut.
Jika ada bajet, boleh masukkan NUTRIFERON.


Harga Retail: RM

Harga Diskaun Saya: RM  (Anda Jimat RM )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Produk Ajaib Atasi Sembelit

Penangan Herblax dan Alfalfa

Semalam sebelum tidur, saya telan 4 biji HERBLAX.

Siangnya of cos la ALFALFA 10 biji konsisten.


Alfalfa

Herblax

Kalau bukan cuti sekolah, susah juga saya ni nak konsisten amik supplemen. Tapi kini tekad azam baru, demi kesihatan dan kecantikan..nak lebih disiplin.

Pagi ni..mak oi..kira-kira 9jam selepas ambil malam tadi..terus kena book toilet.
Rasa lega bila dapat membuang dengan jayanya.

Saya ni memang dari dulu ada masalah membuang. Tapi masa tu jahil, ingatkan kalau tak membuang banyak hari tu bagus. Konon semua makanan di serap jadi zat. Rupanya takkan kecuali kita ni baby yang menyusu la kan.

Tapi, sejak saya konsisten ambil 2 produk di atas, memang
1. Rasa perut sedikit kempis
2. Masalah membuang bukan lagi masalah
3. Jerawat  berkurangan
4. Rasa lega dan ringan badan

Tak percaya??? Anda cubalah dan konsisten. In sha Allah nampak perubahan.



Dua produk ni disyorkan untuk sesiapa yang ingin detoks. Detoks akan lebih berkesan jika mengikut meal plan yang disyorkan. Ramai mengakui penurunan berat badan lebih mudah, rasa bertenaga dan kulit lebih flawless.

Harga Retail: RM

Harga Diskaun Saya: RM  (Anda Jimat RM )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





SET RAMADHAN

Ramadhan Lebih Bermakna Dengan Shaklee

Tahun ini sangat istimewa kerana Shaklee menawarkan SET RAMADHAN.
Set ini bertujuan agar kita dapat menjalani ibadah dengan lebih sempurna, lebih bertenaga dan lebih fokus.
Takde la istilah lemau, letih dan sket-sket bagi alasan puasa hingga boleh , menimbulkan fitnah pada agama.

Kalau dah jenis mudah letih, kena makan je..kalau tak lembik seharian..anda adalah orang yang sangat memerlukan SET RAMADHAN ini.

Apa yang ada dalam SET RAMADHAN?

1. Energizing Soy Protein (ESP)
2. Mealshakes ( promosi bulan Jun 2016)
3. Lecithin ( promosi bulan Jun 2016)
4. Performance Drink

Apa keistimewaan SET RAMADHAN ni?
Of cos:
1. Untuk elakkan keletihan sepanjang bulan Ramadhan.
2. Untuk kekal fokus dan bertenaga semasa bekerja dan belajar.
3. Membantu kanak-kanak bersemangat untuk berpuasa
4. Agar ibu menyusu tidak bimbang jika susu merosot.
5. Ibu hamil juga kekal bertenaga dan cukup nutrisi
6. Menu ringkas dan mudah jadi penyelamat jika terbangun lewat ketika sahur.


Boleh ADD ON produk lain mengikut keperluan.

Untuk individu yang ingin mengambil kesempatan bulan puasa ni, selain beribadah boleh juga turunkan berat badan kerana puasa salah satu kaedah untuk detoks, buang toksin-toksin yang banyak dalam badan kita.

Untuk turunkan berat badan, produk yang perlu ditambah adalah LECITHIN ( sudah ada dalam set ramadhan) dan ALFALFA. Saya tidak mengalakkan HERBLAX bulan puasa ni kerana bimbang jika individu yang banyak toksin akan mengalami rasa sakit perut ketika ingin membuang..

Jom kita tengok testimoni yang dah guna SET RAMADHAN untuk berpuasa.

Ibu Menyusu

Pengidap Gastrik

Puasa lebih bertenaga
Kalau anda rajin google, banyak lagi sharing pengguna SET RAMADHAN ini yang positif.
Jika anda inginkan puasa anda kali ini lebih berkualiti dari segi fizikal, saya syorkan SET RAMADHAN ini perlu ada dirumah anda.

Untuk penjimatan lebih, saya mengalu-alukan anda menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee dan nikmati pelbagai insentif yang disediakan.

Harga Retail: RM 422.68

Harga Diskaun Saya: RM 400 (Anda Jimat RM 22.68)


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Promosi Jun 2016

PROMOSI JUN 2016

Bulan ni Shaklee baik hati meneruskan promosi produk yang lalu dan ditukarkan  2 lagi produk dengan produk yang baru.

Apa yang menarik bulan ini ialah ada promosi MEALSHAKES.


Mealshake salah satu produk dalam SET RAMADHAN di mana ia bertujuan untuk bekalkan tenaga berpanjangan di bulan puasa terutama bagi kanak-kanak.

Mealshake memang sesuai untuk kanak-kanak kerana perisa vanilla. Anak saya pun suka Mealshake.

Berikut saya paparkan produk yang promosi bulan ini:
1. Mealshake
2. Lecithin
3. Vitalea for kids

Untuk ibu bapa yang baru nak ajar anak berpuasa, saya syorkan 2 produk yang anda perlu beri pada anak anda semasa sahur ialah 
1. MEALSHAKE
2. VITALEA


Vitalea for kids adalah multivitamin perisa anggur yg hanya perlu dikunyah tetapi membekalkan vitamin dan mineral. Jika anak anda tidak gemarkan sayur, dua produk ini sangat sesuai untuk melengkapkan nutrisi anak anda apatah lagi dibulan puasa.

LECITHIN


Lecithin pulak kelebihan dia membantu individu yang nak ambil kesempatan untuk turunkan berat badan di bulan puasa ini.

Dengan pengawalan makanan di tambah pengambilan LECITHIN, in sha Allah berat ideal menanti anda dan hari raya kali ini pasti anda tampil lebih bergaya.

Disamping berfungsi mengemulsifikan lemak dalam badan, lecithin juga bagus untuk daya ingatan. Memandangkan bulan puasa, ramai yang mungkin keletihan dan lain-lain hingga menjejaskan fokus pada kerjaya atau pembelajaran, lecithin akan membantu untuk anda kekal fokus.

Jadi, berbaloi sangat promosi bulan ini untuk anda yang ingin berpuasa dengan sempurna dan kekal kurus dan fokus.
Shaklee juga tidak melupakan anak-anak anda yang masih baru belajar untuk berpuasa.

Apa tunggu lagi, cepat hubungi saya untuk segera dapatkan produk dengan harga promosi.
Anda akan menikmati lebih penjimatan sekiranya anda mendaftar leahlian dengan saya.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya ok.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





SET RESDUNG

Resdung @ sinus

Kalau sebut ja resdung, semua orang tahu dan hampir semua orang ada masalah resdung.

Apa tanda-tanda kita ada resdung?
1. Kerap bersin
2. Alah habuk
3. Alergik makanan tertentu seperti seafood, kalau makan ja habis gatal2 atau naik jerawat.
4. Jerawat
5. Gatal-gatal di kerongkong, hidung dan kemaluan.

Bahaya ke resdung?

Bahaya la sebab salah satunya tak selesa dan boleh buat kita hilang keyakinan diri.
Nikmat hidup pun kurang sebab tak boleh makan sebarang dan kena cerewet memanjang.

Kalau tak jaga, silap haribulan boleh rompong hidung orang tua2 kata. 
So, kenala rawat..jangan biar lama-lama apatah lagi jika wanita.

Camana nak rawat?

Banyak petua nak rawat resdung, tapi kadang-kadang leceh.
Pernah buat yang perasap, yang bubuh dalam hidung sampai perit rasa..yang guna buluh dll..tapi dok macam tu juga.

Haa.. kat sini saya nak share satu SET RESDUNG yang tak payah perasap , tak pedihkan muka dan hidung dan boleh diambil sesiapa sahaja iaitu 

2. VITAMIN C



VITAMIN C
Alfalfa
 Jom kita tengok apa kata pengguba SET RESDUNG ni:
Testimoni 1

Testimoni 2
Anda digalakkan untuk ADD ON:
1. B-Kompleks
2. Nutriferon

Harga Retail: RM

Harga Diskaun Saya: RM  (Anda Jimat RM )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).





Rawat Gout Dengan Shaklee



Cara Rawat Gout Tanpa Ubat

Simptom Gout

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. 

Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit juga mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Ingat, gout tak boleh diurut sebab asid urik ni tajam. Kalau makin diurut makin sakit. Kalau dibiarkan asid urik ni lama-lama ia akan menghakis dan membentuk kristal yang tajam. Baca pun dah seram ni. Sebab itu dalam kebanyakan gambar, mereka menggambarkan gout tu macam pokok kaktus. Bayangkan kalau pokok kaktus pada kaki kita. Nak pijak pun sakit sangat.

Komplikasi Akibat Gout

Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan yang dipanggil ‘tophi’. Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ‘batu karang’. Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan kencing manis.

Jadi jangan ambil mudah dengan gout, sebab ia berpotensi menyerang organ dalaman anda yang lain. 

Cara Rawat Gout Tanpa Ubat

Kebiasaanya rawatan dengan doktor akan memberikan anda steroid (dengan syor daripada doktor sahaja) jangan ambil sendiri dan juga ubat anti radang untuk mengurangkan sakit dan radang. Ubat-ubat ini tentulah mempunyai kesan sampingan seperti mengakibatkan gastrik, loya, muntah dan cirit birit.

Tahukah anda gout boleh dicegah dan dibantu rawatannya tanpa ubat?

Set Gout Shaklee

1. Alfalfa Complex

untuk fungsi detoks semulajadi, menyingkirkan toksin dalam badan secara lembut. Tapi kena banyak minum air, barulah efektif proses detoks tu. Air at least 3 liter sehari, bergantung kepada berat badan seseorang.

2. Omega Guard

untuk mengurangkan keradangan dan melicinkan sendi. Mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan, mencegah arthritis, memelihara fungsi sendi dan melegakan gout. Banyak lagi kelebihan Omega Guard ni sebenarnya.

3. Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

untuk menggalakkan mobiliti, meningkatkan fleksibiliti, meningkatkan fungsi sendi dan menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang.

4. Performance Drink

untuk memelihara kandungan bendalir dalam badan untuk mengelakkan dehidrasi. Bagi melancarkan proses detos sebab nak buang asid urik berlebihan dalam badan.





Detok Shaklee Dengan DTX Complex

Detok Shaklee Dengan DTX Complex
DTX Complex, Harga Runcit RM164.30


Jom DETOX cara SHAKLEE

Saya memang suka kunyit..suka buat ulam masa tinggal dengan tok dulu. Tapi sekarang tanah hanya sekangkang kera je..boleh la dapat comel2 kunyit buat masak cili api. Habis kuning tangan bila pegang kunyit hidup.



Tapi sekarang..sejak join kelas detox SHAKLEE, baru tau..produk DTX COMPLEX pun ada bahan kunyit tau..sesiapa malas nak kuning tangan dan renyah2..meh telan DTX COMPLEX.


DTX COMPLEX ada:

1. Milk thistle seed
2. Articok
3. Kunyit
4. Dandelion
5. Ling zhi
6. Schizandra

Semua ni sangat bagus utk detoksifikasi.

Jom DETOX cara SHAKLEE

Artikel ini daripada Fb Dr Zubaidi Hj Ahmad

Curcumin yang diekstrak merupakan antara suplemen yg terbaik bagi mencegah pelbagai jenis penyakit dengan mudah. Ia dapat menguatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan kerosakan sel-sel badan.

Kajian mendedahkan kunyit mengandungi khasiat yang dapat mencegah kita daripada pelbagai penyakit. Bahan yang digunakan nenek moyang kita kini mendapat perhatian yang serius daripada pakar-pakar hospital ternama di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Kehebatan herba ini terletak pada ekstrak pigmennya yang memberikan warna kuning kepada kunyit. Pigmen ini mempunyai banyak khasiat dan berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit dikenali sebagai curcumin.


Harga Retail: RM164.30

Harga Diskaun Saya: RM150.00  (Anda Jimat RM14.30 )


*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).