JOM IKHTIAR HAMIL DENGAN SHAKLEE
BEBERAPA PANDUAN UNTUK MUDAH HAMIL
1. Untuk wanita kahwin cepat bila ada peluang. Terbokti wanita paling subur sebelum umor 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain2 penyakit peranakkan. Jika ada jodoh jangan tangguh walau pun masih mengejar pendidekan tinggi dan kerjaya.
2. Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Sebaiknya jumpa doktor untuk periksa peranakan dan buat ujian kesuburan jika masih belum hamil.
Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor pakarpuan secepat munkin untuk periksa peranakkan dan ujian kesuburan.
3. Tentukan status kesihatan fizikal, mental dan emosi suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.
Saya ingin menekankan bahawa stress adalah punca kepada berbagai penyakit dan penghalang kepada kehamilan serta jadi punca keguguran.
Tenangkan fikiran, relaks sambil berusaha dan berdoa. Amalkan cara2 atasi stress.
4. Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.
5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isreri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari.
Waktu subur bolih dikesan olih catitan suhu BBT dan ovulation test kit.BBT
6. Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.
Baca fatiha, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.
Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.
Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.
7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat untuk menjayakan kehamilan.
Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.
Buat sebaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.
Baca quran 2-3 muka setiap hari.
Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.
8. Kawal berat badan. Kegemokkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan. Kegemokkan sering dikaitkan dengan PCOS dimana kilang telor bengkak dan telor sukar matang dan disertai gangguan haid.
9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaikknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah - buah2 dan sayur2. Minum juz segar dari buah2 dan sayur2 Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan
10. Makan supplement multivitamins, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.
11. Prosedur2 ujian menghasilkan kehamilan.
Xray HSG untuk buka saluran falopian menghasilkan kehamilan dalam 30% dalam tempoh 3-6 bulan.
Begitu juga prosedur D&C hydrotubation.
Rawatan suntik benih suami IUI juga menghasilkan 10 - 30 % kehamilan.
Ubat subur clomid dan ubat subur suntikan gonadotropin juga sam hasilnya.
IVF ICSI begitu juga hasilnya 30 % kehamilan dengan kos tinggi RM15 - 20 K.
Pembedahan2 laparoscopy / minilaparotomy untuk mengatasi pelbagai penyakit - cyst, fibroids, endometriosis , tubes blocked dan lain2 menghasilkan 50 - 60% kehamilan dalan jangka panjang.
12. Tiada magic formula untuk hamil dan dapat zuriat. Semua ditentukan Allah. Kita perlu berusaha dan dapatkan bimbangan pakar. Kuatkan azam dan terus mencuba. Tapi perlu tenangkan fikiran dan emosi. Jangan terlulu stress. Berserah dan tawakkal kepada Allah SWT.
Bila datang haid setelah cuba hamil jangan rasa hampa dan terus mengucap sesuatu kata2 yang tidak baik. Ini dianggpa tidak syukur kpd Allah. Sabar, tabah dan rasa tawaduk.
-KREDIT: DR HAMID ARSHAD.
Supplemen Shaklee yang saya syorkan berdasarkan supplemen saranan Dr Hamid Arshad ialah:
1. Vitalea
2. Vitamin C
3. Vitamin E
4. B-kompleks ( with folic acid)
5. Zinc
Setiap produk ada fungsi tersendiri. Jika ingin lebih lengkap, boleh tambahkan dengan beberapa produk yang memang tersenarai dalam Set Hamil Shaklee.
Semoga Allah makbulkan ikhtiar kita.
Jika berminat, boleh hubungi saya untuk dapatkan produk di atas.